1 surat untuk ina

Upload: nur-rashidah

Post on 20-Jul-2015

483 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 SURAT UNTUK INA

SinopsisBadar dan Jais mengusik-ngusik Zali agar Zali dapat berkenalan lebih rapat dengan Zalina, seorang pengawas sekolah. Zali berasa kurang pasti sama ada Zalina sudi berkawan dengannya atau tidak. Akhirnya Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat kepada Zalina. Namun, Zali khuatir sekiranya Zalina akan melaporkannya kepada guru disiplin. Badar dan Jais mencadangkan agar Zali tidak menulis nama pengirim dan hanya menyatakan hasrat untuk berkenalan sahaja. Zali bersetuju dengan cadangan berkenaan. Surat tanpa nama itu ditulis dan diletakkan di dalam meja Zalina. Zalina melaporkan surat yang diterimanya tanpa nama pengirim itu kepada Cikgu Halil. Badar dan Jai scuba meyakinkan Zali bahawa Cikgu Halil tidak akan dapat mengenal pasti penulis surat tersebut. Cikgu Halil meminta penulis surat tersebut mengaku. Malangnya tiada siapa yang mengaku menjadi penulisnya. Tindakan Cikgu Halil seterusnya adalah memeriksa tulisan pada buku latihan dan karangan. Cikgu Halil telah meminta Zali menulis nama dan alamatnya pada papan hitam. Setelah diamati, tulisan pada surat itu mirip tulisan Zali.Akhirnya, Zali mengakui bahawa dialah yang menulis surat tersebut. Cikgu Halil menyerahkan soal menjatuhkan hukuman terhadap Zali mengikut budi bicara Zalina. Zalina memaafkan perbuatan Zali. Zalina meminta Zali tidak mengulangi perbuatannya. Badar, Jais, dan Fatimah tumpang gembira atas sikap pemaaf Zalina.

TemaKarenah remaja yang masih bersekolah yang baru hendak mengenal cinta monyet Persoalan (a) Usaha seorang pelajar lelaki untuk mendekati pelajar perempuan (b) Ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab (c) Pelajaran menjadi keutamaan berbanding soal hati dan perasaan khususnya pada zaman persekolahan

Watak dan Perwatakan Zali (a) Pelajar sekolah (b) Menaruh perasaan terhadap Zalina, pengawas sekolah (c) Rakan baik kepada Badar dan Jais (d) Baik hati dan bijak Badar (a) Pelajar sekolah (b) Rakan baik kepada Zali dan Jais Jais (a) Pelajar sekolah (b) Pelajar biasa (c) Rakan baik kepada Badar dan Zali Zalina (a) Pengawas sekolah (b) Berambut panjang (c) Pinta dan tegas (d) Cantik, lembut dan bersopan santun (e) Mudah memaafkan kesalahan orang lain. Fatimah (a) Rakan baik Zalina (b) Pustakawan sekolah Cikgu Halil (a) Guru disiplin sekolah (b) Tegas tetapi baik hati

Plot(a) Permulaan Zali, Badar dan Jais berbual-bual mengenai niat Zali yang mahu mengenali Zalina dengan lebih rapat. (b) Perkembangan Zali menulis sepucuk surat kepada Zalina. Surat tanpa pengirim itu diletakkan di dalam meja Zalina (c) Klimaks Zali tertangkap oleh guru disiplin, iaitu Cikgu Halil. Dia mengaku bersalah menulis sepucuk surat kepada Zalina. (d) Peleraian Zali meminta maaf kepada Zalina atas kesalahnnya itu. Zalina memaafkannya. Badar, Fatimah dan Jais berasa gembira.

Latar Latar Tempat (a) Di dalam kelas (b) Di bawah pohon berhampiran kawasan padang. Latar Masa Pagi Latar Masyarakat (a) Masyarakat Pelajar (b) Masyarakat Guru Gaya bahasa (a) Bahasa Inggeris. Contoh:relax;member (b) Peribahasa. Contoh. Dua kali lima, masuk bakul,angkat sendiri;tidak lari gunung dikejar. (c) Bahasa Pasar. Contoh: beres; hooray;alah. (d) Sinkope.Contoh:kau;tak;tu

Nilai (a) Pemaaf (b) Berani (c) Tegas (d) Amanah (e) Bijak dalam membuat keputusan

Pengajaran (a) Kita mestilah mendahulukan pelajaran berbanding dengan cinta (b) Kita mestilah sedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. (c) Kita mestilah bijak membezakan antara kepentingan diri dengan kehendak hati (d) Kita mestilah telus ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.