08_a_isi_pelajaran_interaksi_1_2 (1) encik yahya.docx

17
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS TAJUK 2 BUMI: Rupa bumi, Kawasan Kutub, Padang Pasir, Hutan hujan dan Gunung 2.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui rupa bumi meliputi kawasan kutub, padang pasir, hutan hujan dan juga gunung. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menghuraikan dan menjelaskan sistem iklim dunia. ii. Menerangkan kesan-kesan pelbagai sistem iklim kepada manusia. iii. Menjelaskan isu perubahan iklim yang dihadapi dunia hari ini. 2.3 Kerangka Tajuk 2.3.1 Rupa bumi dan Iklim 12 Bumi Rupa Bumi Kawasa n Kutub Padang Pasir Hutan Hujan Gunung

Upload: elaine-ying

Post on 02-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 2BUMI: Rupa bumi, Kawasan Kutub, Padang Pasir, Hutan hujan dan Gunung

2.1Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui rupa bumi meliputi kawasan kutub, padang pasir, hutan hujan dan juga gunung.

2.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan sistem iklim dunia.ii. Menerangkan kesan-kesan pelbagai sistem iklim kepada manusia.iii. Menjelaskan isu perubahan iklim yang dihadapi dunia hari ini.

2.3 Kerangka Tajuk

2.3.1 Rupa bumi dan Iklim

Bumi yang berbentuk sfera dan berputar mengelilingi matahari menerima jumlah bahangan matahari yang berbeza-beza mengikut ruang (tempat) dan masa (musim). Bumi juga berputar pada paksinya pada sudut-sudut berbeza-beza mengikut musim dan hal ini juga menyebabkan wujudnya banyak ketidak seimbangan, baik daripada segi taburan tenaga, haba, suhu, tekanan, lembapan, jisim, udara dan lain-lain. Dengan bertambahnya suatu lapisan atmosfera yang bersifat dinamik, maka bertambah juga ketidak seimbangan tersebut. Oleh itu, sistem atmosfera-bumi merupakan suatu sistem bergabung amat kompleks yang berinteraksi dengan matahari dan berbagai sistem planet yang lain. Sistem atmosfera-bumi yang kompleks akan menghasilkan sistem-sistem cuaca dan iklim yang kompleks juga. Jenis iklim mengikut pengelasan iklim Kppen

Kelas AKhatulistiwa (Af) Monsun tropika (Am) Savana tropika (Aw, As)

Kelas BGurun (Bwh, Bwk, Bwn) Separa gersang (Bsh, Bsk)

Kelas CSubtropika lembap (Cfa, Cwa) Lautan (Cfb, Cwb, Cfc) Mediterranean (Csa, Csb)

Kelas DKebenuaan lembap (Dfa, Dwa, Dfb, Dwb) Subartik (Dfc, Dwc, Dfd, Dwd) Kebenuaan musim panas kering(Dsa, Dsb, Dsc)

Kelas EKutub (ET, EF) Alp (ET/H)

Sistem iklim mengikut pengelasan iklim Kppen ini berasaskan konsep bahawa tumbuh-tumbuhan asli setempat merupakan cara terbaik untuk menentukan iklimnya. Oleh itu, sempadan kawasan iklim digariskan berdasarkan taburan tumbuh-tumbuhan, menggabungkan purata suhu dan kerpasan tahunan dan bulanan, serta kebermusiman kerpasan.

Layari Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengelasan_iklim_K%C3%B6ppen

Latihan

1. Perihalkan sistem iklim di Bumi.2. Kaji data yang diberi dan sebutkan ciri-ciri iklim tempat tersebut.http://www.nationalgeographic.com/xpeditions/lessons/15/g912/uscityclimographs.pdf

2.3.2 Iklim Tropika/megatermaIklim tropika disifatkan dengan suhu tinggi yang malar (di paras laut dan tanah pamah), iaitu mengalami suhu purata 18C (64F) ke atas sepanjang 12 bulan dalam setahun; iklim tropika dibahagi kepada berikut: 2.3.2.1Iklim Hutan Hujan Tropika (Af): Iklim hutan hujan tropika, juga dikenali sebagaiIklim khatulistiwa, ialah sejenisiklim tropikayang tidak mengalamimusim kering, iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilaikerpasanmin sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci). Iklim khatulistiwa tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat yang turun pada waktu petang hampir setiap hari. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".Iklim khatulistiwa biasanya ditemui digaris lintangantara lima darjah di Utara dan Selatan darikhatulistiwayang didominasi olehZon Pertemuan Antartropika. Namun demikian, di tempat lain wujudnya jugamikroiklimtropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa (lihat jugazon kering khatulistiwa).

