1. kelayakan penyertaan - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/peraturan.pdf · peraturan...
TRANSCRIPT
PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED
1. KELAYAKAN PENYERTAAN
a. Penyertaan adalah terbuka kepada :-
i. Semua Warga UMCCed.
b. Setiap Program/kursus hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja
bagi kejohanan Futsal dan Bola Jaring
c. Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili program/kursus masing-
masing.
d. Pelajar yang telah menghadiri / tamat konvokesyen adalah TIDAK LAYAK
mengambil bahagian di dalam Sukan UMCCed ini.
e. Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat
Pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan.
f. Mana-mana pasukan yang gagal menyerahkan semua senarai nama
pemain yang mendaftar secara sah dengan pasukan masing-masing
kepada AJK Pendaftaran & Aktiviti pada tarikh yang ditetapkan TIDAK
AKAN DIBENARKAN menyertai hari Sukan UMCCed.
g. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik (pelajar) & Kad Pekerja
(Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan akan memeriksa kad
tersebut sebelum perlawanan dijalankan. Para peserta yang gagal
menunjukkan kad Matrik / Kad Pekerja TIDAK DIBENARKAN dari
menyertai pertandingan.
h. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan/individu yang gagal
mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan
pasukan berkenaan.
i. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah
muktamad.
2. BORANG PERTANDINGAN
a. Semua pasukan/individu dimestikan mendaftar semua pemain
pasukannya dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang disediakan dan
mestilah diserahkan kepada AJK Pendaftaran & Aktiviti pada tarikh yang
ditetapkan.
b. Hanya pemain yang berdaftar di dalam Borang Pendaftaran Pasukan
sahaja yang layak mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini. Pemain
yang namanya tidak didaftarkan semasa menghantar Borang
Pendaftaran Pasukan adalah tidak layak bertanding.
3. PAKAIAN
a. Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan
dalam Undang–Undang Permainan berkenaan (rujuk Peraturan
Permainan).
b. Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warna, pasukan
yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah
menukar kepada pakaian yang berlainan warna (jika berkaitan).
c. Pemakaian jersi bagi permainan yang memerlukannya adalah WAJIB.
4. BILANGAN PESERTA
a. Bilangan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut:
i. Kejohanan Futsal dan Bola Jaring
Bil Program Kursus Pemain Pasukan
Lelaki
Pemain Pasukan
Perempuan
Jumlah Pemain
1
Diploma
UDA 10 10 20 2 UDB 10 10 20 3 UDC 10 10 20 4 UDE 10 10 20 5
Diploma Eksekutif
UFA 10 10 20 6 UFB 10 10 20 7 UFC 10 10 20 8 UFD 10 10 20 9 UFE 10 10 20
10 UFF 10 10 20 11 UFG 10 10 20 12 UFH 10 10 20 13 UFK 10 10 20 14 UFL 10 10 20 15 Staf UMCCed - 10 10 20
JUMLAH PESERTA 300
ii. Sukan Rakyat
Sasaran penyertaan bagi Sukan Rakyat adalah seramai 50 orang
pelajar dan Staf UMCCed. Perlawanan adalah secara individu dan
terbuka kepada warga UMCCed.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Kejohanan Futsal dan Bola Jaring
a. Pusingan Awal
i. Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu
kumpulan A, B, C dan D.
ii. Setiap kumpulan mengandungi sekurang–kurangnya 3 pasukan.
iii. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui undian.
a) Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan
format berikut untuk pusingan liga:
b) Menang - 3 mata
c) Seri - 1 mata
d) Kalah - 0 mata
b. Peringkat Suku Akhir
i. Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat
suku akhir.
ii. Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh dan Akhir akan
dijalankan secara KALAH MATI.
iii. Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan
Suku Akhir seperti berikut: (semua pertandingan dijalankan secara
kalah mati)
SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR
Johan A
Naib Johan C
Naib Johan B
Johan D
Johan C
Naib Johan A
Naib Johan D
Johan B
6. PENANGGUHAN
a. Permintaan untuk mengubah atau menangguh tarikh, masa dan tempat
perlawanan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak
dibenarkan oleh mana-mana pasukan yang mengambil bahagian.
b. AJK Pertandingan mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau
diputuskan dengan serta-merta.
7. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH
a. Setiap pasukan mesti menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja atau tidak sengaja memberi kemenangan percuma
kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan datang atau yang
sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan
permainan walaupun telah layak untuk ke pusingan seterusnya. Mana-
mana pasukan yang telah layak ke pusingan seterusnya tetapi
memberikan kemenangan percuma secara sengaja atau tidak sengaja
kepada pasukan lawan pada perlawanan atau perlawanan-perlawanan
berikutnya akan tersingkir secara automatik dan pasukan tersebut akan
digantikan dengan pasukan lain mengikut kelayakan untuk ke pusingan
seterusnya.
b. Mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma sebelum
memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar
dari pertandingan untuk sukan tersebut dan tidak layak untuk
bertanding dalam perlawanan-perlawanan berikutnya. Semua keputusan
pertandingan berikutnya akan dikira sebagai kemenangan percuma
mengikut Peraturan Permainan. Pasukan ini akan turut digantung
selama setahun.
