09 bahan-bacaan
TRANSCRIPT
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep Morfologi
Bentuk kata Bahasa Melayu
Golongan kata Bahasa Melayu
Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah
bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa
Melayu.
Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian
tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan
kepada bentuk perkataan bahasa manusia.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut
morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis
1
Perubahan Maksud Kata
Perubahan Golongan Kata
Perubahan Struktur Kata
Contoh :beri – pemberian
Contoh :cari – pencarian
Contoh :tupai – tupai-tupai
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil
juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.
Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara
membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal,
contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang
dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan
meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka
bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara
penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu
awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan
dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
2
MORFOLOGI
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.
Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan
penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.menjelaskan konsep Imbuhan.
2.menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.
3.menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.2 Kerangka Tajuk
3
IMBUHAN
Konsep Imbuhan
Jenis-Jenis Imbuhan
Konsep Pembentukan Kata
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan
konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
1.1 Definisi Imbuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?
Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh
terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima
sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses
memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.
Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup
dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem
morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.
4
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh
berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan
dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk
perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-
imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang
membawa konsep yang baharu.
1.2 Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur
yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan
imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.
1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu
Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat
dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
5
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah 1.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.2.1.1 Awalan
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam
pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-,
di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
6
Bentuk-Bentuk
Imbuhan
Awalan
Kata Nama Kata Adjektif
Akhiran Kata Nama Kata Kerja
Sisipan
Apitan
Morfem kosong
Fleksi
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Tidak Wujuddalam BM
Tidak Wujuddalam BM
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.2.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah
kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam
akhir+i.
1.2.1.3 Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian
imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an
dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,
1.2.1.4 Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada
empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam
s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.
1.2.1.5 Morfem Kosong
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.1.5 Fleksi
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
7
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga
kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :
1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah
lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini
amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar
dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada
bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.
Awalan Akhiran
maha maharaja man seniman
tata tatabahasa man budiman
pra prakata wan angkawan
swa swadaya wan jelitawan
tuna tunabusana wati olahragawati
eka ekabahasa wati seniwati
dwi dwitahunan nita karyanita
tri tribulan nita biduanita
panca pancaindera
8
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi
Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak
kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa
rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang
Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke
dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk
katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada
bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.
Awalan Akhiran
bi- biadap -wi duniawi
bilazim -i abadi
binormal -iah lahiriah
-in hadirin
munafikin
-at hadirat
munafikat
-ah qariah
solehah
1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris
Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu
berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya
tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali
beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.
9
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Awalan Akhiran
pro- probarat -isme sosialisme
anti- antikerajaan -isme nasionalisme
poli- poliklinik -ik prolifik
auto- autograf -ik saintifik
sub- subbidang -si sensasi
supra- supranasional -si revolusi
hetero- heterograf -al praktikal
heksa- heksagon -al klinikal
hidro- hidrolisis -is potensi
homo- homogen -is praktis
hiper- hiperbola
kilo- kilometer
makro- makrolinguistik
infra- intrajabatan
inter- intervokal
10
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa
proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses
tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan
akronim
Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
11
Proses Pembentukan
Kata
Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Akronim
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.3.1 Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan,
iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila
digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai
golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa
contoh proses pengimbuhan.
Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan
Pem- bawa pembawa
Memper- kuat memperkuat
-isme nasional nasionalisme
-i dekat dekati
Peng-.....-an isytihar pengisytiharan
Men-.....-i ikut mengikuti
Ke-...-an sihat kesihatan
Ber-....-an lari berlarian
-er- gigi gerigi
-em- gilang gemilang
Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan
boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ),
ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang
menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses
pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.
Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui
imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan
kepengarangan.
12
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Berikut ialah beberapa contoh lain :
Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan
libat terlibat keterlibatan
lanjur terlanjur keterlanjuran
balik terbalik menterbalikkan
sambung sinambung kesinambungan
1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh,
kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila
dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-
apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak
terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi
untuk malas.
