08 isi pelajarantopik9-topik15 (1)
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
1/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
TAJUK 9 (PENGSKORAN PENTAKSIRAN)
SINOPSIS
Skor yang diperolehi oleh seseorang murid bergantung kepada
prestasi jawapan yang diberikan oleh setiap soalan yang dijawab. Di
samping prestasi menjawab, skor yang diperolehi juga dipengaruhi
oleh cara pemarkahan oleh guru atau pemeriksa. Pada umumnya
dalam sesuatu peperiksaan atau ujian, penggubal soalan atau guru
akan menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan bagi
memeriksa skrip jawapan murid. Skema pemarkahan perlu disediakanoleh guru lebih awal supaya ia dapat membantu guru mengenalpasti
soalan yang mungkin perlu diperbaiki atau dibuang.
Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi pemeriksa
kertas jawapan, tiga aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru
atau penyedia skema pemarkahan ialah:
1. Kandungan mencakupi aspek maklumat atau
pengetahuan yang berkaitan;
2. Pengelolaan aspek penggunaan bahasa lancar, tepat
dan matang, dan
3. Proses aspek ketepatan, munasabah, komperehensif,
konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawab.
Secara umumnya, skema pemarkahan terbahagi pada dua
cara iaitu skema pemarkahan holistik dan skema pemarkahan analitik.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan maksud penskoran rubrik, analitik dan holistik.
2. Menyediakan penskoran rubrik , analitik dan holistik.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
2/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
RUBRIK ANALITIK HOLISTIK
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PENSKORAN
PENTAKSIRAN
PENSKORAN RUBRIK
Skema penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru
atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang
dilakukan oleh pelajar.
Kegunaan pengskoran rubrik:
1. Diperlukan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang
dilakukan oleh murid.
2. Digunanakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat
oleh pelajar.
3. Juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga
pembentangan lisan oleh pelajar.
4. Kegunaanya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya
bergantung kepada aras gred atau subjek.
Pengskoran rubrik menyediakan panduan pada setiap aras yang
diperlukan untuk menilai pelajar. Panduan penialain ini membolehkan
pelajar memahami mengapa mereka mendapat sesuatu markah dan
mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
3/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Kelebihan pengskoran rubrik:
1: Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai.
2: Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh
meningkatkan pencapaian mereka.
PENGSKORAN HOLISTIK
Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan.
Skema ini sesuai bagi pemarkahansoalan berbentuk karangan atau esei.
Pemarkahan diberi berdasarkan impression. Pemarkahan secara holistik
memerlukan pemeriksa terlebi dahulu secara keseluruhan jawapan yang
diberikan oleh murid dan kemudian mengelaskan atau menelompokkan
pencapaian mengikut kelompok pencapaian ikut kumpulan atau kelompok
pencapaian sebelum menganggarkan pemberian markah keseluruhan
bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak
menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini
memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-benar
menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.
Contoh skema pemarkahan secara holistik:
Skema pemarkahan secara holistik.
Markat Kriteria
5 Cemerlang-menguasai semua objektif serta dapat berhujah
dengan baik dan berkesan.
4 Baik-menguasai kebanyakan objektif dan dapat
memberikan hujah dengan baik dan berkesan.
3 Memuaskan- menguasai hampir sebahagian besar objektif
dan memberikan hujah dengan memuaskan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
4/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
2 Lemah Menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah
yang diberikan tidak memuaskan.
1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif
dan hujah adalah lemah.
0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah
amat lemah.
Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi
pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitis.
Walaupun begitu cara pemarkahan sebegini kurang objektif. Langkah
meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui mesyuarat
penyelarasan atau pemurnian markat antara guru berkenaan. Dalam
mesyuarat berkenaanketua bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan
memberikan panduan memeriksa skrip jawapan diikuti dengan latihan
tertentu.
PENGSKORAN ANALITIK
Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik. Iamengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yg lebih
khusus. Misalnya penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta serta
kualiti hujah yang diberikan untuk pertimbangan, layak diberikan markat
penuh, dan agihan markat berdasarkan aspek seperti markat untuk isi,
persembahan, bahasa ataupun isi mengikut fakta.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
5/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Contoh skema pemarkahan analitik :
Kriteria Aras Pencapaian
Bilangan
sumber
0 - 4 5 - 9 10 - 12
Ketepatan isi Tidak ada isi
yang tepat
Sedikit isi yang
tepat
Banyak isi yang
tepat
Organisasi Tidak dapat
menyatakan
sumber
maklumat
diperolehi
Sukar
menyakatan
sumber
maklumat
diperlehi
Senang
menyatakan
sumber
maklumat
diperolehi
Bibliografi Bibliografi
mengandungi
sedikit maklumat
yang relevan
Bibliografi
mengandungi
banyak maklumat
yang relevan
Bibliografi
mengandungi
kesemua
maklumat yang
relevan
Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal
ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu
pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi
sekiranya bilangan calon yang ramai.
Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan soalan berbentuk
esei, langkah yang boleh anda lakukan sebagai seorang guru adalah
dengan cara:
1. Memahami kehendak soalan. Pemeriksa perlu benar-benar
memahami kehendak soalan.
2. Menyediakan skema pemarkahan. skema harus fleksibel, iaitu
boleh ditokok tambah dan dibaiki apabila meninjau tindak balas calon.
Murid mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema
tetapi idea itu boleh diterima.
3. Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan.
4. Memeriksa beberapa skrip jawapan murid terlebbih dahulu.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
6/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
5. Memeriksa jawapan hingga selesai.
6. Mengelak daripada mengenali nama murid.
7. Memberikan ulasan pada kertas jawapan.
AKTIVITI
LATIHAN
1. Mengapakah pemarkahan amat dipentingkan dalam pengujian dan
penilaian ?
TUTORIAL
1. Jelaskan perbezaan antara pemarkahan analitik dan pemarkahan
holistik.
----------
Layari internet untuk mendapatkan maklumat tentangpemarkahan analitik dan pemarkahan holistik
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
7/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PentadbiranUjian
PenyemakanKertas Ujian
TAJUK 10 (PENTADBIRAN UJIAN)
SINOPSIS
Mentadbir ujian ialah sebahagian daripada langkah pengujian.
Pentadbiran ujian dilaksanakan pada fasa terakhir langkah pengujian.
