1.0 penyediaan portfolio

13
1.0 PENYEDIAAN PORTFOLIO DAN PENULISAN ESEI TENTANG TAJUK PELAKSANAAN E-DAGANG BAGI PERNIAGAAN BERSKALA KECIL 1.1 PENGENALAN Smart Watch Store Online merupakan sebuah syarikat perniagaan "online" berasaskan Jam Pintar. kami menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang cepat, mudah dan selamat. Smart Watch Store Online sentiasa berusaha untuk menawarkan tawaran yang sebaik mungkin untuk pelanggan kami. selain itu, Kami menawarkan pilihan produk yang berkualiti tinggi yang mana anda boleh dapati melalui hujung jari. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2014. Perniagaaan ini dimilik oleh dua orang pemilik iaitu Ben Antonius Binios dan Jacqueline Jasmine Lang. 1.2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN 1

Upload: ben-antonius-ii

Post on 19-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.0 PENYEDIAAN PORTFOLIO DAN PENULISAN ESEI TENTANG TAJUK

PELAKSANAAN E-DAGANG BAGI PERNIAGAAN BERSKALA KECIL

1.1 PENGENALAN

Smart Watch Store Online merupakan sebuah syarikat perniagaan "online"

berasaskan Jam Pintar. kami menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian

yang cepat, mudah dan selamat. Smart Watch Store Online sentiasa berusaha untuk

menawarkan tawaran yang sebaik mungkin untuk pelanggan kami. selain itu, Kami

menawarkan pilihan produk yang berkualiti tinggi yang mana anda boleh dapati melalui

hujung jari. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2014. Perniagaaan ini dimilik oleh

dua orang pemilik iaitu Ben Antonius Binios dan Jacqueline Jasmine Lang.

1.2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Smart Watch Store Online menawarkan pelbagai model Jam pintar. Semua jenis

Jam Pintar adalah diperolehi daripada kilang atau pembekal seperti Sony, Apple dan

sebagainya. Setiap jenis dan model jam pintar yang diberikan menepati dan memenuhi

kehendak dan kualti yang diinginkan oleh pengguna zaman ini.

1

Page 2: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.3 SEBAB JAM PINTAR(SMART WATCH) DIJADIKAN PRODUK PERNIAGAAN

Trend dan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang adalah menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi atau sosial dan juga hiburan. Penggunaan Jam Pintar (smart

Watch) sangat terkenal pada zaman yang serba moden ini. Hal ini kerana dengan

adanya smart watch pengguna dapat mangakses maklumat dan juga dapat bersosial

melalui pelbagai aplikasi yang terdapat pada jam pintar seperti whatapp, wechat

facebook dan sebagainya. Selain itu, smart watch juga mempunyi pelbagai aplikasi

sebagai hiburan seperi video, Mp3, mp4 dan sebagainya. Kelebihan yang banyak

terdapat pada smart watch menyebabkan permintaan yang tinggi oleh pelanggan

terhadap produk ini. hal ini menjadi antara faktor utama untuk pihak kami memilih smart

watch sebagai produk perniagaan. Produk ini sesuai digunakan oleh semua lapisan

masyarakat, jantina dan sosioekonomi penduduk malaysia. Oleh itu, pihak Smart Watch

Store Online mengambil keputusan untuk memasarkan produk ini.

Kadar kos yang tidak terlalu tinggi adalah satu faktor yang kuat untuk terus

memasarkan produk ini melalui pasaran atas talian. Variasi bentuk, warna dan model

Smart watch mampu menarik perhatian pengguna dan pelanggan. Sumber untuk

mendapatkan stok juga adalah mudah untuk didapati dengan kos yang berpatutan. Stok

untuk produk ini boleh didapati di melalui pembekal atau syarikat seperti SONY, Apple

dan sebagainya di seluruh Malaysia dan pembelian secara pukal akan membolehkan

kos belian inventori adalah rendah.

2

Page 3: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.4 PASARAN SASARAN

Smart Watch Store Online merancang untuk memasarkan perniagaan kepada

semua kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi kerana kumpulan ini

adalah kumpulan yang mempunyai celik IT yang tinggi dan mementingkan teknologi

untuk pencarian maklumat dan komunikasi. Produk yang dipasarkan ini adalah sangat

memenuhi kehendak mereka. Selain itu, kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam

dan swasta juga adalah sasaran yang dikenalpasti. Disamping itu, kami juga

mensasarkan kepada pengguna internet untuk membeli produk kami. Kawasan pasaran

sasaran kami ialah seluruh Malaysia.

1.5 TREND DAN SAIZ PASARAN

Trend pasaran yang disasarkan oleh Smart Watch Store Online ialah

penggunaan Jam Pintar sebagai satu jenis perhubungan atau alat komunikasi yang

menggantikan Smartphone. Kebiasaannya Smart Watch dipilih untuk kegunaan

komunikasi harian kerana penggunaannya lebih mudah dan canggih. Seterusnya, ialah

penggunaan Smart Watch dalam gaya dalam penampilan diri. Ada kalanya pengguna

menggunakan jam pintar sebagai aksesori tambahan untuk menampilkan diri supaya

kelihatan lebih menarik dan bergay bagi menggantikan barang kemas seperti gelangn

dan jam tangan biasa.

Saiz pasaran Smart Watch Store Online bergantung kepada jumlah pengguna

dan pelanggan yang mendapatkan smart watch kami. Pemilihan model dan reka bentuk

adalah satu tarikan kepada pengguna. Di samping itu, penggunaan laman blog sebagai

medium jualan smart watch adalah amat strategik dan sesuai dengan keadaan semasa

yang menggunakan talian internet sepanjang masa. Kami mengandaikan bahawa

terdapat 40% pengguna internet akan membeli Jam Pintar secara atas talian. Ini akan

membantu memperbesar lagi saiz pasaran kami pada masa akan datang.