1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara
pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :
1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran,
ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga - berurus niaga
cari gali - mencari gali
reka bentuk - direka bentuk
daya serap - daya serapan
13
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi
bercantum,
Contohnya :
lipat ganda - melipatgandakan
surat khabar - persuratkhabaran
urus niaga - diurusniagakan
ibu bapa - keibubapaan
1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata
majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
Contohnya :
rumah sakit - rumah-rumah sakit
guru besar - guru-guru besar
Raja Muda - Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor
Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang
telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan
perkataan.
Contohnya :
setiausaha - setiausaha-setiausaha
jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa
tanggungjawab - tanggungjawab-
tanggungjawab
14
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.3.3 PROSES PENGGANDAAN
Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama
ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa, dan
3. Penggandaan berentak.
1.3.3.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.
Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah sekolah-sekolah
makan makan-makan
besar besar-besar
baju baju-baju
Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya :
15
pelari pelari-pelari
perbualan perbualan-perbualan
kekasih kekasih-kekasih
kejadian kejadian-kejadian
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.3.3.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata
dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar,
iaitu :
pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku
kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian
hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami
proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat
digambarkan seperti yang berikut :
jari jejari jejari
siku sisiku sesiku
sungut susungut sesungut
pohon popohon pepohon
laki lalaki lelaki
pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang
berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.
Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan
boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian
hadapan kata dasar.
16
Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan
tersenyum tersenyum-senyum
bercakap bercakap-cakap
setinggi setinggi-tinggi
membantu bantu-membantu
mencuit cuit-mencuit
menari tari-menari
mengejar kejar-mengejar
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.3.3.3 Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar
mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam
penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan
bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis,
iaitu :
1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3 Penggandaan Berentak Bebas
Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas
Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang
mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,
Contohnya :
sayur - sayur-mayur
ramah - ramah-tamah
cerai - cerai-berai
Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan
bunyi-bunyi konsonan tertentu,
Contohnya :
kayu - kayu-kayan
tanah - tanah-tanih
simpang - simpang-siur
Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.
1.3.4 KATA AKRONIM
17
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata
tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk
dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata
yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung
pada cara pembentukkannya.
1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama
khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National Organisation
1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak
1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar
18
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau
suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula
dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam
bahasa Melayu.
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.
2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat
tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.
BACAAN TAMBAHAN
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS
Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
19
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk
dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan
kata tunggal dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
(ii) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan
(iii) Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
(iv) Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
(v) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal
(vi) Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1
20
BENTUK KATA
BENTUK KATA TUNGGAL DAN
TERBITAN
BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA
GANDA
GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN
TERBITAN
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata
tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata
terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti
kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan
mengenal pasti golongan kata terbitan.
2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh
terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.
Contohnya :
Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru
Kata Tungga Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana
Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat
Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih
universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi
Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal)
ABIM, UMNO, ADUN, MAS.
Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Suku Kata)
cerpen, purata, tadika, taska, cereka
Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)Mara (Majlis Amanah Rakyat)Pernas (Perbadanan Nasional)
21
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu
proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri
daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah
seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Nama)
peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Kerja)
meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-
Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Adjektif)
ter-, se-, te-
Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Nama)
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -
Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Kerja)
-kan, -
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Nama)
peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Kerja)
meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,memper-…-kan, memper-…-
Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Adjektif)
ke-…-an
Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Nama)
-el-, -em-
Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Adjektif)
-el-, -er-, -em-, -in-
22
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN :
Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-
contoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan
2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata
dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk
bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya
seperti di bawah.
Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus
Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa
anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola
Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab
Kata Majmuk Jamak(Gandaan kata pertama)
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,
Kata Majmuk Jamak(Penada Jamak - semua, banyak,sekumpulan, persatuan, para,pertubuhan, barisan, sebahagian)
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,
Kata Majmuk Terbitan(Awalan dan Akhiran)
dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan
Kata Majmuk Terbitan(Apitan)
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian.