Langkah-langkah dalam melaksanakan atau mentadbir ujian ini
termasuklah dari aspek persediaan, melaksanakan dan
menyelesaikan ujian.
Dalam bab ini pembaca akan didedahkan dengan cara ujian
seharusnya ditadbir serta aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian
oleh guru atau pengawas peperiksaan dalam melaksanakan ujianyang telah dirancang.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mentadbir, memeriksa dan menjalankan moderasi kertas ujian
seperti UPSR dan PEKA.
2. Menjelaskan proses pentadbiran ujian dan penyemakan kertas
ujian.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PENTADBIRAN UJIAN
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
8/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PENTADBIRAN UJIAN
Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang
murid atau sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan dianggap
bermutu tetapi gagal dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh
guru atau pihak berkenaan.
Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati keperluan
sesuatu matlamat atau objektif penilaian, maka langkah seterusnya
adalah mentadbir ujian kepada murid. Dalam usaha menjamin keboleh
percayaan sesuatu ujian beberapa aspek perlu diikuti. Antara aspek-
aspek tersebut ialah:
Keselamatan dan kerahsiaan ujian
Perlantikan pengawas ujian
Persediaan tempat ujian
Persediaan kertas ujian
Prosedur
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENTADBIRAN UJIAN
Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga
peringkat yang utama iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan
dan peringkat penyelesaian.
Peringkat Persediaan
Peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan
bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian
bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian,
demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di
samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan
masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding,
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
9/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
pelan kedudukan calon, gunting, benag dan alatalat ujian yang lain
hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.
Peringkat Pelaksanaan
Bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian.
Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum
ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing,
kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawas-
pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah
diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan,
pengawas-pengawas hendaklah mengawal calon-calon dengan rapi
supaya kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu, pengawas
juga hendaklah menyemak identiti calon serta angka giliran mereka.
Ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima
belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga
memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila
ujian berakhir.
Peringkat Penyelarasan
Meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran
dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-
masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan
bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan
meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah
dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila
kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada
pemeriksa yang berkenaan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
10/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Penyemakan Kertas Ujian
Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip maka guru akan
melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa
perkara yang perlu diambil kira dalam memeriksa skrip jawapan adalah
dari aspek bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar dan jawapan yang
disediakan oleh pelajar sama ada dalam kertas objektif yang disediakan
atau dalam bentuk esei. Bagi jawapan dalam bentuk soalan objektif,
adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas
jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar.
Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah
dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas
jawapan OMR. Sebaliknya soalan yang berbentuk esei atau karangan
pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak
oleh sesiapa saja berbanding dengan skrip objektif. Lazimnya
pemeriksaan jawapan esei pelajar memerlukan yang pakar dalam
sesuatu mata pelajaran berkenaan.
Selain itu, objektif sesuatu ujian berkenaan itu dilaksanakan turut
menentukan kriteria pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang ingin
mendapatkan maklumat berhubung tahap penguasaan murid dalam
sesuatu kemahiran sudah tentu memerlukan guru memeriksa dengan
segera agar dapat digunakan bagi tujuan memperbaiki pengajaran dan
pemb elajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawpaan, guru juga
mungkin berjhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu yang
wajar dipatuhi. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan
sesuatu kertas jawapan. Justeru, guru perlulah mendapatkan tempat yang
sesuai bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan
markah pelajar.
Dalam memberikan markah pelajar, kekadang guru mengambil
masa yang begitu lama untuk memproses. Keadaan ini menimbulkan rasa
risau dalam kalangan murid dan menimbulkan rasa tidak puas hati
dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan betapa guru dan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
11/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
murid amat memberikan perhatian berhubung dengan penyemakan skrip
jawapan peperiksaan atau pemarkahan. Pelajar sememangnya
mengambil berat dengan gred yang diperolehi berbanding dengan
kemahiran yang diperolehi oleh mereka. Maka tidak kurang juga
sebilangan guru mungkin mengambil langkah yang salah hasil daripada
maklumat yang diperolehi daripada ujian atau peperiksaan yang
dijalankan. Jika hal ini terjadi maka ini merupakan suatu tindakan yang
tidak bijak atau langkah yang silap diambil. Apa yang harus dilakukan
ialah guru perlu menggunakan maklumat yang diperoleh bagi
meningkatkan pencapaian murid pada masa hadpan dengan memberikan
kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid
AKTIVITI
LATIHAN
Pentadbiran ujian sangat penting bagi memastikan proses peperiksaan di
dalam dewan peperiksaan berjalan dengan lancar.
a Mengapakah pentingnya mentadbir ujian di tempat yang sesuai
dan kondusif seperti dewan dan bilik?
b Nyatakan empat faktor yang menyumbang kepada kelicinan
pentadbiran sesuatu ujian.
c Berikan empat cara untuk meningkatkan ciri-ciri pentadbiran
sesuatu ujian.
TUTORIAL
Sila jelaskan langkah-langkah dalam menguruskan pentadbiran
ujian yang baik.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
12/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
RUJUKAN
Bhasah Abu Bakar, 2003.Asas pengukuran bilik darjah. Tanjung
Malim:Quantum Books
Fraenkel, J.R. dan Wallen, N.E,1996. How to design and evaluate
research in educational. Edisi ke-3. New York:McGraw-Hill,Inc
Tan Hui Leng,1996. Penilaian Dalam Proses Pendidikan:Asas Pendidikan
3. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
13/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
AnalisisItem
IndeksKesukaran
TAJUK 11 (ANALISIS SKOR UJIAN)
SINOPSIS
Analisis skor ujian merupakan sesuatu yang amat penting dan
memberikan panduan kepada guru tentang bagaimana mereka boleh
meningkatkan mutu item masing-masing dari semasa ke semasa
supaya aktiviti menilai pencapaian pelajar menjadi lebih bermakna.
Hal ini disebabkan mutu item yang berkualiti sahaja yang dapat
memberikan maklumat yang tepat tentang hasil pembelajaran yang
diharapkan daripada pelajar. Oleh itu, mutu item yang berkualiti
membolehkan guru menggunakan keputusan ujiannya dengan lebihyakin untuk tujuan menganggar kebolehan pelajar, menelah
pencapaian pelajar, merancang kaedah pengajaran yang sesuai,
mengenal pasti kelemahan pelajar dan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang memerlukan maklumat yang tepat yang hanya
dapat diperolehi daripada item ujian yang berkualiti tinggi.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Membina item yang sesuai untuk mentaksir pencapaian pelajar.
2. Mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
ANALISIS SKOR UJIAN
Jawapan Salah/
Distraktor
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
14/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
ANALISIS ITEM
Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan item yang
dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa kegunaan analisis item, iaitu yang pertama
menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan.
Untuk tujuan ini , item tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur
objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang
sesuai, boleh membezakan pelajar yang dapat menguasai dengan yang
tidak dapat menguasai objektif pengajaran, mempunyai kekunci item
(pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu yang
berfungsi.
Kegunaan analisis item yang kedua ialah memberikan maklum
balas kepada pelajar tentang prestasi mereka bagi setiap item yang
dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang betul, aras kesukaran dan
indeks diskriminasi pelajar berkenaan akan menunjukkan prestasinya
bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item tersebut sukar atau
mudah berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah item
tyersebut diskriminatif berdasarkan nilai indeks diskriminasi. Pelajar juga
boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia membuat salah pada
mana-mana item.
Kegunaan analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas
kepada guru tentang kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran
item atau peratus bilangan pelajar yang mendapat betul bagi satu item
adalah penting kepada guru untuk menentukan perlunya pengajaran
tambahan atau pemulihan.
Kegunaan keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan
kurikulum. Misalnya , jika sesuatu item itu berulang kali didapati sukar
oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan sama dilakukanya, mungkin ini
bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan
maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur pelajar.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
15/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Sebarang keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang
lengkap tentang pencapaian objektif sesuatu kurikulum.
Kegunaan analisis item yang kelima adalah untuk menyemak
semula item. Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item
boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan
boleh digunakan semula dalam ujian yang akan datang. oleh itu jika setiap
kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian kecil item akan disemak dan
akhirnya keseluruhan kualiti ujian akan dipertingkatkan. Adalah lebih
menjimatkan masa untuk menyemak semula item yang lama daripada
membina item yang baru.
Kegunaan terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis
item, guru boleh mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui
aktiviti ini juga , guru dapat menilai mutu item yang ditulus selepas setiap
kali dilakukanj analisis item.
INDEKS KESUKARAN (IK)
Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p).
Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul
bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut:
Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi
p= itemx____________________________
Bilangan calon yang menjawab itemx
Nilai bagi p adalah di antara 0.00 hingga 1.00. Item yang mudah
mempunyai nilai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p
adalah kecil. Walaubagaimanapun, didapati bahawa item terlalu mudah (apabila
nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu terlalu sukar (apabila p kurang daripada
0.15) tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
16/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.
Tafsiran IK
Nilai p Aras Kesukaran
0.61 hingga 0.80 Item mudah
0.36 hingga 0.60 Item sederhana
0.20 hingga 0.35 Item sukar
Contoh:
Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks
kesukarannyaialah 80% atau 0.8.
Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks
kesukarannyaialah 30% atau 0.3.
Item B lebih sukar daripadaItem A
Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang
menjawab dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang
diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan
itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
17/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)
Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama,
seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian
tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan
jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal dalam
menjawab item tersebut.
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian
rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai
keupayaan diskriminasi yang baik adalah jika item tersebut dapat dijawab
oleh kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian tinggi.
Indeks diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian
(data selanjar) dengan skor setiap opsyen bagi sesuatu item berkenaan.
ID ialah satu petunjuk mengenai keupayaan suatu item mengasingkan
CPT dan CPR
Tafsiran ID
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
18/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
JAWAPAN SALAH/ DISTRAKTOR (Indeks Diskriminasi Pengganggu)
Indeks Kesukaran Pengganggu
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
19/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
AKTIVITI
LATIHAN
Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid dan pilihan jawapan bagi satu
item soalan aneka pilihan dalam satu ujian sains.
Pilihan jawapan
Kumpulan
A B C D* Bilangan
pelajar
Cemerlang 1 2 3 21 27
Sederhana 8 6 12 20 46
Lemah 6 4 8 9 27
Jumlah pelajar 15 12 23 50 100
D* adalah jawapan yang betul.
a Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item ini. Adakah
item ini baik? Berikan penjelasan anda.
b Terangkan bagaimana analisis item dapat membantu guru untukmeningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran sains.
PERBINCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan kepentingan analisis item.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
20/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PENTAFSIRAN
SKOR UJIAN
PERATUSLULUS / GAGAL
PELAN TINDAKANUNTUK
PEMULIHAN/
PENGAYAAN
CARAMEMPERBAIKIPENGAJARAN
TAJUK 12 PENTAFSIRAN SKOR UJIAN
SINOPSIS
Topik ini membincangkan pentafsiran skor ujian . Bahagian ini
menerangkan penggredan atau peratus lulus-gagal, pelan tindakan
pemulihan dan pengayaan serta cara membaiki pengajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Mengenalpasti peratus lulus-gagal.
Membina pelan tindakan pemulihan dan pengayaan.
Menentukan cara membaiki pengajaran.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 12.1 Kerangka Tajuk
Kandungan Isi
Selepas menduduki sesuatu ujian, guru akan memeriksa kertas jawapan
pelajar berdasarkan contoh Peraturan Memberi Markah (PMM) yang telah
ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak
pentakbir sekolah, murid yang menduduki peperiksaan, ibu bapa atau pihak
berkepentingan tentang pencapaian atau kemajuan seseorang murid
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
21/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali guru berupaya membuat
tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 75 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam
ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai
penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Cuba bayangkan bagaimana
seorang guru dapat melakukan tugas memberikan skor dan menggred kemajuan
murid. Adakah mereka mempunyai sesuatu strategi?. Bab ini membincangkan
tentang pentafsiran skor ujian dan pemberian gred.
Penskoran adalah satu proses memberi skor kepada jawapan pelajar
(Mokhtar Ismail,1995). Skor adalah berbentuk numerik. Manakala penggredan
pula adalah proses memberi gred ke atas jawapan pelajar atau skor pelajar.
Biasanya dilaporkan dalam bentuk abjad yang terdiri daripada 5 atau 6 kategori iaitu
A - cemerlang, B - Baik, C - Sederhana, D - rendah, E - tidak menguasai dan G-
gagal. Pada umumnya semua sekolah rendah dan menengah menggunakan gred seperti
ini dalam laporan kemajuan.