8. BANTAHAN
b. Segala bantahan hendaklah di buat oleh pengurus pasukan secara
bertulis dan beserta bayaran RM 200.00.
c. Panel bantahan terdiri daripada semua pengurus pasukan, ketua
penganjur, ketua pengadil dan Pengerusi.
d. Wang cagaran akan hilang dan dimasukkan ke dalam Tabung Aktiviti
Pelajar sekiranya bantahan atau rayuan tidak diterima.
e. Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh panel bantahan maka
wang cagaran akan dikembalikan sebanyak RM 150.00 sahaja. Sejumlah
RM 50.00 lagi akan digunakan sebagai wang proses bantahan.
9. HADIAH
a. Hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat Pertama, Kedua dan
Ketiga sahaja.
10. PERUBATAN
a. Pihak pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan untuk tujuan
kecemasan sahaja. Ubat-ubatan bagi kegunaan pasukan semasa
pertandingan adalah tanggungjawab pasukan sendiri.
11. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN
a. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada
dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.
b. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Induk dan keputusannya adalah
muktamad.
PERATURAN KEJOHANAN FUTSAL
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
a. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA).
2. PERATURAN PERTANDINGAN
a. Mengikut Peraturan Am Hari Sukan UMCCed yang dikuatkuasakan sepanjang
kejohanan ini.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
a. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.
b. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada AJK perlawanan
15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
4. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
a. Untuk memulakan permainan, bilangan pemain untuk satu-satu pasukan adalah
5 orang.
b. Sekiranya kurang daripada 4 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke
gelanggang, pasukan yang mempunyai 5 atau lebih pemain di atas gelanggang
akan diberi kemenangan percuma dengan empat (4) mata dan jaringan gol 2-0.
5. SISTEM PERTANDINGAN
a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (perkara 5)
b. Penggantian pemain ialah mengikut sistem ‘rolling substitution’ iaitu pemain
yang telah diganti atau dikeluarkan boleh dimasukkan bermain lagi dan tiada
had gantian.
c. Masa bermain adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit
6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PEMENANG
a. Cara Pemberian Mata sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara
5/b/iv)
b. Dalam pusingan kumpulan, jika dua (2) pasukan atau lebih mendapat mata yang
sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.
ii. Jika seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.
i. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat
awal dikira pemenang.
ii. Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan
pemenang mengikut Undang-Undang FIFA.
c. Dalam pusingan kalah mati, sekiranya keputusan berakhir dengan seri di akhir
permainan, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:
i. Keputusan ditentukan dalam masa tambahan
ii. 2 Perlawanan masa tambahan ialah 3 minit bagi setiap masa tanpa rehat.
Masa rehat selama 2 minit diberikan sebelum perlawanan masa tambahan
dan pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang kecuali dengan kebenaran
pengadil.
iii. Jika keputusan masih seri juga, SISTEM SEPAKAN PENALTI akan dijalankan
untuk menentukan pemenang.
7. KELEWATAN
a. Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 2-0.
8. BANTAHAN
a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed. (perkara 8)
9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 11)
KEJOHANAN BOLA JARING
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
a. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring
Malaysia (PBJM).
2. PERATURAN PERTANDINGAN
a. Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Hari Sukan UMCCed yang
dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
a. Tiap–tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang
pemain.
b. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah dihantar kepada Penyelaras
Permainan 15 minit sebelum perlawanan bermula.
4. SISTEM PERTANDINGAN
a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 5)
b. Masa permainan ialah:
i. 5 minit (masa pertama) x 1 minit (rehat) x 5 minit (masa kedua).
ii. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.
5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
a. Cara Pemberian Mata sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed
(Perkara 5)
b. Dalam pusingan kumpulan, jika dua (2) pasukan atau lebih mendapat mata
yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.
ii. Jika seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.
iii. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di
peringkat awal dikira pemenang.
c. Dalam pusingan kalah mati, sekiranya keputusan berakhir dengan seri di
akhir permainan, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti
berikut:
i. Pertandingan disambung semula setelah berehat 2 minit.
ii. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah
dan gol.
iii. Permainan diteruskan dengan 5 hantaran tengah dibuat secara bergilir-
gilir.
6. PAKAIAN
a. Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan
belakang baju pemain.
GS Penjaring Gol Goal Shooter GA Penyerang Gol Goal Attack WA Penyerang Sayap Wing Attack
C Pemain Tengah Center WD Penangkis Sayap Wing Defence GD Penahan Gol Goal Defence GK Penjaga Gol Goal Keeper
7. KELEWATAN
a. Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan
selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan
2-0.