23
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN :
Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.
2.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata
dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau
digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah.
Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau
Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong
Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-perenang, gunung-ganang
2.5 Golongan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh
terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.
24
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama
Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid
Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan
Kata Nama Khas(Hidup - Manusia)
Kata Nama Khas(Hidup - Bukan Manusia)
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, SudirmanSang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin.
Kata Nama Khas(Tak Hidup)
Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah
Kata Ganti Nama (Diri Pertama)aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya
Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba
Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka
Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu
Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa
Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ
LATIHAN :
Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.
25
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2.5.2 Golongan Kata Terbitan
Penggolongan Kata: Kata Kerja
Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram
Kata Kerja Transitif (Pasif) dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram
Kata Kerja Tak Transitif(Tak Berpelengkap)
bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk,
Kata Kerja Tak Transitif(Berpelengkap)
tinggal, beransur, berbantalkan
LATIHAN :
Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya.
2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif
Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh
Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru
Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal
Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper
Kata Adjektif Pancaindera ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus
Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera
Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan
Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin
26
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN :
Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.
2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas
Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat,
baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas
mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan
ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas
dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa
dan kata pascakata
2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat
Kata Penyambung Ayat
Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu,
malahan, sambil, kemudian.
Kata Hubung Pancangan Relatif yang
Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk
2.5.4.2 Kata Praklausa
Kata Praklausa
Kata Seru wah, amboi, aduhKata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapaKata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.Kata Pembenar ya, benar, betul.Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan
27
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2.5.4.3 Prafrasa
Kata Prafrasa
Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum
Kata Penguat amat, sangat, palingKata Penegas juga, lah, kah, tah, punKata Nafi tidak, bukanKata Pemeri ialah, adalahKata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, padaKata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelimaKata Arah atas, situ, dalam
2.5.4.4 Kata Pascakata
Kata Pascakata
Kata Pembenda yang, -nyaKata Penekan -nya
LATIHAN :
1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai
kata pascakata.
28
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
BACAAN TAMBAHAN
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
29
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 3 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata Tunggal Kata Terbitan
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang
menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
i. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa
Melayu.
ii. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa
Melayu.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3
30
PROSES PEMBENTUKAN
KATA
DEFINISI DAN JENISKATA
KATA TUNGGAL KATA TERBITAN
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan
huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.
3.1 Definisi Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima
sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.
3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal
Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku
Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang
dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu
adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata
yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).
31
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Satu Suku Kata KV VK KVK
KKVK KVKKKKKV KKKVK
Dua Suku Kata V + KV V+VK
V+KVK VK+KV
VK+KVK KV+V
KV+KVK KV+KV+VK
KVK+KVK
Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV KV+V+KVK
V+KV+V KV+KV+V
KVK+KV+V KV+KV+VK
KVK+KV+VK dan lain-lain
Empat Suku Kata KV+KV+VK+KV
dan Lebih KV+KVK+KV+KV
KVK+KV+KV+KVKVK+KV+V+KV
dan lain-lain
Akronim Mara Bernama
Kugiran Tabika
ABIM Gapena
Rajah 3.2
32
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu
3.1.3.1 Kata Tunggal
Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan
kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5):
i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri
Contoh:
i. Kamu.
ii. Sudah?
iii. Ini?
ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas
nahunya.
Contoh:
i. di mana?
ii. ke Kuala Lumpur
iii. dari Terengganu
3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata
Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500.
Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab
dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal
bahasa Melayu adalah seperti berikut :
1. KV Contohnya : yu, ru, ya
33
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2. VK Contohnya : am
3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap
4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek
5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,
6. KKKV Contohnya : skru, skaf,
7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw
3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :
1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri
2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air
3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat
4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta
5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan
6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria
7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih
8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko
9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris
10.KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda
11.KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting
# Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu
terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal
dua suku kata.