12.1 Peratus lulus/gagal
Pentafsiran untuk Peratus lulus gagal agak berbeza dengan memberi
gred A,B,C,D,E dan G. Sistem ini hanya memberitahu samada seseorang pelajar
itu lulus atau gagal dalam ujian yang diambil. Guru boleh menetapkan peratus
lulus ialah 50% ke atas manakala peratus gagal ialah 49% kebawah daripada
markah penuh 100%. Kaedah ini memudahkan guru dan secara tidak langsung
tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Tetapi sistem ini kurang memberi
maklumat tentang prestasi pelajar berbanding gred berabjad. Dari segi
kebolehpercayaan, sistem dua kategori adalah rendah kebolehpercayanya
berbanding dengan sistem lima kategori. Pada diri murid, usaha mereka mungkin
hanya untuk lulus ujian sahaja, bukan untuk mendapat markah yang baik kerana
penggeredan lulus-gagal telah melenyapkan sebahagian daripada motivasi dan
ganjaran untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Oleh itu bolehlah dikatakan
bahawa penggredan lulus-gagal telah mengwujudkan rekod keputusan ujian
yang tidak tepat dan tidak lengkap tentang pencapaian pelajar.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
22/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Dalam konteks sistem pendididkan negara kita, penentuan gred elok
dilihat dari segi mata pelajaran apa yang sesuai dengan sistem gred A,B,C,D,E
dan G, dan apa yang sesuai dengan sistem lulus-gagal. Contohnya bagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani gred lulus-gagal adalah sesuai kerana tujuan guru
hanyalah untuk melihat keupayaan minimum dari segi kebolehan fizikal murid
dalam melakukan pergerakan otot tertentu.
12.2 Pelan Tindakan untuk Pemulihan/Pengayaan
Pemulihan bermaksud satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
keperluan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. Manakala
Pengayaan pula bermaksud satu proses di mana aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di
dalam bilik darjah.
Berfikir 1 jam)
12.3 Cara memperbaiki pengajaran pembelajaran
Kepentingan memberi gred adalah untuk mengetahui sejauh mana objektif
pengajaran & pembelajaran telah dicapai. Gred juga digunakan oleh guru untukmenunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/ujian
akhir tahun. Guru dapat mentafsirkan keputusan ujian yang baik atau sebaliknya hanya
dengan melihat serakan skorskor selepas ditaksirkan. Jika keputusan yang diperolehi
selepas sesuatu ujian kurang memuaskan, guru seharusnya membuat refleksi tentang
pengajaran yang telah dilaksanakan samada telah memenuhi objektif pembelajaran murid.
Guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai
bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif
pengajaran yang dirancangkan.Antara peranan yang boleh digunakan oleh guru
untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran adalah:
mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
23/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
Strategi pemulihan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
Rajah di bawah adalah langkah-langkah pengelolaan sesi pemulihan
Rajah 12.2 Proses Pengelolaan Sesi Pemulihan
Kenalpastimurid
Penganalisianmasalah
Perancangandan persediaan
bahan
Pengajaran
danpembelajaran
Ujian danPenilaian
Tindakansusulan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
24/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Konsep pengayaan
sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran
asas tertentu
Objektif-objektif pengayaan
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran
biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam
pelajaran-pelajaran tertentu.
2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat
mereka.
4. Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk
pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran
dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan
sendiri dalam seumur hidup.
6. Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai
sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja
projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.
7. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi
melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
25/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya
ditumpukan kepada:
1. bacaan (membaca)
2. tulisan (menulis)
3. kiraan (mengira)
Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca)
Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita,
majalah-majalah berunsur pendidikan.
Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-
Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.
Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun,
teka-teki, dialog, cerita dan berita.
Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis)
Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.
Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan,
biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang
menarik.
Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira)
1. Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan
bilangan benda, aktiviti juaI beli.
2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
26/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri
membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar,
graf turus dan graf melintang.
Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan
1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran
yang baru dikuasai oleh murid-murid.
2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan
murid-murid,tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru.
3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh
dilaksanakan dengan tiga cara:
1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut
kebolehan.
2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan
menjalankan aktiviti pemulihan.
3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai
kebolehan.
4. Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh
dilaksanakan dengan tiga cara:
i) Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan
mengikut kebolehan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
27/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
ii) Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan
kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan.
iii) Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai
kebolehan.
Rajah 12.3 Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan
Rujukan
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan
Cerdas
Pengayaan
Sederhana Lemah
Pemulihan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
28/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PEPERIKSAANBERPUSAT
Ujian penilaian
sekolah rendah
(UPSR)
Struktur/format
kertas ujian
Fokus ujian Implementasi
TAJUK 13 BENTUK PEPERIKSAAN:PEPERIKSAAN BERPUSAT
SINOPSIS
Topik ini membincangkan bentuk peperiksaan berpusat . Bahagian ini
menerangkan bagaimana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dilaksanakan, format kertas UPSR, fokus ujian dan implementasinya
HASIL PEMBELAJARAN
Mengetahui cara Ujian Penilain Sekolah Rendah dilaksanakan
Dapat membezakan bahagian format kertas ujian sains
Menentukan fokus ujian Menyenaraikan proses implementasi UPSR
KERANGKA TAJUK
KANDUNGAN ISI
12.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai
pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Peperiksaan ini
diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah. Objektifnya
ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
29/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
asas mereka. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (
KBSR ). UPSR dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian
menggunakan skala lima-mata.
ABC
---
Sangat BaikBaikSederhana
Pencapaian di atas tahappenguasaan minimum (lulus)
DE
--
LemahSangat Lemah
Pencapaian di bawah tahappenguasaan minimum (gagal)
Jadual 3.1Skala lima mata untuk penggredan UPSR
Jadual di atas adalah bertujuan untuk menggred pelajar mengikut pencapaianmere bagi mendapatkan sijil.