8. BANTAHAN
a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed. (Perkara 8)
9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
b. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 11)
PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN
SUKAN RAKYAT
1. KELAYAKAN PENYERTAAN
a. Penyertaan adalah terbuka kepada :-
iv. Semua Warga UMCCed.
b. Pelajar yang telah menghadiri / tamat konvokesyen adalah TIDAK LAYAK
mengambil bahagian di dalam Sukan UMCCed ini.
c. Mana-mana pelajar/staf UMCCed yang tidak/lewat mendaftar penyertaan
kepada AJK Pendaftaran dan Aktiviti TIDAK LAYAK untuk menyertai
Sukan Rakyat.
d. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik (pelajar) & Kad Pekerja
(Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan akan memeriksa kad
tersebut sebelum perlawanan dijalankan. Para peserta yang gagal
menunjukkan kad Matrik/Kad Pekerja TIDAK DIBENARKAN dari
menyertai pertandingan.
e. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan/individu yang gagal
mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan
pasukan berkenaan.
f. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah
muktamad.
2. BILANGAN PENYERTAAN
a. Bilangan penyertaan bagi setiap acara adalah seperti berikut :
Bil Cadangan Permainan Bil. Penyertaan
1 Dam Haji 16 2 Karom 16 3 Batu Seremban 16 4 Congkak 16 5 Anyam Ketupat 16
Jumlah Peserta 80
3. SISTEM PERTANDINGAN
a. Semua acara Sukan Rakyat akan dijalankan secara kalah mati
b. Pada sesi pendaftaran, peserta perlu membuang undi untuk mengetahui
kedukukan perlawanan.
c. Bagi acara Dam Haji, Batu Seremban dan Congkak menggunakan sistem
pertandingan berikut:
Pusingan Pertama Pusingan Kedua Separuh Akhir Akhir
Peserta 1 Peserta 2
Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7 Peserta 8
Peserta 9 Peserta 10
Peserta 11 Peserta 12
Peserta 13 Peserta 14
Peserta 15 Peserta 16
d. Manakala bagi acara Karom akan menggunakan sistem pertandingan berikut:
Pusingan pertam Separuh Akhir Akhir
4. PENANGGUHAN
a. Permintaan untuk mengubah atau menangguh tarikh, masa dan tempat
perlawanan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak dibenarkan
oleh mana-mana pemain yang mengambil bahagian.
b. AJK Pendaftaran dan Aktiviti mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh
atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau
diputuskan dengan serta-merta.
5. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH
a. Setiap pemain mesti menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja atau tidak sengaja memberi kemenangan percuma kepada
pihak lawan untuk perlawanan yang akan datang atau yang sedang
berlangsung. Setiap pemain dikehendaki meneruskan permainan walaupun
telah layak untuk ke pusingan seterusnya. Mana-mana pemain yang telah
layak ke pusingan seterusnya tetapi memberikan kemenangan percuma
secara sengaja atau tidak sengaja kepada pemain lawan pada perlawanan
atau perlawanan-perlawanan berikutnya akan tersingkir secara automatik
dan pemain tersebut akan digantikan dengan pemain lain mengikut
kelayakan untuk ke pusingan seterusnya.
b. Mana-mana pemain yang memberi kemenangan percuma sebelum
memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar dari
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4
1. Johan A 2. N.Johan A 3. Johan B 4. N. Johab B
1. Johan E 2. N.Johan E 3. Johan F 4. N.Johan F
Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7 Peserta 8
Peserta 9 Peserta 10 Peserta 11 Peserta 12
5. Johan C 6. N.Johan C 7. Johan D 8. N.Johan D
Peserta 13 Peserta 14 Peserta 15 Peserta 16
A B C D
E
F
pertandingan untuk sukan tersebut dan tidak layak untuk bertanding dalam
perlawanan-perlawanan berikutnya. Semua keputusan pertandingan
berikutnya akan dikira sebagai kemenangan percuma mengikut Peraturan
Permainan.
6. BANTAHAN
a. Segala bantahan hendaklah di buat oleh pemain secara bertulis dan beserta
bayaran RM 100.00.
b. Panel bantahan terdiri daripada semua ketua penganjur, ketua pengadil dan
Pengerusi.
c. Wang cagaran akan hilang dan dimasukkan ke dalam Tabung Aktiviti Pelajar
sekiranya bantahan atau rayuan tidak diterima.
d. Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh panel bantahan maka wang
cagaran akan dikembalikan sebanyak RM 50.00 sahaja. Sejumlah RM 50.00
lagi akan digunakan sebagai wang proses bantahan.
7. HADIAH
a. Hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga
sahaja.
8. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN
a. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada
dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.
b. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Induk dan keputusannya adalah muktamad.