3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata
34
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil,
tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada
perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.
1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola
2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang
3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea
4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua
5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar
6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan
7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat
8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi
9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat
10.VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama
11.KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna
12.KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu
13.V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun
14.VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah
15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat
16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan
17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda
18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna
19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok
3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.
Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :
35
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda
2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana
3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara
4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa
5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema
6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur
7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter
8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana
9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional
10.V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti
11.KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan
12.KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela
3.1.3.1.5 Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah
kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung
pada cara pembentukkannya.
a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama
36
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak
c. Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan
huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam
bahasa Melayu
3.2 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
37
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah
bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis
imbuhan , iaitu:
1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan
dan di- dalam diambil,
2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan
dan -i dalam ikuti,
3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian
imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-
an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,
4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk
dan -in- dalam sinambung.
Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata
terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak.
Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.
3.2.1 Imbuhan awalan
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :
1. awalan kata nama
2. Awalan kata kerja
3. Awalan kata adjektif
3.2.1.1 Awalan Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama,
38
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Awalan Perkataan
peN- =
per-pe-ke-juru-maha-tata-pra-sub-supra-eka-dwi-
pe-pem-pen-peng-penge-
pelukis, pewangi, penyanyipembalut, pembeli, pemberipendatang, pencari, penjualpengguna, pengayuh, pengukurpengebom, pengetin, pengecatperasap, perbara, pertapapesara, pekedai, peguamketua, kehendak, kelepekjurubahasa, jurujual, juruterbangmahasiswa, mahaguru, maharajatatabahasa, tatanegara, tatanamaprasejarah, prakata, prasangkasubbidang, subsistem, subkategorisuprakelas, suprasistem, suprakategoriekabahasa, ekasuku, ekahaladwibahasa, dwifungsi, dwibudaya
3.2.1.2 Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan
membentuk kata kerja.
39
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Awalan Perkataan meN- = me-
mem-men-meng-menge-
melukis, menari, merasamembeli, memberi, membalutmendaki, menduga, mentadbirmengaji, mengasuh, menghasutmengebom, mengetin, mengecat
memperisteri, memperbesar, memperolehberkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyumdiatur, dibeli, disuruhdiperisteri, diperbesar, diperoleh
memper-ber-ter-di-diper-
3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :
Awalan Perkataanter -se-
terpandai, termerah, terpanjangseputih, sehalus, sejernih
3.2.1.4 Imbuhan Akhiran
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :
1. akhiran kata nama, dan
2. akhiran kata kerja
3.2.1.5 Akhiran Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama.
40
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Akhiran Perkataan-an -wan-man-wati-isme--in-at-ah
ajaran, silaan, bacaanilmuwan, budayawan, usahawanbudiman, senimanseniwati, peragawatinasionalisme, sosialisme, komunismehadirin, musliminhadirat, muslimatustazah, sultanah
3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata
kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :
Akhiran Perkataan-kan-i
lahirkan, ambilkan, hulurkanikuti, jalani, sertai
3.2.1.7 Imbuhan Apitan
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
1. apitan kata nama
2. apitan kata kerja
3. apitan kata adjektif.
3.2.1.8 Apitan Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan
membentuk kata nama.
41
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Apitan PerkataanpeN-.....-an:
pe-....-anpem-.....-anpen-....-anpeng-.....-anpenge-.....-an
pe-......-anper-.....-anke-...-an
pelaksanaan, perusuhan, penyuluhanpembukaan, pemburuan, pemfitnahanpendakian, pencucian, pentauliahanpenguduran, penggandaan, pengkhayalanpengesahan, pengeboman, pengekodan
pendalaman, pesisiran, petempatanperjumpaan, persamaan, perlumbaankecantikan, kebijakan, kelurusan
3.2.1.9 Apitan Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,
membentuk kata kerja.
