1. maklumat dan peraturan piala raja libas 2011

Download 1. Maklumat dan Peraturan Piala Raja Libas 2011

Post on 28-Jan-2017

220 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    Syarat-syarat / Peraturan-peraturan dan Undang-undang pertandingan 1. NAMA

    Pertandingan ini dinamakan sebagai KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN TERBUKA ANTARA

    REGU 1MALAYSIA 2011merebut PIALA RAJA LIBAS .

    2. ANJURAN

    Kejohanan ini dianjur dan dikelolakan bersama oleh Gajah Emas Industries Sdn Bhd dan MDAG Marketing

    Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat srw.Pallas(Penaja) dan didokong oleh TV3, Harian Metro serta

    Kementerian Belia & Sukan Malaysia(KBS). Persatuan Sepaktakraw Malaysia(PSM) dan Persatuan

    Sepaktakraw Wilayah Persekutuan(PERSEWIP) sebagai Penasihat Teknikal. Kejohanan ini di adakan

    sempena mempromosikan filem LIBAS.

    3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

    Pertandingan akan diadakan pada:

    Tarikh : 11 14 Julai 2011 (Isnin - Khamis)-4 Hari

    Masa : 8.30 pagi 10.30 malam

    Tempat : Stadium Titiwangsa,Kuala Lumpur

    4. PERALATAN KEJOHANAN

    Semua peralatan rasmi untuk kejohanan ini akan menggunakan jenama GAJAHMAS keluaran syarikat tempatan

    yang dikeluarkan oleh GAJAH EMAS Industries Sdn Bhd,Sungai Petani,Kedah.

    5. PENYERTAAN

    5.1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa yang berumur 15 Tahun keatas.

    5.2. Penyertaan adalah terhad, setiap pasukan boleh mendaftar seberapa banyak regu tetapi pihak pengelola akan memberi keutamaan kepada pasukan / regu yang mendaftar awal. Sasaran penyertaan adalah 80 regu sahaja.

    5.3. Setiap pemain hanya boleh mendaftar untuk satu regu sahaja. Setiap regu mengandungi 5 orang pemain,1 orang Jurulatih dan 1 orang pengurus.( Jurulatih boleh juga terdiri daripada pemain).

    5.4. Penyertaan adalah TERBUKA(tanpa mengira status pemain), pemain yang pernah mewakili negeri atau Negara (Sukan SEA & Sukan Asia) dibenarkan mengambil bahagian dan boleh didaftarkan dalam satu

    regu.

  • 2

    5.5. Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang penyertaan pemain sahaja layak menyertai pertandingan ini.

    5.6. Sekiranya timbul sebarang kemusykilan atau pertikaian berhubung dengan kelayakan (status) mana-mana pemain. Maka perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Segala

    keputusan AJK Teknikal & Pertandingan adalah muktamad.

    5.7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan Yuran Penyertaan sebanyak RM150.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk satuREGU. Bayaran boleh dibuat melalui :-

    5.7.1. Tunai atau Cek(atas nama Gajah Emas Ind.Sdn Bhd) 5.7.2. Dimasukkan ke No.Akaun-RHB Bank Berhad-202023-000-4458-2(Gajah Emas Ind.Sdn Bhd) 5.7.3. Slip pembayaran bersama Borang Penyertaan hendaklah di Faks kepada Jawatankuasa Pengelola

    Pertandingan ke nombor- 04-4259493 ATAU 04-4218733 atau email gajahmas@gmail.com

    5.8 . Pihak pengelola berhak menolak mana-mana pasukan / regu yang tidak memenuhi syarat atau lewat mendaftar

    tanpa memberi apa-apa sebab.

    6. TARIKH TUTUP DAN PENGUNDIAN

    6.1. Tarikh TUTUP PENYERTAAN ialah pada 9 Julai 2011(Khamis) jam 5.00 petang. Borang penyertaan berserta Yuran hendaklah sampai ke pihak pengelola sebelum tarikh dan masa tersebut.

    6.2. Pengundian dan taklimat pengurus akan diadakan pada jam 5.15 petang hari yang sama (Tarikh Tutup). Pengundian akan diadakan di Bilik Mesyuarat Stadium Titiwangsa (sebarang perubahan masa dan tempat

    akan dimaklumkan segera).

    6.3. Pihak pengelola berhak mewakili mana-mana pasukan/regu yang tidak dihadiri oleh pengurus atau wakil pasukan/regu tersebut dalam proses pengundian. Carta pertandingan akan dipamerkan pada hari pertandingan

    sebelum perlawanan pertama bermula. Semua keputusan Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan adalah

    muktamad.

    7. SISTEM PERTANDINGAN / UNDANG-UNDANG PERMAINAN

    7.1. Pertandingan ini dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN dengan kiraan mata 21 25, 21 25 dan 15 17.

    7.2. Regu yang menang 2-0 akan mendapat 3 MATA, menang 2 -1 akan mendapat 2 MATA manakala yang kalah tidak akan mendapat apa-apa MATA.

    7.2.1. Setelah selesai perlawanan dalam kumpulan dan didapati kiraan mata diperolehi adalah sama oleh 2 regu atau lebih maka kemenangan akan ditentukan dengan kaedah berikut:

    a) Kiraan perbezaan set

    b) Kiraan Angka-Angka Mata yang diperolehi.

    7.2.2. Sekiranya selepas kaedah di atas masih sama juga oleh 2 regu maka regu yang mengalahkan lawannya pada peringkat kumpulan akan dikira pemenang.

