10 november 2018 i 2 rabiul awal 1440h i sesi i · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24...

14
INFO TERKINI KONVO 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H BIL. 91/2018 I SESI I KONVOKESYEN KE-61 MAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-61 RAI GRADUAN, IBU BAPA ALUMNI PEWARIS KEPIMPINAN RAPTAI KONVOKESYEN UTM KE-61 DISAMBUT MERIAH PERMULAAN DETIK BERSEJARAH GRADUAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK FESKO 2018 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61

Upload: voxuyen

Post on 26-Apr-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

INFO TERKINI

KONVO10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H BIL. 91/2018 I SESI I

KONVOKESYEN KE-61

MAJLIS KONVOKESYENUTM KALI KE-61RAI GRADUAN, IBU BAPA

ALUMNI PEWARIS KEPIMPINAN

RAPTAI KONVOKESYEN UTM KE-61 DISAMBUT MERIAHPERMULAAN DETIK BERSEJARAH GRADUAN

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK FESKO 2018 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61

Page 2: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

Johor Bahru, 9 November – Majlis Konvokesyen merupakan acara yang amat dinantikan oleh para penuntut yang berjaya menamatkan pengajian di Insitutusi Pengajian Tinggi, sama ada di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana, Ijazah Pertama, mahupun Diploma. Majlis yang diadakan saban tahun bukan sekadar untuk meraikan kejayaan para graduan, namun apa yang lebih penting untuk mengiktiraf dan mengenang pengorbanan ibu bapa serta pensyarah yang telah banyak berjasa dan menyumbang bakti selama ini.

Justeru itu, Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi bakal menyaksikan penganugerahan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-61 yang akan berlangsung pada 10-12 November 2018, bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru kepada seramai 3,652 penuntut yang berjaya menamatkan pengajian, iaitu 281 orang graduan Ijazah Doktor Falsafah; 799 orang graduan ijazah Sarjana; 2,257 orang graduan ijazah Sarjana Muda, manakala 45 orang graduan Diploma.

RAI GRADUAN,IBU BAPA

MAJLISKONVOKESYEN

UTMKALI KE-61

Majlis konvokesyen kali ini juga mencatatkan sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 orang graduan bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Ekuin). Selain itu, seramai 26 orang graduan tajaan Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) turut menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Pendidikan.

Penyampaian ijazah kali ini bakal disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM. Turut serta menyampaikan ijazah ialah Pro-Canselor UTM, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor; YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan; dan YBhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sadiah binti Sheikh Bakir; serta Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar.

UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua graduan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis konvokesyen untuk kali ini. Tahniah dan Syabas!

Page 3: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 4: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

Johor Bahru, 9 November – UTMAlumni bukanlah suatu nama yang asing dalam kalangan warga Universiti Teknologi Malaysia. Dengan moto “Alumni Pewaris Kepimpinan”, entiti ini bertanggungjawab untuk mewujudkan rangkaian perhubungan yang berfungsi untuk menjalinkan perhubungan dalam kalangan Alumni dan UTM.

Mula ditubuhkan pada 1 April 1996, UTMAlumni telah berjaya menghubungkan semula lebih 150,000 siswazah dengan universiti ini. Keahlian UTMAlumni bukan sahaja terdiri daripada siswazah dalam negara bahkan melibatkan siswazah antarabangsa dari pelbagai negara, seperti Iran, Indonesia, China, Nigeria, Sudan dan sebagainya. Selain itu, keahliannya juga merentasi semua peringkat pengajian, bermula dari peringkat Diploma sehinggalah Doktor Falsafah.

Melalui UTMAlumni, pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menarik minat, sokongan dan kerjasama daripada Alumni kepada UTM seperti  reunion, homecoming,  seminar, makan malam, sukan dan sebagainya. Sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-61 ini juga UTMAlumni turut menyertai ruang jualan dan pameran melalui jualan MAFLA Alumni yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM.

UTMAlumni juga kini giat menarik sokongan daripada kalangan Alumni untuk sama-sama menyumbang dalam Tabung Endownment Alumni

ALUMNI PEWARIS KEPIMPINAN

UTM serendah RM10 sebulan bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan, mewujudkan pemberian biasiswa, dan bantuan permulaan pendidikan kepada para pelajar UTM dan sebagainya. Kempen ini memberi peluang kepada Alumni untuk menyumbang kembali kepada UTM setelah meninggalkan institusi ini.

Selain itu, selaras dengan visi universiti untuk menjana pendapatan, UTMAlumni turut sama bergerak aktif melalui penawaran khidmat sewaan ruang seperti dewan, ruang barbeku, dan lot kedai untuk majlis dan aktiviti tertentu. Tempahan boleh dibuat melalui khidmat dalam talian di laman sesawang UTMAlumni, iaitu alumni.utm.my. Para siswazah UTM yang masih belum mengemas kini data peribadi juga boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang seperti di atas atau kunjungi UTMAlumni di alamat berikut:

Rumah Alumni, Office of Student Affairs & Alumni Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM Johor Bahru Phone: +6 (07) 553 6002/9 Fax: +6 (07) 553 6007Email: alumni.utm.my FB: https://www.facebook.com/AlumniUTMLindken:https://my.linkedin.com/in/alumniliaisonutmTwitter: https://twitter.com/UTMALU

Page 5: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 6: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

Johor Bahru, 9 November - Persiapan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-61 bagi meraikan 4,421 graduan memasuki fasa akhir hari ini dengan berlangsungnya raptai perdana majlis konvokesyen yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Majlis raptai ini turut dihadiri Pemangku Pendaftar UTM, Encik Abdul Razib bin Haji Shahuddin selain para graduan serta keluarga mereka.