Contohnya:
Apitan perkataanmeN-......kan
me-.....-kanmem-.....-kanmen-....-kan meng-....-kan menge-....kan
ber-....-kanber-....-andi-...-kanmeN-.....-i
me-....-imen-...-imem-...-imeng-....-i
di-......-idiper-.....-kandiper-....-imemper-.....-kanmemper-....-ike-....-an
memajukan, melakukan, menanyakanmembezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkanmenggulingkan, mengelakkan, mengkhususkanmengehadkan, mengesyorkan, mengepinkanberalaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapanditaburkan, didorongkan, digulingkan
melalui, menyedari, mewarnaimendahului, mencucuri, menjauhimembanjiri, membelakangi, membasahimenghendaki, mengawasi, mengkhianatidianugerahi, didekati, dianutidiperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskandiperingatimemperdengarkan, memperlihatkan, memperingatikehujanan, kepanasan, kecurian
42
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-
an.
Contohnya :
Apitan Perkataanke-.....-anke-.....-anke-.....-an
kemelayuan keinggerisan kearaban
3.2.1.11 Imbuhan Sisipan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara
membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk
dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan
dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa
istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:
1. sisipan kata nama, dan
2. sisipan kata adjektif.
3.2.1.12 Sisipan Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar,
membentuk kata nama.
Contohnya :
sisipan perkataan-el--er--em-
telunjuk, telapak, kelemumurseruling, kerupingkemuning, kemuncup
3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar,
membentuk kata adjektif.
43
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Sisipan Perkataan -el--er--em--in-
selerak, gelembungserabut, gerodakgemilang, gemuruh, sementarasinambung
AKTIVITI
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap
kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda
pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.
AKTIVITI
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap
kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda
pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.
LATIHAN
44
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:
(i) ghairah (vi) balai
(ii) cabar (vii) laut
(iii) masyhur (viii) sepoi
(iv) dekad (ix) tekukur
(v) pulau (x) sarat
2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang
telah anda pelajari.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
45
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata Majmuk Kata Ganda
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda
yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula
dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa
Melayu.
(ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa
Melayu.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4
46
Proses Pembentukan kata
Definisi dan
Jenis-jenis kata Kata Majmuk Kata Ganda
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
4.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata
Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut
ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam
Bahasa Melayu.
4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit,
iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa
Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan
telefon dail terus.
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan
digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud
tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak
dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan
(*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh
menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang
boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).
4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk
Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya
besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :
i. Kata Majmuk Rangkaian bebas
ii. Kata Majmuk Pengimbuhan
iii. Kata Majmuk Penggandaan
47
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas
Contohnya :
bandar hijau hijau daunterima kasihguru besar
bom tangankuning langsatcampuk aduk segi empat panjang
dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,
contohnya :
Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya
Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor
4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus
Contohnya :
deria rasa telefon dail terus
segi tiga pita suara
medan sinaran segi empat panjang
4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan
Bahasa
Contohnya :
kaki ayamrabun ayam
panjang tangan pilih kasih
anak emas tumbuk rusuk
4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus
setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk
kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan
sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu :
antarabangsa setiausaha beritahu
48
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
sukarelajawatankuasatanggungjawab olahraga
bumiputeratandatangan kerjasamapesuruhjaya
suruhanjayakakitanganwarganegaramatahari
Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu
perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada
gabungan perkataan.
Antaranya :
1. Kata Nama
Contohnya : peribadi, hulubalang
2. Kata Adjektif
Contohnya : sukacita, dukalara
3. Kata Sendi Nama
Contohnya : daripada, kepada
4. Kata Hubung
Contohnya : manakala, walhal, barangkali
5. Kata Tanya
Contohnya : bagaimana
4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk
Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan
penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri
besar, Guru-guru Besar
Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk
yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.