    7.3. Setiap regu akan ditempatkan dalam beberapa kumpulan dan Johan ATAU Johan & Naib Johan kumpulan masing-masing akan layak bermain untuk pusingan kedua (KALAH KELUAR ) dengan kiraan mata 21 25

    , 21-25, 15 17. Jumlah kumpulan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berdasarkan

    jumlah penyertaan pada tarikh tutup dan setiap kumpulan mengandungi tidak kurang dari 3 regu atau lebih.

    7.4. Undian pusingan kedua (KALAH KELUAR) akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Semua keputusan undian pertandingan adalah muktamad.

    mailto:gajahmas@gmail.com

  • 3

    7.5. Semua pasukan/regu hendaklah mengesahkan penyertaan 15 minit sebelum perlawanan pertama bermula kepada Ketua Pengadil. Sekiranya gagal berbuat demikian ianya dianggap menarik diri dari pertandingan.

    7.6. Mana-mana pasukan/regu yang Menarik Diri sebelum / selepas perlawanan pertama bermula Yuran Penyertaan tidak akan dikembalikan . Jika berlaku semasa pertandingan Liga Pusingan Awal, maka

    pasukan/regu akan dianggap sebagai menarik diri keseluruhan perlawanan dan semua keputusan yang terdahulu

    dibatalkan.

    7.7. Semua pemain mestilah berada di gelanggang 15 minit sebelum perlawanan bermula. Mana-mana regu yang lewat akan dikira kalah kecuali dengan alasan yang munasabah dan atas budibicara Jawatankuasa Teknikal &

    Pertandingan.

    7.8. Setiap regu hendaklah bersedia bermain seperti yang diarahkan oleh pengadil walaupun baru menghabiskan sesuatu perlawanan(selepas diberi rehat selama 5-10 minit).

    7.9. Semua pemain hendaklah berpakaian sukan yang kemas, berkasut getah dan pemakaian jersi yang bernombor adalah digalakkan ( Nombor yang dibenarkan 1 15 ). Ketua regu hendaklah memakai Arm Band.

    7.10. Hanya sekali sahaja pertukaran pemain dibenarkan bagi setiap perlawanan.

    7.11. Selain peraturan yang terkandung, pertandingan ini juga dijalankan mengikut undang-undang permainan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang berkuatkuasa ketika ini.

    7.12. Jika terdapat salah tafsiran / fahaman mengenai undang-undang ini maka segala tafsiran Jawatankuasa pertandingan akan diguna pakai. Semua keputusan adalah muktamad.

    8. TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN

    8.1. Semua pegawai dan pemain diminta mematuhi undang-undang dan peraturan permainan yang telah ditentukan

    oleh pengelola serta hendaklah menyertai pertandingan ini atas semangat kesukanan dan semangat muhibah

    yang tinggi.

    8.2. Mana-mana pemain yang dikenakan Kad Merah akan digantung dari menyertai pertandingan ini sehingga

    Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan membuat keputusan selanjutnya.

    9. BANTAHAN DAN RAYUAN

    9.1. Sebarang bantahan dan rayuan hanya boleh dibuat oleh pengurus melalui borang rasmi yang disediakan oleh

    pihak Jawatankuasa pertandingan tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat perlawanan regu tersebut kepada

    Jawatankuasa Juri Rayuan.

    9.2. Setiap bantahan dan rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia

    Lima Ratus sahaja) sebagai pertaruhan. Wang ini akan luput sekiranya bantahan atau rayuan ditolak.

    9.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.

    9.3.1 Jawatankuasa Juri Rayuan

    a) Pengerusi Pengelola atau wakil

    b) Penyelaras Kejohanan atau wakil

    c) Setiausaha Pengelola atau wakil

    d) Ketua Pengadil atau wakil

    e) 3 orang Pengurus berkecuali @ Pegawai-Pegawai Kejohanan yang difikirkan perlu

  • 4

    10. PENGADIL DAN HAKIM GARISAN

    Semua pengadil yang bertugas adalah pengadil yang bertauliah yang dilantik oleh Penganjur dan Jawatankuasa

    Teknikal & Pertandingan melalui Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Pihak pengelola juga akan

    menyediakan Hakim Garis. Semua keputusan Pengadil dan Hakim Garis adalah muktamad.

    11. HADIAH-HADIAH

    Pihak penganjur akan menyediakan hadiah-hadiah berbentuk Wang Tunai Piala/Medal Iringan seperti berikut;

    JOHAN : RM10000.00 + Piala Raja Libas + Piala/Medal Iringan

    N/JOHAN : RM5000.00 + Piala/Medal Iringan

    KE TIGA : RM2000.00 + Piala/Medal Iringan

    KE EMPAT : RM1000.00 + Piala/Medal Iringan

    Ke 5-8 : RM500.00

    Jumlah keseluruhan Wang Tunai ialah sebanyak RM20,000.00

    12. PERKARA AM

    12.1. Segala perbelanjaan pasukan / regu adalah tanggungan sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas tuntutan oleh pihak lain ke atas pasukan / regu tersebut.

    12.2. Sebarang kelakuan buruk yang diarahkan kepada pegawai / pengadil diluar gelanggang adalah dianggap dilakukan di dalam gelanggang.

    12.3. Semua pasukan / regu yang mengambil bahagian adalah kemahuan sendiri, maka pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan ini

    berlangsung.

    12.4. Segala perkara berbangkit dan tidak tercatat dalam peraturan dan undang-undang ini,maka pihak pengelola berhak dan berkuasa membuat keputusan. Sem