1.0 intro to engineering drawing

21
DPP C2(b) Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah INFORMATION SHEET PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI BEKALAN AIR & PEMBETUNGAN SESSION : JAN-DIS 2017 SEMESTER : 1A CODE/COURSE : TMV 1072 - ENGINEERING DRAWING SHEET NO : IS01 LECTURER : PUAN NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK : TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING SUB-TOPIC : 1.1 Definition 1.2 Drafting equipment’s and instrument 1.3 Care of maintenance of drafting equipment LEARNING OUTCOME : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat: a. Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya. b. Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai. c. Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul. UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING 1.0 PENGENALAN Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan –garisan yang dibentuk daripada pensil. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan Page 1 of 21

Upload: mara

Post on 14-Apr-2017

23 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

Institut Kemahiran MARASungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : SIJIL TEKNOLOGI BEKALAN AIR & PEMBETUNGAN

SESSION : JAN-DIS 2017 SEMESTER : 1A

CODE/COURSE : TMV 1072 - ENGINEERING DRAWING SHEET NO : IS01

LECTURER : PUAN NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD WEEK :

TOPIC : 1.0 INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING

SUB-TOPIC :1.1 Definition1.2 Drafting equipment’s and instrument1.3 Care of maintenance of drafting equipment

LEARNING OUTCOME :

Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat:

a. Mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya.

b. Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri yang piawai.

c. Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul.

UNIT 1 : INTRODUCTION TO ENGINEERING DRAWING

1.0 PENGENALANLukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan –garisan yang dibentuk daripada pensil. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

Page 1 of 16

Page 2: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.1 TUJUAN DAN JENIS – JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:

i. Lukisan mesin; Iaitu lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

ii. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Orang-orang yang mempraktikkan seni ini dikenali sebagai pelukis plan. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri Kebolehhasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan. 

1.1.1 Sistem Penilaian LukisanSemasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan.

Di antara sistem penilaian yang digunakan ialah a. Ketepatan Melukis, b. Teknik Melukis, c. Kebersihan Melukisd. Kepantasan Menyiapkan Lukisan.

1.1.1.1 Ketepatan Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis – jenis garisan mengikut jenis pensil ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

1.1.1.2 Teknik MelukisLukisan hendaklah dilukis mengikut teknik –teknik yang telah ditetapkan termasuk tekik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

Page 2 of 16

Page 3: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.1.1.3 Kebersihan LukisanSetiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati – hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah – langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

1.1.1.4 Kepantasan Menyiapkan LukisanAmalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan seseorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri – ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran – kemahiran tertentu.

1.1.2 Kepiawaian LukisanSesuatu produk yang dihasilkan perlu melalui beberapa proses pembuatan. Jurutera juga perlu mengatur maklumat, angka, tulisan dan grafik dalam lukisan kejuruteraan. Bagi menyeragamkan segala butiran ini, terdapat dua jenis kepiawaian diperkenalkan iaitu :a. Kepiawaian Simbolb. Kepiawaian Ukuran

1.1.2.1 Kepiawaian SimbolSimbol ini digunakan sebagai alat berkomunikasi untuk mentafsirkan maklumat yang terkandung dalam sesuatu lukisan kejuruteraan di peringkat tempatan atau antarabangsa.Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat tempatan dan antarabangsa antaranya ialah :i. Institute Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia

( SIRIM )ii. Institut Piawaian Kebangsaan Amerika ( ANSI )iii. Kepiawaian British ( BS )iv. Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa ( ISO )v. Kepiawaian Australia ( AS )vi. Kepiawaian Industri German ( DIN )vii. Kepiawaian Antarabangsa Jepun ( JIS )

1.1.2.2 Kepiawaian UkuranPenggunaan kepiawaian ukuran metrik diamalkan di peringkat antarabangsa. Sistem metrik telah dilaksanakan di seluruh dunia, tetapi masih terdapat negara yang menggunakan ukuran imperial. Bagi memudahkan pelarasan piawaian metrik ini, jadual penukaran ukuran disediakan.

Page 3 of 16

Page 4: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1 meter - 1000 milimeter1 meter - 100 sentimeter1 sentimeter - 10 milimeter

1.2 PERALATAN DAN BAHAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.1 Peralatan Lukisan

Ada beberapa jenis alatan dan bahan lukisan yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu lukisan. Pemilihan alat-alat ini bergantung pada jenis, saiz dan kepentingan sesuatu lukisan itu. Terdapat pelbagai peralatan melukis manual yang biasa digunakan. Setiap peralatan mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Jenis-jenis peralatan yang digunakan dalam lukisan seperti berikut :

a. Papan Lukisb. Sesiku-T ( T-Square )c. Sesiku Set ( Set Square )d. Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square )e. Jangka Sudut ( Protector )f. Pembaris Skala ( Scale )g. Set Jangka Lukis ( Instrument Set )h. Pensil Lukisan ( Pencil )i. Lengkung Perancis ( French Curve )j. Lengkung boleh lentur ( Flexible French Curve )k. Pemadam Pensil ( Eraser )l. Perisai Pemadam ( Erasing Shield )m. Plat Pencontoh.( Template )n. Berus Lukisan (Drafting Brush)

1.2.1 Papan Lukisan / Meja LukisanPapan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis dan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.