Contohnya :
49
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-
setiausaha
4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata
terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :
a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran
sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :
campur aduk menjadi bercampur aduk
ambil alih menjadi mengambil alih
daya serap menjadi daya serapan
b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya
bercantum. Contohnya :
campur aduk menjadi mencampuradukan
ambil alih menjadi pengambilalihan
satu padu menjadi menyatupadukan
4.3 Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata
dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
1.kata ganda penuh,
2. kata ganda separa, dan
3. kata ganda berentak
50
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
4.3.1 Kata Ganda Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara
keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :
1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.
Contohnya :
rumah-rumah
buku-buku
masjid-masjid
2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.
Contohnya :
pelajar-pelajar
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian
4.3.2 Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan
sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :
1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang
penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai
pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.
Contohnya :
Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki
Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku
Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari
Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit
2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang
penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya.
Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata
adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian
hadapan.
51
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contohnya :
Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasarberlari-larimencari-carisepandai-pandai
cinta-mencintaibantu-membantukejar-mengejar
4.3.4 Kata Ganda Berentak
Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan
pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak
terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.
Contohnya :
Sayur-mayurCalar-balarSaki-baki
2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ;
mundar-mandir tanah-tanihkayu-kayan
3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak
bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
Contohnya :
kusut-masaiipar-duai
rempah-ratuslintang-pukang
52
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
AKTIVITI
Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa
Melayu. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk
dan kata terbitan tersebut.
LATIHAN
1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri.
Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.
a. Simpang siurb. Mengadu dombac. Penyahtaksaand. Melatih tubie. Pengambilalihan
2. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut.
a. Gunung-ganangb. Lintang pukangc. Lelabid. Pokok-pokoke. Anak beranak
53
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
54
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh
digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria
misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria
sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik
ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang
menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik
sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu
frasa, klausa dan ayat.
Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan
yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa
dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk
bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat,
klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu
frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh
frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
55
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu;
3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu;
4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja
Bahasa Melayu;
KERANGKA TAJUK-TAJUK
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang
berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis
golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.
5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu
56
Golongan Kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu
Ciri-ciri golongan kata nama dan
kata kerja Bahasa Melayu
Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa
Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli
bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing
(Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:
a.Golongan Kata Menurut Marsden (1812):
Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)
b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
c.Golongan Kata Menurut Asmah (1968):
57
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)
d.Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):
Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)
5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu
58
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu,
namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat
golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan
kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu
5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur
inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang,
tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub
golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.
Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama
5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu
Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu,
iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.
5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama
59
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada
kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a. Kata Nama Khas
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et
al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk
rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan
(institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan
seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu
nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup
dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.
Rajah 5.6: Kata nama khas
b. Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada
60
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu
(i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi
atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak
berbilang seperti berikut:
Rajah 5.7: Kata Nama Am
c. Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang
menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama
dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan
(ii) kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri
orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama,
61
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti
berikut:
Rajah 5.8: Kata Ganti Nama
5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada
dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja
transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:
62
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja
Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada
empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan
(iii) kata kerja pasif.
(a) Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan
objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi
kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan
me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian
daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i
dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
i) Samad membacakan ayahnya surat.
ii) Pengarang itu menulis buku.
63
KATA KERJA
KATA KERJA TRANSITIF
KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAPAKTIF PASIF TAK BERPELENGKAP
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
iii) Aminah sedang mencuci pakaian.
iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.
(b) Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam
ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak
menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh,
datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-
imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta,
terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :
i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.
ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
iv) Gadis itu tersenyum.
v) Padi sedang menguning.
vi) Pemuda itu sedang berbual.
(c) Kata kerja pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif
transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu
(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis
dan sebagainya.
(ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai
dan sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan
dan sebagainya.