Ciri-ciri iklim: Garis lintangnya berada dalam Jalur Tekanan Rendah Doldrum sepanjang tahun, maka tidak mengalami perubahan musim. Matahari tengah hari sentiasa berhampiran dengan garis tegak dan mencapai kepanasan tertinggi dua kali setahun, iaitu pada waktu ekuinoks. Suhu harian purata adalah 26C (79F) sepanjang tahun. Litupan awan yang berlebihan dan curahan hujan yang lebat menghalang kenaikan suhu melebihi 26C. Perubahan suhu harian adalah antara 2C (36F) dan 5C (41F), iaitu lebih besar daripada julat suhu tahunan iaitu 2C. Curahan hujan adalah lebat sekali dan selalunya bersifat perolakan.2.3.2.2Iklim Lembap Kering atau Savana Tropika (Aw): Iklim ini mengalami musim kering yang ketara, iaitu bulan paling kering yang mengalami kerpasan tidak lebih 60mm dan juga kurang daripada (100 [jumlah kerpasan tahunan {mm}/25]). Kebanyakan kawasan yang mengalami iklim ini terdapat di pinggir luar zon tropika, tetapi juga sedikitnya yang berada dalam zon tropika (cth., San Marcos, Antioquia, Colombia). Sebenarnya, pantai Caribbean dari Teluk Urab di sempadan ColombiaPanam ke timur di delta sungai Orinoco, di Lautan Atlantik (ca. 4,000km), mengalami tempoh kering yang berpanjangan (paling melampau ialah iklim BSh (lihat di bawah) yang disifatkan oleh kerpasan yang amat rendah, misalnya, di kawasan Guajira, dan Coro, Venezuela barat, iaitu semenanjung paling utara di Amerika Selatan, yang menerima tidak lebih 300mm jumlah kerpasan tahunan dalam masa dua tiga bulan). Keadaan ini turut dirasai di Antilles Kecil dan Antilles Besar yang membentuk kawasan kering lilit Caribbean. Kepanjangan dan keterlaluan musim kering ini berkurangan di kawasan pedalaman (arah selatan); di garis lintang sungai Amazon yang mengalir ke arah timur, dekat selatan garis khatulistiwa iklimnya ialah Af. Di sebelah timur banjaran Andes, antara rantau Caribbean yang kering gersang dan kawasan Amazon yang malar lembap terletaknya Llanos atau Savanna di sungai Orinoco, iaitu penyumbang kepada nama iklim ini.Di kebanyakan tempat yang beriklim lembap kering tropika, selalunya, musim kering berlaku ketika matahari lebih rendah dan waktu siang lebih singkat kerana kesan lindung hujan yang dialami pada tempoh matahari tinggi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iklim_khatulistiwahttp://www.infofisioterapi.com/info/4-musim-dunia.htmlLayari Internet

2.3.3 Iklim Padang Pasir / Gurun (gersang dan separa gersang)

Mengikut skim pengelasan iklim Koppen, iklim gurun (BWh, BWk, BWn), juga dipanggik iklim gersang, ialah sejenis iklim yang bersuhu sederhana dan mengalami curahan hujan yang terlalu sedikit untuk menampung tumbuh-tumbuhan, jika ada pun cuma pokok renek yang jarang. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini memang selalunya merupakan gurun. Kawasan yang beriklim gurun biasanya mengalami kurang daripada 250 mm (10 inci) curahan hujan setahun, apatah lagi ada tahun-tahun yang setitis kerpasan pun tidak turun. Sekali-sekala, kawasan beriklim gurun boleh menerima kerpasan melebihi 250 mm setahun; tetapi masih dikira sebagai beriklim gurun kerana air lebih cepat terlesap kesan penyejatpeluhan berbanding turun sebagai kerpasan. Umumnya terdapat tiga variasi iklim gurun, iaitu iklim gurun panas (BWh), iklim gurun sejuk (BWk) dan iklim gurun sederhana (adakalanya berlabel BWn).Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti ditentukan dengan langkah-langkah berikut:1. Darabkan purata suhu tahunan (dalam C) dengan 202. Tambahkan nilai-nilai berikut berdasarkan peratusan jumlah kerpasan dalam separuh tahun yang bermatahari tinggi (April hingga September di Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan) >70% jumlah kerpasan: 280 3070% jumlah kerpasan: 140