13.2 Struktur /format kertas ujian UPSR Sains
Rajah 13.1Contoh muka depan kertas UPSR Sains
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
30/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
13.3 Fokus Ujian
UPSR terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A - 30 soalan objektif
Aneka pilihan dan Aneka gabungan membawa 30 markah(pengetahuan
Bahagian A- 30 %) yang ditakbirkan selama 45 minit atau 1 jam 15 minit. Soalanbahagian ini berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains Tahun 4, 5 dan 6
dari semua tema. Bahagian B mengumpul sebanyak 20 markah (Kemahiran
Proses Sains bahagian B- 20%-KPS) mengambil masa selama 30 minit. Soalan
berbentuk struktur dan mengisi tempat kosong. Bilangan soalan antara 3 ke 5
ransangan dan setiap satu ransangan ada beberapa soalan kecil (a) hingga (f).
Lima Kemahiran Proses Sains diuji dalam UPSR iaitu Membuat inferens,
Meramal, Mengawal pembolehubah, Membuat hipotesis dan Mentafsir data. 5
KEMAHIRAN MANIPULATIF & 7 KPS DIUJI DALAM PEKA iaitu Memerhati,
Mengelas, Mengukur menggunakan nombor, Perhubungan ruang dan masa,
Berkomunikasi dan Mendifinasi secara operasi.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
31/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
32/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
33/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
34/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
13.4 Implementasi
Pelaksanaan UPSR mengikut panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia
yang diedarkan pada awal tahun meliputi sukatan pelajaran sains tahun
4,5 dan 6. Pemantauan dilakaukan secra berterusan oleh pihak Jabatan
pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah untuk memastikan ujian
UPSR dilaksana dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
35/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Berfikir
Kaji format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah sekarang.Bincangkan dan
tulis laporan samada format tersebut perlu pengubahsuaian atau pendekatanbaru. Adakah anda setuju UPSR dimansuhkan?
Rujukan:
Lembaga Peperiksaan Malaysiahttp://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htm
http://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htmhttp://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htmhttp://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htmhttp://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htm -
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
36/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PENILAIANBERASASKAN
SEKOLAH(PBS)
PEKA
OBJEKTIF
FORMAT KONSEP IMPLIMENTASI
TAJUK 14 BENTUK PEPERIKSAAN:PENILAIANBERASASKAN SEKOLAH
SINOPSIS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentukpentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir,
diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah2. Menjelaskan maksud PEKA dan konsep-konsepnya
3. Menghuraikan keperluan dan implimentasi PEKA Sains dalam
penilaian berasaskan sekolah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
37/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Kandungan Isi
14.1 Pengenalan
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen
pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan
pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2
bentuk iaitu Kerja Kursus (PEKA) dan Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS)
14.2 PEKA
Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) merupakan salah satu komponen
pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Peka sains dirancang,
ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang melalui prosedur yang
ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Peka Sains
dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ditaksirkan oleh guru-guru di sekolah
secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan,
pemantauan dan pengesanan dilakukan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dan keesahan skor pentaksiran.
Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains) merupakan pentaksiran
berasaskan sekolah. PEKA Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk
kemahiran proses sains, kemahiran menyelesaikan masalah secara saintifik,
kemahiran manipulatif sains dan nilai murni serta sikap saintifik semasa
pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen, penyiasatan atau kajian lapangan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
38/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat
penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap
konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan.
PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
PEKA Sains merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.
14.21 Objektif PEKA
Untuk membolehkan pelajar:
Menguasai kemahiran kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif Sains
Memantapkan kefahaman dan pengetahuan tentang teori dan konsep
sains
Menerapkan sikap saintifik dan nilai- nilai murni.
14.3 STRUKTUR/FORMAT
Ciri-ciri PEKA SainsDalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan
pentaksiran, maka proses pentaksiran Sains berdasarkan ciri-ciri berikut:
Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir
mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni
yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berpusatkan PelajarPEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila
telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang
hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam
keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
39/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Telus dan Terbuka
PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui:
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir
Bolehlaksana dan sistematik
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut:
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran
Kepelbagaian instrumen
Instrumen yang digunakan:
Laporan dan kerja amali
Kerja lapangan
Aktiviti-aktiiti dalam kelas (simulasi dan mainan peranan)
Folio
Projek
Buku skrap
Senarai semak
Model
Penilaian formatif dan berterusan
Pelajar digalakkan menguasai ilmu dan mendapatkan pengalam
sepanjang masa
Pelajar diberi peluang meningkatkan prestasi kerja dan skor yang
diperoleh.
Produk pelajar disimpan untuk tujuan koordinasi.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
40/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Kaedah Penilaian: Berterusan dan penilaian formatif
Penilaian dilaksanakan untuk Tahun 3 hingga Tahun 6. Melalui
jangkamasa penilaian ini pelajar digalakkan menguasai pengetahuan dan
pengalaman untuk memberi peluang mereka memperbaiki kerja amali dan
skor yang diperoleh.
Instrumen
Instrumen ialah kaedah/mekanisme yang digunakan untuk
mendapatkan evidens tentang tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran yang ditaksir.
Instrumen yang digunakan ialah laporan amali dan senarai semak
3.1 Laporan Amali
Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan
daripada buku teks/ buku amali sains / sumber-sumber lain .
3.2 Senarai Semak
Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi suatu set
pernyataan yang dirangka dan disediakan secara terancang untuk
menyemak konstruk II (Menjalankaneksperimen) dan konstruk V (Sikap
saintifik dan Nilai Murni)
Dokumen dokumen yang diperlukan
Manual Pengurusan Pentaksiran Sains UPSR
1. PEKA : Panduan Penilaian
2. PEKA : Buku Laporan
Layari internet untuk mendapatkan Panduan Penilaian PEKA
Sains. Sila baca dan fahami kaedah penilaian PEKA Sains dan
bincangkan dengan rakan.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
41/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
14.4 KONSEP
KONSTRUK YANG DITAKSIR
Terdapat lima konstruk yang ditaksiriaitu:Konstruk I : Merancang
eksperimen
Konstruk II : Menjalankan eksperimen
Konstruk III : Mengumpul danmerekod data/pemerhatianKonstruk IV: Mentafsir data danmembuat kesimpulan /
rumusan
Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murniKonstruk I :Merancang eksperimenKonstruk ini menguji kebolehan calon mempamerkan perancangan menyeluruh
yang mengandungi perkara berikut dengan tepat :
1 . Tu juan peny iasatan
2 . H i p o t e s i s
3. Semua pembolehubah yang terlibat
4 . B a h a n d a n r a d a s
5. Kaedah atau teknik
Konstruk II : Menjalankan eksperimen
Konstruk ini menguji kebolehan calon menjalankan eksperimen
berdasarkan perancanganserta penggunaan dan pengendalian bahan/ radas:
1.Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/ radas dengan cermat dan betul.