64
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
AKTIVITI
1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata
ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:
Tugu Negara Dia
Cangkul Cantik
Sepet Hospital
Siti Mereka
Meja Kuala Lumpur
Sedih Komputer
Kamu Tun Ali
2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar
yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:
i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.
ii.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.
65
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan
kata nama dan kata kerja.
i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______
nama _____dan nama_______.
ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan,
benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.
iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan
nama khas_______ ___________.
iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.
v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________
vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan
kata kerja ____ ____________.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
66
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih
Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.
67
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh
itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk
memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif
boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.
Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa
Melayu;
2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu;
3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
68
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
KERANGKA TAJUK-TAJUK
6.0 KANDUNGAN ISI
Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang
dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996,
2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan
kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa
Melayu.
6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif
Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat
merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?.
Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
69
Golongan Kata Bahasa Melayu
Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu
Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu
Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.
6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif
Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai
kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan
didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak,
benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk
secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali
Mahmood et.al. 2007)
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan;
(ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata
adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif
perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera
Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah
70
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
ii. Dia lemah dalam matematik
iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.
v. Peserta itu berdiri dengan cergas.
Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.
ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.
v. Dia memiliki mata berwarna biru.
Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: i. Buku tebal itu sudah saya baca.
ii. Anaknya masih kecil lagi.
iii. Badannya semakin kurus.
iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
71
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui.
ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
iii. Mukanya bujur sirih.
iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
v. Matanya tajam memandang ke hadapan
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: i. Kedatangannya lewat hari ini.
ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.
iii. Kenangan silam sukar dilupakan.
iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal
Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
nyaris dekat
hampir jauh
72
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti
contoh yang berikut:
pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju.
ii. Siapa cepat dia dapat.
iii. Gasing itu berpusing ligat.
iv. Arus sungai itu sangat deras.
v. Dia cermat apabila berbelanja.
Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan,
seperti contoh yang berikut:
kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.
ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara
73
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa
seperti contoh yang berikut:
Indera sentuh
lembik kasar licin
halus kesat keras
i. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
ii. Kulit mukanya sangat halus.
iii. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
iv. Buku itu berkulit keras.
v. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
nyaring lembut mersik
merdu garau serak
i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
ii. Teriakannya nyaring sungguh.
iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
v. Alunan musik itu mersik.
Indera pandang
comel hodoh molek
cantik buruk segak
74
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
i. Pemuda segak itu guru saya.
ii. Kakaknya suka berpakaian cantik.
iii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
vi. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau
wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
i. Bunga ros itu harum baunya.
ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
iii. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
v. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
Indera rasa
manis kelat masam
masin payau lazat
i. Setiap hari kita minum air tawar.
ii. Semua orang suka makanan lazat.
iii. Buah limau masam rasanya.
iv. Saya tidak suka minum ubat pahit.
v. Kuih tradisional itu terlalu manis.
75
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas
Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis
(keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja
mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang
sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan
frasa adjektif.
Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu,
fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu,
penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut
disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi
untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu.
kata hubung : dan, atau, tetapikata seru : wah,amboi,ciskata tanya : apa, berapa, siapakata perintah : sila, tolong, harapkata pangkal ayat : hatta, maka, syahadankata bantu : akan, sudah, pernahkata penguat : sangat, amat, palingkata penegas : juga, lah, tah, kah, punkata nafi : tidak, bukankata pemeri : ialah, adalahkata sendi nama : di, dari, dalam, daripadakata pembenar : ya, betul, benarkata bilangan : dua, segala, banyakkata arah : atas, bawah, tepi
6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat,
berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila
rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali
Mahmood et.al.2010)
76
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat
(i) Kata Hubung Gabungan
1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.
Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian
Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.
(ii) Kata Hubung Pancangan
1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Relatif yang Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.
Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.
Komplemen bahawa Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.
77
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Keterangan kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila
Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.
Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.
Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
(iii) Kata Praklausa
1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa
Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai
Syabas, awak telah berjaya!
Aduhai, awak datang lambat sangat!