Pada sesi raptai kali ini, Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali selaku Penyelaras Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 telah memberikan taklimat kepada para graduan tentang beberapa aspek penting majlis konvokesyen termasuklah tatacara perjalanan majlis, prosedur pengambilan gambar graduan serta etiket dan protokol majlis.

Selain itu, taklimat juga telah diberikan oleh Encik Azri bin Hohad selaku Pengerusi Jawatankuasa Raptai dan Pentas yang menjelaskan secara terperinci mengenai prosedur penerimaan watikah oleh bakal graduan termasuklah tatacara penggayaan tangan, cara tunduk hormat, dan lafaz hormat. Panduan juga diberikan kepada para graduan tentang tatacara pengambilan gambar ketika berada di atas pentas oleh wakil Kelab Foto Kreatif UTM yang merupakan jurufoto rasmi majlis konvokesyen berkenaan.

Sebelum berakhirnya sesi raptai, para graduan turut dimaklumkan mengenai tempat bergambar menarik yang telah disediakan oleh UTM untuk mereka merakamkan kenangan indah bersama keluarga dan rakan tercinta. Antaranya ialah Frame of the Graduates, tugu #IamUTM, Tasik Ilmu UTM serta Taman Mini Flora UTM. Bagi menguar-uarkan lagi kemeriahan majlis konvokesyen kali ini kepada orang ramai, para graduan dan tetamu turut diminta untuk menulis #KonvoUTM61 pada setiap posting mereka di media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.

RAPTAI KONVOKESYEN UTM KE-61 DISAMBUT MERIAHPERMULAAN DETIK BERSEJARAH GRADUAN

Page 7: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 8: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 9: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 10: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK FESKO 2018 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-61

Johor Bahru, 9 November – Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada Festival Konvokesyen 2018 (FESKO) sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-61 yang bermula pada 10 November 2018 hingga 17 November 2018, bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru.

Bersesuaian dengan tema, iaitu “Humanity, Artistry, and Enthusiasm”, Pengarah FESKO UTM 2018, saudara Mohd Fazle bin Mohamad menyatakan, “FESKO61 ini bermatlamat untuk mengetengahkan semangat kemanusiaan dalam diri pelajar dan pada masa yang sama memupuk semangat kesenian untuk melahirkan pelajar yang kreatif, imaginatif dan inovatif serta menerapkan sikap kesungguhan dalam diri dalam melakukan sesuatu perkara.” Tambah beliau lagi, “Semangat keusahawanan dan kerjasama dengan penganjuran FESKO ini diharap dapat diterap melalui sifat insaniah dalam diri pelajar untuk terus peka dan sensitif dengan persekitaran sekeliling bagi melahirkan pelajar yang bervariasi dan berkualiti tinggi”.

FESKO61 ini menjanjikan aktiviti yang menarik untuk dikongsi bersama para pengunjung yang akan bermula dengan pertandingan nyanyian UTM Rising Stars, diikuti dengan Johor RunBike, program bersama kanak-kanak, iaitu Journey With The Kids @ Cocoa Genius, pertandingan mewarna, pertandingan LEGO, Ekspo Sains dan pertandingan robot, serta pameran automotif.

Turut diadakan aktiviti sampingan yang dijangka mendapat sambutan memberangsangkan seperti senamrobik, plogging, pertandingan nasyid, pertandingan tilawah, pertandingan tulisan khat,

program derma darah, dan pemeriksaan kesihatan. Pengunjung akan turut dapat menikmati sajian pelbagai pilihan makanan dan minuman tempatan dan negara Thailand yang pastinya menarik selera pengunjung. Tidak ketinggalan aktiviti memancing dan perlawanan bola keranjang sempena Piala FESKO61 yang menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang. Untuk golongan wanita pula, terdapat pelbagai aktiviti kewanitaan yang dijalankan antaranya ialah pesta dapur, kraftangan, dan pertandingan solekan (Makeup Challenge).

Festival konvokesyen kali ini juga akan diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan seperti kumpulan Inteam, Ezad Lazim, Tomok, Ippo Hafiz, Khai Bahar, Ruffedge, Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan, dan Hael Husaini. Terdapat juga penampilan istimewa bersama PU Rahmat dan Adam Corrie dalam program “Bicara Hati” sempena Malam Kesenian Islam.

FESKO61 pasti menjanjikan kemeriahan dan kepuasan kepada semua pengunjung kerana terdapat lebih daripada 118 gerai jualan pada festival kali ini yang memperagakan pelbagai barangan dan produk yang menarik. UTM turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang FESKO61 kali ini, iaitu Danial Haikal Collection, KACAX, HYPE, Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, SGShop, MyCAR, Peeps Moma, Vince Label, Adabi, MPH, Aafiyat, Everyday Sports, SDS, FazzPrint Store, Cocoa Genius, dan Toyota. UTM mengalu-alukan kedatangan orang ramai dari seluruh negara bagi memeriahkan lagi festival konvokesyen UTM kali ini!

Page 11: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 12: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 13: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,
Page 14: 10 NOVEMBER 2018 I 2 RABIUL AWAL 1440H I SESI I · sejarah buat julung kalinya apabila seramai 24 ... Ronnie Hussain, Andi Bernandee, Amir Hasan, Awi Rafael, Aziz Harun, Aizat Amdan,

PENAUNG: Dato’ Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman dan Encik Abdul Razib Haji ShahuddinSIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina Shamsuri, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin, Syazlin Sarapol GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy Zolkefle FOTO: Nor Azman Sukri, Isyamfazrin, Halid Jamaluddin LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. GhaniLOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia