1 asas-kawalan-motor
TRANSCRIPT
TUJNJANG 4 :
LAKUAN MOTOR DAN
BIOMEKANIK
UNIT 1:
ASAS KAWALAN MOTOR
4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR
Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor.
Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.
4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR
Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan.
Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS-JENIS LAKUAN MOTOR YANG MAMPU DIHASILKAN OLEH SISTEM BIOLOGI ADALAH:
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (Involuntari)
Lakuan Motor Berkemahiran (Voluntari)
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)
Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil.
Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)
Contohnya:
Pantulan lutut
Tarik tangan atau kaki bila terkena
benda panas
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI
1) Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.
2) Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori.
3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang.
4) Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor.
5) Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor.
6) Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.
7) Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)
Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
Interaksi pelaku dengan persekitaran
dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti
tahap kemahiran dan pengalaman.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)
Contoh pergerakan voluntari:
Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang dalam sukan badminton, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
Contoh pergerakan voluntari:
Ketika menerima servis dalam sukan bola
tampar, pemain pasukan yang kurang
berkemahiran akan menghantar semula bola ke
gelanggang lawan, manakala pasukan yang
berkemahiran akan membuat strategi menyangga,
mengumpan dan merejam.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI
1) Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.
2) Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori.
3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah:
Saraf tunjang (spinal cord), Tunjang otak (brain stem) dan Otak tengah (mid brain)
4) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI
5) Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori.
6) Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor.
7) Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral.
8) Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor.
9) Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN
VOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU;
Kemahiran generik
Kemahiran berobjektif
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran pergerakan yang diwarisi
manusia. Manusia dilahirkan dengan
potensi untuk melakukan pergerakan
asas seperti berjalan.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik berkembang
melalui proses semula jadi seperti
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN BEROBJEKTIF
Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN BEROBJEKTIF
Kemahiran berobjektif berkembang
melalui proses fizikal seperti praktis
(pembolehubah pembelajaran) dan
latihan (pembolehubah prestasi).
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
Kemahiran generik dan berobjektif terdiri
daripada dua iaitu;
Pergerakan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang membolehkan
sesaran jasad secara mendatar seperti
berjalan, berenang dan berbasikal.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI) ;
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang tidak menghasilkan
sesaran jasad secara mendatar seperti
menangkap bola dan lompat setempat.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
TERDAPAT TIGA JENIS KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR YANG ASAS BERDASARKAN KRITERIA YANG BERBEZA IAITU;
Kriteria ketepatan lakuan
Kriteria ciri pergerakan
Kriteria stabiliti persekitaran
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada;
Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor halus
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
KEMAHIRAN MOTOR KASAR
Melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
Berpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut:
Kemahiran diskrit
Kemahiran berterusan
Kemahiran siri
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN DISKRIT
Kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan memanah.
Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN BERTERUSAN
Kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang.
Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN SIRI
Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik dan kemahiran lompat tinggi.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN
Berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah- ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada:
Kemahiran luar kawal (open skill)
Kemahiran terkawal (close skill)
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN
KEMAHIRAN LUAR KAWAL (OPEN SKILL)
Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN
KEMAHIRAN TERKAWAL (CLOSE SKILL)
Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.