Kata tanya berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana
Harga barang itu berapa?
Mengapakah dia menangis semalam?
Kesihatannya
78
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
sekarang bagaimana?
Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Manakah baju baharu saya?
Siapakah yang datang semalam?
Kata perintah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,
Jangan buang sampah di sini.
Janganlah bersusah hati.
Harap saudara dapat datang petang ini.
Silalah masuk.
Kata pembenar ya, benar, betul, benar Ya, itulah orangnya.
Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.
Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.
Kata pembenar hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
Hatta istana itu pun siaplah.
Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka
79
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Raja.
Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
(iv) Kata Prakfrasa
1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.
Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum
Pekerja itu telah pulang.
Murid-murid itu baru tiba.
Mereka pernah ke utara Malaysia.
Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.
Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja.
Adik masih membersihkan meja.
Semua kenderaan akan diperiksa esok.
Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi.
80
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat
Cikgu Ramli bersungguh-sungguh hendak mengadakan kelas tambahan.
Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.
Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.
Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga.
Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka.
Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.
Kata penguat 1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
Bangau itu terlalu kurus.
Cadangan yang dikemukakannya paling menarik.
Pendapatnya agak bernas.
2. Penguat belakang: sekali, benar, nian
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Lukisan di dinding itu cantik sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Dia keluar sebentar nian.
3. Penguat bebas: amat,
81
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
sangat, sungguh
Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Kata penegas -Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
1. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah.
Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.
Siapakah majikan kamu itu?
Apatah daya kita.
Orang itulah bapanya.
1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang
Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat
Kami juga ingin ke bandar.
Kami ingin juga ke pekan.
Hujan hanya turun pada musim dingin.
Hujan turun hanya pada musim dingin.
Kata nafi -Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan
Itu bukan mereka.
Roti bukan diperbuat daripada besi.
2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.
Dia tidak berlari. Rumah lama itu
tidak besar sangat
82
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
Kata pemeri -Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.
1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah
Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.
Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.
2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah
Kenyataan itu adalah tidak benar.
Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.
Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
1. Menunjukkan tempat: di Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.
2. Menunjukkan: tempat, arah dituju, waktu atau masa: ke
Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok.
Arah: Mereka menuju ke selatan.
Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.
3. Menyatakan tempat atau Tempat atau arah:
83
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
arah,waktu atau masa: dari
Angin bertiup dari arah selatan.
Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.
4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripada
Punca: Dia menerima surat daripada kakak.
Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.
Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka.
5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada
Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani.
Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.
6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada
Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.
Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.
7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi
Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki.
Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.
84
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
8. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk
Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.
9. Bertugas membawa makna tujuan: demi
Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara.
10. Membawa maksud rujukan: tentang
Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara.
11. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana
Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.
12. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan
Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.
Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa.
Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air.
Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya.
85
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
13. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak
Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu.
14. Membawa maksud rujukan: terhadap
Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang
15. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan
Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.
16. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh
Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya.
Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.
17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai
Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti.
18. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara
Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa
86
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
kebangsaan kita.
Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.
Kata arah 1. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara
Buku itu ada di atas meja.
Dia duduk di antara Ramli dan Salmah.
Mereka bersembunyi di bawah rumah.
Petani itu berjalan di tepi danau.
Kami mendirikan khemah di belakang rumah.
Kata bilangan 1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta
Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai.
2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit
Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.
(v) Kata Pascakata
1. -nya yang hadir selepas perkataan.2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Kata penekan 1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: -nya
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
Kata pembenda 1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata +
Lajunya ialah 100 km sejam.
87
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
-nya; lajunya, sakitnya
AKTIVITI
1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap
jenis kata
adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna;
(iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi)
kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix)
kata adjektif pancaindera.
2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas
yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung
pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata
pascakata.
88
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau, “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem-budayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”
Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.
Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf
89
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata
adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.
Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.
"Hilwah... kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut.
"Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
BAHAN BACAAN
90
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996;
2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
91