Page 4 of 16

1 kaki - 12 inci1 kaki - 300 milimeter1 inci - 25 milimeter

Page 5: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

Rajah 1.2 : Ukuran papan lukis

Rajah 1.3 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis

Rajah 1.4 Meja lukis

1.2.2 Sesiku TSesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah

Page 5 of 16

Page 6: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 1.5 Cara mengerakkan sesiku T

1.2.3 Sesiku Set ( Set Square )Sesiku set terdiri daripada dua pasang sesiku yang bebentuk segitiga. Kedua-dua sesiku ini mempunyai sudut yang berbeza iaitu: a. Sudut 30º Dan Sudut 60º b. Sudut 45º. Diperbuat daripada plastik lutsinar bermutu tinggi. Pada bahagian tepi setiap sesiku set terdapat unit ukuran. Digunakan bersama-sama dengan sesiku T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong. Ciri-ciri sesiku set yang baik ialah bahagian tepi sesiku set perlu berkeadaan lurus dan tidak melengkung.

Rajah 1.6 Sesiku Set

1.2.4 Sesiku Set Boleh Laras ( Adjustable Set Square )Sesiku Set Boleh Laras  lebih popular buat masa ini kerana ia boleh dilaraskan kepada sudut-sudut yang di kehendaki. Ia juga di perbuat dari pelastik lutsinar

Rajah 1.7 Sesiku Set

Page 6 of 16

Page 7: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.2.5 Set Jangka lukis ( Bofa Set @ Compass Set)

Rajah 1.8 Sesiku Set

Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.

i. Jangka Lukis ( Compass )ii. Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass )iii. Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass ) iv. Jangka Bahagi ( Divider )v. Jangka Bahagi Boleh Laras ( Adjustable Divider) 

1.2.5.1 Jangka Lukis ( Compass )Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensil untuk melukis atau membentuk garisan.

Rajah 1.9 Sesiku Set

1.2.5.2 Jangka Lukis Boleh Laras ( Adjustable Compass )Digunakan seperti jangka lukis biasa tetapi ia boleh di selaraskan mengikut keperluan tanpa berubah.

Rajah 1.10 Sesiku Set

Page 7 of 16

Page 8: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.2.5.3 Jangka Lukis Kecil ( Drop spring Bow Compass ) Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil.

Rajah 1.11 Sesiku Set

Rajah 1.12 Cara menggunakan jangka lukis

1.2.5.4 Jangka Bahagi ( Divider )Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:a. Pembahagi Pegasb. Pembahagi Bendul dan tradisi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.

Rajah 1.13 Pembahagi Pegas

Page 8 of 16

Page 9: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

Rajah 1.14 Pembahagi bendul dan tradisi

Rajah 1.15 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

1.2.6 Skala/PengukurSkala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensil digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 1.16 Pembaris/ skala

Page 9 of 16

Page 10: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.2.7 Lengkung PerancisLengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 1.11.

Rajah 1.17 Bentuk – bentuk lengkung Perancis

Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensil yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 1.12. Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.

Rajah 1.18 Cara menggunakan lengkung Perancis

1.2.8 PensilAda berbagai-bagai jenis pensil tetapi yang biasa digunakan oleh arkitek dan jurutera ada tiga jenis iaitu :i. Pensil Kayuii. Pensil Mekanikaliii. Pensil Cekam

Page 10 of 16

Page 11: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

1.2.8.1 Pensil Kayu ( Pencil )Terdapat pelbagai jenis pensil yang digunakan untuk melukis. Pensil boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensil. Kekerasan mata pensil dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensil itu. Pensil terbahagi kepada 18 gred iaitu :

Biasanya jenis pensil sama ada keras, sederhana dan lembut ditentukan oleh gred kehitaman. Gred kehitaman yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan ialah 2H, H dan HB. Pensil H dan 2H biasanya digunakan pada peringkat awal kerja melukis, manakala pensil HB digunakan pada peringkat akhir. Hal ini kerana pensil gred H dan 2H tidak menampakkan kesan yang boleh moncomotkan kertas lukisan. Jika membuat kerja awalan dengan menggunakan pensil HB, kertas lukisan akan cepat kotor dan kurang kemas.

Gred Pensil Kategori

9H, 8H7H, 6H5H, 4H

KerasPensil jenis ini menghasilkan garisan ringan untuk garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan.

3H, 2HH, F

HB, B

SederhanaPensil gred ini menghasilkan garisan sederhana ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran, penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah.

2B, 3B4B, 5B6B, 7B

LembutPensil gred ini menghasilkan garisan yang kasar dan boleh menyebabkan kertas kotor dan comot.