3

Page 4: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.6 PERSAINGAN

Terdapat banyak persaingan dalam perniagaan Smart Watch secara atas talian.

Kami terpaksa bersaing dengan pelbagai syarikat seperti Lazada, Lelong.com dan

sebagainya. Antara kekuatan yang ada pada pesaing utama kami ialah mereka

merupakan syarikat yang telah lama memasarkan barangan IT dan mempunyai

pelanggan yang cukup ramai dan setia dengan produk mereka. Hal ini membolehkan

mereka mempunyai stok inventori yang sangat banyak dan mencukupi untuk memenuhi

permintaan pelanggan. Selain itu, pesaing kami mempunyai sumber kewangan yang

sangat kukuh untuk terus memasarkan produk mereka. Mereka tidak akan mempunyai

masalah untuk menggunakan wang yang banyak bagi mempromosikan produk mereka

secara atas talian.

Kelemahan yang boleh kami analisiskan terhadap pesaing kami ialah mereka

akan sentiasa tidak memenuhi kehendak permintaan pelanggan yang cukup tinggi. Hal

ini kerana walau pun mempunyai stok inventori yang banyak tetapi stok perniagaan

mereka tidak tertumpu pada Smart Watch sahaja tetapi juga memasarkan barangan

lain. Oleh itu mereka tidak dapat memokuskan penjualan terhadap Smart Watch sahaja.

Kebanyakan produk mereka akan habis dalam tempoh masa yang sangat sedikit

sehingga ada aduan daripada pelanggan bahawa mereka tidak dapat membeli produk

yang baru sahaja keluar. Ini akan menyebabkan pelanggan mudah beralih arah kepada

peniaga smart watch yang lain.

1.7 STRATEGI PEMASARAN

Smart Watch Store Online mengharapkan agar perniagaan Jam Pintar kami

mampu mengatasi pesaing-pesaing dan sentiasa membekalkan pelbagai jenis Jam

Pintar dengan corak rekabentuk yang menarik serta mampu menarik perhatian

pelanggan.kami membahagikan strategi pemasaran kami kepada lima strategi iaitu

strategi perkhidmatan, strategi promosi, strategi harga, dan strategi medium jual beli.

4

Page 5: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.7.1 Strategi Perkhidmatan :

i) Smart Watch Store Online akan menyediakan perkhidmatan yang sangat

berkualiti dan memenuhi apa jua kehendak pelanggan namun masih

dalam kadar harga yang berkualiti.

ii) Smart Watch Store Online akan menerima semua jenis cadangan dan

kritikan yang diberikan oleh pelanggan.

iii) Smart Watch Store Online akan memastikan bahawa setiap produk yang

dijual tidak mempunyai kerosakan dan sebarang masalah.

1.7.2 Strategi Promosi : .

i) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan

strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas

dan sebagainya.

ii) Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi

pelancaran.

iii) Iklan melalui internet seperti Youtube, Facebook, dan sebagainya

1.7.3 Strategi Harga :

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang

ditawarkan adalah berpatutan, harga pasaran mengikut kadar pasaran seperti

yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. Kami akan menguragkan harga mengikut

kadar yang telah ditetapkan dan mengikut tempoh promosi yang berlangsung

ketika itu.

5

Page 6: 1.0 Penyediaan Portfolio

1.7.4 Strategi Medium Jual Beli :

Perniagaan secara e – dagang atau atas talian ini ialah satu medium yang

sistematik dan memudahkan pengguna. Pengguna boleh membeli produk kami

hanya melalui hujung jari dengan cara yang mudah dan pantas. Pelanggan boleh

membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan juga PayPal

kepada akaun perniagaan kami.

1.8 MASALAH PERDAGANGAN (E – DAGANG)

Antara masalah yang kami hadapi ialah persaingan yang begitu kuat daripada

pesaing – pesaing kami. Kami terpaksa bersaing dan menyediakan pelbagai

jenis dan rekabentuk Jam Pintar yang lebih menarik berbanding pesaing –

pesaing bagi memastikan kami masih menjadi pilihan pelanggan dan pengguna

tudung bawal. Kami juga akan cuba menonjolkan keistimewaan dan kualiti yang

terbaik dalam setiap produk yang kami keluarkan bagi menarik perhati lebih

banyak pelanggan.

Masalah lain yang kami hadapi ialah masalah kewangan. Memandangkan kami

merupakan usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, kami tidak

mempunyai jumlah wang dan aset yang mencukupi untuk berbelanja besar

dalam menyediakan tapak blog kami atau mengeluarkan produk yang banyak.

Kami berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan produk dan menyediakan

perniagaan atas talian kami dengan menggunakan kos yang sangat optimum.

6

Page 7: 1.0 Penyediaan Portfolio

2.0 MEMBUAT SATU BLOG PERNIAGAAN

Link Blog: http://swso2u.blogspot.com

Pengenalan kepada blog

http://swso2u.blogspot.com/p/pengenalan.html

7

Page 8: 1.0 Penyediaan Portfolio

Contoh Produk yang dijual

http://swso2u.blogspot.com/p/blog-page.html

8

Page 9: 1.0 Penyediaan Portfolio

Pembayaran melalui Paypal

9

Page 10: 1.0 Penyediaan Portfolio

Cara Tempahan

Hubungi Kami

10