2.Kebolehan membersihkan bahan/ radas dengan cara yang betul.
3.Kebolehan menyimpan bahan/ radas dengan betul dan selamat.
4.Kebolehan melakar/ melukis spesimen/ peralatan sains dengan susunan
yang kebolehan calon mengumpul dan merekod data dipamerkan melalui
perkara berikut :
1. Boleh membina jadual dengan pembolehubah dimanipulasi dan
pemboleh ubahbergerak balas yang betul.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
42/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
2. Boleh melengkapkan data pembolehubah dimanipulasikan dalam jadual
dengan betul.
3. Boleh mencatatkan data/ pemerhatian pembolehubah bergerak balas
yang diperolehi daripada eksperimen dengan betul
Konstruk IV : Mentafsir data dan membuat kesimpulan / RumusanKonstruk ini menguji kebolehan calon mentafsir dan membuat
kesimpulan/ rumusandipamerkan melalui perkara berikut :
1. Boleh mentafsir data atau menulis perbincangan atau melukis graf
dengan kaedahyang betul:
Tajuk graf
Paksi berlabel dan berunit
Skala seragam
Bentuk graf sesuai dengan eksperimen
2. Boleh menyatakan hipotesis diterima atau ditolak.
3. Boleh membuat kesimpulan / rumusan
Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murni
Konstruk ini menguji kebolehan calon penghayatan sikap saintifik dan nilai
murni melalui :
1. Minat dan sifat ingin tahu
2. Sistematik
3. Bekerjasama
4. Bertanggung jawab
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
43/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Tanggungjawab Sekolah
Sebelum Pentaksiran
Menerima surat pekeliling PEKA daripada JPN
Menerima dokumen PEKA daripada JPN
Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PEKA
Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
Menghantar senarai JK PEKA dan pentaksir
memperbanyakkan dokumen PEKA untuk kegunaan pentaksir
menyediakan jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan
kepada JPN dan KP kawasan
Memberi taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar
Memastikan setiap murid memiliki fail PEKA
Semasa Pentaksiran
Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Penyelarasan skor dilakukan oleh KP Sekolah
Pemantau dalaman membuat pemantauan
Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu
Pentaksir menyimpan evidens pentaksiran dalam fail individu
Pentaksir memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan
murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang
Gred Induk
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
44/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Selepas Pentaksiran
Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan
disimpan di sekolah
Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu
salinan dihantar ke JPN melalui KPKawasan
SU Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah
memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan
SU Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk
calon untuk disahkan oleh Pengetua
Mengeluarkan sijil PEKA kepada calon
14.5 IMPLIMENTASI
Kerangka Pelaksanaan
TAHUN PERKARA CADANGAN
TARIKH
3,4,5 Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor
Februari-Oktober
November
6 Kemaskini Penilaian Individu
Bentuk Skor dan penilaian akhir
individu
Melengkapkan skor
Masukkan skor
Februari31
Julai
1 Ogos
2 Ogos
3-5 Ogos
menghantar disket dan skor ke PPD
menghantar disket dan skor ke JPN
7-8 Ogos
9-10 Ogos
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
45/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Pernyataan Keputusan
KOD PENCAPAIAN TAHAP PENCAPAIAN
1 Boleh menggunakan kemahiran dengan
cemerlang serta mengamalkan sikap saintifik
dalam melakukan penyiasatan untuk
menyelesaikan masalah
2 Boleh menggunakan kemahiran saintifik
dalam melakukan penyiasatan untuk
menyelesaikan masalah
3 Boleh menggunakan kemahiran saintifik
dengan bimbingan guru serta mengamalkan
sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan
untk menyelesaikan masaalah.
4 Boleh menggunakan kemahiran saintifik
dengan bantuan guru dalam melakukan
penyiasatan
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini
bolehdiperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
Pemantauan berterusan
Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan
PEKA Sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Penubuhan Jawatankuasa dan Pelan Tindakan
JK Pengurusan dan Pengendalian PEKA Sains (peringkat sekolah)
Tutorial
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
46/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Sila dapatkan satu contoh Carta Organisasi Pelaksana dari sekolah anda
dan buat kajian mendalam tentang JK tersebut. Sila siapkan Carta
Organisasi tersebut dan laporan bertulis anda dalam 50 patah perkataan.
Sila luangkan masa anda untuk melihat rekod penilaian PEKA Sains
sekolah anda. Sila sediakan laporan pemeriksaan dan pelaksanaan PEKA
sekolah anda dalam 100 patah perkataan.
Naylor, S., Keogh, B. and Goldsworthy, A. (2004).Active assessment. L
London:David Fulton Publishers Ltd.
Doran, R.,Chan, F. and Tamir, P. (1998) Science educators guide to assessment.
Virginia: National Science Teachers Association.
MEMIKIR
RUJUKAN
TUTORIAL
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
47/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
PENILAIANBERASASKANSEKOLAH(PBS)
APLIKASI DLMBILIK DARJAH
DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN
TAJUK
15
(BENTUK PEPERIKSAAN:PENILAIAN BERASASKANSEKOLAH)
SINOPSIS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir,
diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan tentang PEKA
2. Menerangkan aplikasi PEKA dalam bilik darjah
3. Menghuraikan hasil dapatan kajian berkenaan PEKA Sains dalam
penilaian berasaskan sekolah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI
15.1 PENGENALAN
Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan
teknologi dan mampu mengaplikasikannya berlandaskan sikap sains dan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
48/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
seharian dalam kehidupan. Oleh itu murid perlu mempunyai landasan
sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat yang dinamik,
ikram, progresif , bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan
pengagumi penciptaan alam.
15.2 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
Penilaian kerja amali (PEKA) dilaksanakan untuk menilai prestasi atau
pencapaian pelajar dalam proses sains dan kemahiran manipulatif sains.
Pentaksiran sekolah ialah satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan
dalam bentuk formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran,
semester atau tahun. Semua guru telah didedahkan maksud pentaksiran
sewaktu mengikuti pengajian di maktab. Pada ketika ini, lebih penekanan
diberikan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Terdapat
beberapa pecahan seperti PEKA (Sains), PLBS (B. Melayu dan B.
Inggeris) dan PAFA (Pend. Agama Islam).
Peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam pentaksiran sekolah ialah:
menjadi pemudahcara dalam proses Pembelajaran.
membuat pemerhatian langsung dan tak langsung tentang tingkah laku
murid dalam Pembelajaran.
mendapat maklumat tentang pembelajaran murid.
memberi maklum balas tentang pembelajaran murid.
membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat
yang diperolehi.
Berkaitan dengan PEKA Sains, 'evidence' untuk eksperimen 'pickling'.
Murid-murid menjalankan eksperimen berkumpulan untuk menghasilkan
jeruk yang mereka tentukan sendiri buah yang hendak dipilih untuk
dijadikan jeruk. Selepas seminggu mereka akan memberikan jeruk
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
49/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
tersebut kepada semua guru beserta borang 'komen'. Guru-guru akan
meninggalkan komen setelah merasanya. Maka kita dapat menilai hasil
kerja murid bersama-sama guru yang lain. Oleh itu saya merasakan
penilaian yang dibuat kelak lebih tepat dan tidak 'bias'.
Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran
yang memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui
perancangan, pelaksanaan dan perbincangan. Satu kajian telah
dijalankan oleh pasukan pengkaji UKM.Tujuan kajian mereka adalah
untuk meneroka cara guru mengurus pelajar, bagi meningkatkan
penglibatan mereka dalam amali sains. Kajian yang berbentuk kajian kes
ini menggunakan tiga orang guru sains berpengalaman, menggunakan
pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian
guru, temu bual pelajar dan analisis dokumen pelajar. Semua data
dianalisis secara manual. Hasil kajian Nurzatulshima Kamarudin, Lilia
Halim,Kamisah Osman, dan Subahan Mohd. Meerah,(2009) menunjukkan
penglibatan pelajar dalam amali sains adalah tinggi, apabila guru
mengurus pelajar mereka dengan membahagi pelajar kepada tiga hingga
lima orang sekumpulan serta mengagih tugas. Didapati rondaan dan
teguran sepanjang kerja amali berlangsung, pemberian ganjaran positif
dan kerjasama pembantu makmal mengawasi pelajar, turut membantu
meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas amali. Tegasnya,
penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
membantu dalam penghasilan modal insan yang dilengkapi dengan ciri-
ciri kreativiti, kritikal dan inovatif.
.Sila layari internet dalam dapatkan Buku Panduan
PEKA Tahun 3 4 5 dan 6
http://www.ukm.my/jurfpend
http://www.ukm.my/jurfpendhttp://www.ukm.my/jurfpend -
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
50/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Skor diberi mengikut skema skor.
Dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Guru boleh menilai satu kemahiran atau lebih dalam sesuatu
masa
Pelajar boleh dinilai secara individu, kumpulan kecil atau
satu kelas.
Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai ketika berjalannya
penilaian kemahiran
Penilaian guru , pemarkahan dan laporan skor berasaskan
bahan projek pelajar persembahkan.
Pelajar mesti menghasilkan bukti yang lengkap
Pelajar -pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran boleh mengulangi penilaian tersebut pada masa
lain.
Guru mesti menyediakan tugasan yang secukupnya untuk
memastikan semua konstruk dikuasai.
Pelajar seharusnya diberikan peluang yang mencukupi
untuk menguasai semua kemahiran sebelum dinilai.
Kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar tidak
perlu lagi dinilai pada setahun seterusnya kecuali ianya
melibat pemikiran tertinggi.
Penilaian dijalankan sekurang- kurangnya dua kali setahun.
Perhatian:
Skor maksimum = 50
Contoh 30 markah untuk SPS dan 20 markah untuk SMS
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
51/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
15.3 DAPATAN KAJIAN
Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum,1992).
Tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja amali
(PEKA) Sains Menengah Rendah telah dilaksanakan oleh Abdul Rahim
Hamdan, Saliza Ahmad (2007). Menurut Abdul Rahim (2007), proses
pengesanan kurikulum perlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara
yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek kualiti kurikulum sedia ada.
Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telah
dipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melaluiprogram Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar
dari darjah 3,4,5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat
sekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM tahun
1996, beberapa kelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah
dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arah berorientasikan peperiksaan
dan mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996).
Ini adalah selaras dengan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras
membangunkan modal insan dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan peperiksaan awam
daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat dikuasai
oleh pelajar
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
52/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Berdasarkan dapatan hasil dari kajian-kajian lepas yang telah
dilaksanakan khususnya untuk pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali
Sains , beberapa jangkaan dapatan dapat dilakukan. Tahap penguasaan
guru dalam melaksanakan PEKA Sains PMR dari segi matlamat dan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan, dijangkakan tahapnya adalah
pada tahap sederhana tinggi. Tahap yang sama juga dijangkakan akan
diperolehi bagi tahap sokongan yang diberikan oleh individu berautoriti
terhadap pelaksanaan PEKA Sains PMR. Dari segi perbezaan pula,
dijangkakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor latar
belakang guru iaitu jantina dan pengalaman mengajar serta faktor
persekitaran iaitu jenis gred sekolah terhadap pelaksanaan PEKA Sains .
Akhir sekali dijangkakan masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru-
guru Sains PMR adalah sama seperti yang dihadapi oleh guru-guru dalam
kajian lepas iaitu antaranya masalah dari segi kaedah penskoran,
kemahiran yang terlalu banyak perlu ditaksir, bahan dan alat radas yang
tidak mencukupi semasa pelaksanaan PEKA, bebanan tugas-tugas lain
yang agak banyak, bilangan pelajar yang terlalu ramai untuk ditaksir,
sikap pelajar yang agak negatif terhadap pelaksanaan PEKA serta
kekangan masa untuk melaksanakan PEKA.
Maka, keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan dan
penguasaan guru. Selain itu pihak ibu bapa juga perlu dilibatkan sama.
Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan lebih awal
di luar negara. Di Amerika Syarikat contohnya, pentaksiran prestasi telah
dilaksanakan oleh guru-guru Sains bagi mentaksir pelajar-pelajar K-12 di
kebanyakan sekolah-sekolah. (Shavelson.et.al, 1991). Tujuan pentaksiran
ini adalah untuk menilai kemahiran sebenar pelajar semasa
melaksanakan eksperimen sains dan bagaimana pelajar mengaplikasikan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
53/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Strategi pentaksiran prestasi yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama
seperti pelaksanaan PEKA di Malaysia.