JADUAL 1 : Gred Pensil Lukisan

Page 11 of 16

Page 12: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

Rajah 1.19 Pensil kayu

1.2.8.2 Pensil Mekanikal (Mechanical Pencil )Dalam lukisan kejuruteraan, pensil mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensil mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti.  Pensil mekanik yang sering digunakan oleh arkitek berdiameter 0-5 mm kerana ia senang dikuasai dan menghasilkan garis yang tajam serta halus.

Rajah 1.20 Pensil mekanikal

1.2.8.3 Pensil Cekam (Clutch Pencil )Bentuk pensil cekam seakan-akan sama dengan pensil mekanikal tetapi diameter mata grafitnya lebih besar.  Pensil ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garis.  Mata pensil ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensil itu.  Pensil ini sangat baik untuk lakaran bebas. 

Rajah 1.21 Pensil Cekam

1.2.9 Getah Pemadam (Eraser)

Page 12 of 16

Page 13: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar. Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensil. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.

Rajah 1.22 Pensil Cekam

1.2.10 Perisai Pemadam (Erasing Shield)Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak perlu di padam sewaktu kerja memadam di lakukan pada lukisan.

Rajah 1.23 Perisai Pemadam

1.2.11 Plat Pencontoh. ( Template )Alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk dalam lukisan. Terdapat pelbagai jenis plat pencontoh untuk pelbagai kegunaan tertentu mengikut bidang kejuruteraan. Plat pencontoh untuk binaan geometri seperti bulatan, elips, segiempat dan polygon. Plat pencontoh kejuruteraan pula mengandungi symbol mengikut bidang kejuruteraan seperti mekanikal, elektrik, elektronik dan seni bina

Rajah 1.24 Perisai Pemadam

1.2.12 Berus Lukisan (Drafting Brush)Berus ini digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan

Page 13 of 16

Page 14: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

kekotoran lain yang terdapat di atas permukaan kertas lukisan. Pengunaan tangan dan meniup kekotoran tidak di galakkan kerana akan mengotorkan kertas lukisan.

Rajah 1.25 Perisai Pemadam

1.3 PIAWAIAN AM DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.

1.3.1 Kertas lukisan.Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensil. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:

Jadual : Saiz dan Ukuran Kertas lukisan

Rajah : Ukuran Kertas lukisan

1.3.2 Petak Tajuk.Petak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang

Page 14 of 16

Saiz Ukuran

A0 841 mm x 1189 mm

A1 594 mm x 841 mm

A2 420 mm x 594 mm

A3 297 mm x 420 mm

A4 210 mm x 297 mm

Page 15: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

dilukis pada kertas lukisan itu seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.14.

DATE

SCALE

STUDIO

7 JULY 2013

1 : 100

1A / 1B

TITLE :

SCALEINSTITUT KEMAHIRAN MARA S.PETANI

DRAWN BY

CHECKED BY

DWG. NO.

MASTURAH

PN. WASHIFA

SLS /KMV 1072/ A1/1

20mm

50mm 80mm 130mm 50mm 80mm

10m

m10mm

3mm 5m

m

Rajah 1.14 Ruangan khas di atas kertas lukisan

1.4 CARE OF MAINTENANCE OF DRAFTING EQUIPMENTSDalam kerja-kerja lukisan teknik, penjagaan alatan lukisan perlu dititik beratkan. Terdapat beberapa cara untuk penjagaan alatan bagi memastikan kerja lukisan kemas dan bersih.

i. Semua peralatan lukisan, hendaklah kerap dibersihkan dengan menggunakan kain kering yang bersih.

ii. Gunakan jenis getah pemadam yang lembut bagi mengelakkan kerosakan pada permukaan kertas lukisan.

iii. Dalam kerja melukis, mata pensel perlu dijaga supaya sentiasa dalam keadaan tajam.

iv. Jangan mengasah pensel di atas papan lukisan atau kawasan yang berhampiran dengan meja lukisan.

v. Selepas menajamkan mata pensel granit, bersihkan dengan menggunakan kain kering atau kertas tisu. Ini bertujuan untuk menghilangkan kesan habuk yang terdapat pada mata pensel.

vi. Elakkan dari mengelangsarkan peralatan lukisan seperti sesiku segitiga atau sesiku T tanpa tujuan tertentu, yang boleh menyebabkan terjadinya kekotoran. Gunakan bahagian hujung setiap alat tersebut bagi tujuan mengangkatnya.

vii. Gunakan alat pembersih seperti berus habuk bagi tujuan membuang habuk getah pemadam.

viii. Elakkan dari melakukan atau mengulang penggarisan pada sesuatu garis kerja bagi mengelakkan lukisan yang tidak tepat serta

Page 15 of 16

Page 16: 1.0 intro to engineering drawing

DPP C2(b)

tidak kemas.

Page 16 of 16