1. cara permainan catur

2
Cara permainan Peraturan-peraturan catur Artikel utama: Peraturan catur Kedudukan kepingan pada permulaan permainan catur. Nama Huruf Gambar Bidak P Satria N Gajah B Tir R Menteri Q Raja K

Upload: mkanwars

Post on 14-Nov-2015

274 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Q

TRANSCRIPT

Cara permainanPeraturan-peraturan caturArtikel utama: Peraturan catur

Kedudukan kepingan pada permulaan permainan catur.

NamaHurufGambar

BidakP

SatriaN

GajahB

TirR

MenteriQ

RajaK

Kedudukan awal

Di awal permainan, setiap pemain bermula dengan lapan bidak, dua tir, dua kuda, dua gajah, satu menteri dan satu raja yang disusun mengikut rajah di sebelah. Perhatikan bahawa buah yang boleh bergerak pada awal permainan cuma bidak dan kuda.Orang yang baru mula bermain catur sering melakukan kesilapan dalam menyusun buah; kedudukannya memang agak rumit. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh membantu. Putih di sebelah kanan: Petak bawah kanan hendaklah berwarna putih/cerah. Kuda di dalam tir: Kuda diletakkan di sebelah tir (rupa tir seperti benteng kota). Menteri pada warnanya: Menteri Putih di petak putih, menteri Hitam di petak hitam. Gajah mengawal raja: Gajah mengelilingi raja dan menteri.

Etika caturSecara umumnya, permainan di pertandingan catur menggunakan peraturan-peraturan berikut: Sentuh bermakna gerak - Jika seseorang pemain menyentuh buahnya, dia hendaklah menggerakkannya. Jika dia menyentuh buah lawan, dia hendaklah memakannya (kecuali jika ia mustahil). Jika dia meletakkan buahnya di mana-mana petak, gilirannya tamat dan gerakan itu tidak boleh ditarik balik. Senyap ketika giliran lawan - Pemain cuma boleh membetulkan buah, menawarkan seri atau mendakwa seri ketika gilirannya.Permainan persahabatan boleh dimainkan mengikut persefahaman pemain. Bagaimanapun, bertimbang rasalah dan elakkan mengalih perhatian lawan.