Di Kanada pula, pentaksiran berasaskan sekolah telah diberi perhatian
khusus dan mendapat sokongan melalui penubuhan beberapa program
dan modul sebagai panduan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah.
Nilai (value) yang dianggap termasuk dalam kurikulum tersembunyi
(hidden curriculum) dan bukannya dalam kurikulum bertulis (written
curriculum) sebelum ini telah diberi penekanannya sehingga pentaksiran
ke atas sikap saintifik dan nilai telah diperkenalkan sebagai salah satu
elemen yang dinilai dalam pentaksiran berasaskan sekolah
(Saskatchewan Education Report, 1981). Di England, ramai pendidik
sains lebih cenderung kepada pentaksiran kerja amali di peringkat
sekolah berbanding dengan peperiksaan amali yang berpusatkan ujian
pensil kertas. Para pendidik ini berpendapat antara kelebihan
melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah adalah guru dapat
menyediakan maklumat yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
mengenai prestasi amali pelajar dan pelajar juga sentiasa bersedia untuk
tugasan secara formatif (Buchan & Jenkins, 1992).
Dalam konteks kajian di Malaysia pula, oleh kerana pelaksanaan PEKA
Sains masih baru , maka tidak banyak kajian yang telah dilakukan. Kajian-
kajian lepas berkaitan PEKA Sains juga lebih tetumpu kepada
pelaksanaan PEKA Sains Tulen bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan
Biologi (Tingkatan 4 dan 5). Kajian oleh Siti Aloyah (2002) yang bertujuan
untuk menilai implementasi program PEKA Biologi telah dapat mencungkil
beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan pelajar
semasa melaksanakan PEKA Biologi. Dapatan kajian beliau mendapati
bahawa walaupun pelajar seronok menjalankan aktiviti-aktiviti PEKA
Biologi tetapi mereka kurang pasti tentang kemahiran yang harus mereka
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
54/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
kuasai. Guru pula kurang pasti tentang cara membina serta menggunakan
rubrik penskoran dan merasakan mereka memerlukan latihan tambahan.
Guru juga membangkitkan tentang masa yang tidak mencukupi serta
tugas pentaksiran yang terlalu membebankan dan tidak terurus.Guru juga
merasakan bahawa sistem sokongan (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak
pengurusan sekolah) kurang membantu mereka semasa melaksanakan
PEKA Biologi.
Faiza (2002) mendapati masalah yang dihadapi oleh guru adalah skema
penskoran yang terlalu rubrik, peralatan makmal yang tidak mencukupi
dan pemilihan eksperimen yang sesuai untuk ditaksir. Beliau juga
mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam PEKA Biologi adalah
cemerlang, tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi
didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh
dibahagikan kepada kategori cemerlang, sederhana dan lemah.
Kajian oleh Yeow (2002) pula mendapati sikap guru terhadap PEKA Sains
menunjukkan sedikit cenderung ke arah negatif. Majoriti guru (73.2%)
menyatakan pelaksanaan PEKA Sains sangat membebankan kerja
mereka. 65.9% guru pula tidak berpendapat PEKA Sains lebih baik
daripada peperiksaan amali yang telah dilaksanakan sebelum PEKA
Sains diperkenalkan, manakala hanya 14.6% guru sahaja yang
berpendapat pelaksanaan PEKA adalah satu kejayaan. Masalah utama
guru semasa pelaksanaan PEKA adalah masa yang tidak mencukupi,
perlu mentaksir bilangan pelajar yang ramai, elemen yang hendak ditaksir
terlalu banyak dan pelajar bersikap negatif terhadap PEKA.
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
55/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Alias (2001) dalam kajiannya mendapati kursus yang berkaitan PEKA
yang telah dihadiri masih belum memadai untuk membantu guru
memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan PEKA. Beliau juga
menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA
mengikut perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi, kesukaran
menentukan skor dengan tepat, bilangan pelajar yang ramai, elemen yang
perlu ditaksir terlalu banyak, pemberian skor yang tidak adil, sikap negatif
pelajar terhadap PEKA, alat radas dan bahan yang tidak mencukupi.
Sharifah Nor Ashikin ,S.A. Rahman, Rohaida Mohd Saat, (2005) telah
menyiasat tentang keberkesanan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) dalam
penguasaan kemahiran proses sains bersepadu mendapati bahawaterdapat signifikanantara min ujian pra dan ujian pos. Sejumlah 32 orang
pelajar dalam kajian telah berupaya menguasai kemahiran formulasi
hipotesis, mendefinisi operasional, mengeksperimen dan intepret data .
Pada tahun 2008, Kementerian telah melaksanakan pemantauan dan
menyediakan laporan pemantauan pentadbiran PEKA SPM.Kekerapan
pemantauan yang dilaksanakan adalah sekali.
KESIMPULAN
Keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan dan penguasaan
guru. Selain itu pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung juga
mungkin mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains .
Dapatan kajian kelak diharap dapat memberi lebih pemahaman dan
menjadi bahan rujukan berkaitan pelaksanaan PEKA Sains kepada guru-
guru Sains yang mengajar di peringkat rendah. Selain itu diharapkan lebih
bayak kajian dilaksanakan supaya berupaya memberi idea dan input
bukan sahaja kepada guru-guru Sains malah kepada semua pihak yang
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
56/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
terlibat dengan pelaksanaan PEKA Sains seperti pentadbir sekolah,
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya Kementerian Pelajaran
Malaysia. Dapatan kajian tersebut boleh digunakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meninjau pencapaian program
PEKA Sains di sekolah dengan memberi perhatian khusus kepada aspek
penguasaan guru dalam pelaksanaannya. Kajian tersebut juga boleh
digunakan untuk merancang kursus dalam perkhidmatan yang diperlukan
oleh guru untuk penambahbaikan terhadap pelaksanaan PEKA Sains
untuk memastikan matlamat PEKA Sains tercapai seperti yang
diharapkan.
Tahap penguasaan guru yang tinggi dalam melaksanakan PEKA akanmempengaruhi pelaksanaan PEKA secara berkesan dan seterusnya
dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja kukuh dari segi teori dan
konsep Sains malah dapat menguasai kemahiran saintifik serta dapat
memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan seharian
mereka.
Alias Mingan (2001). Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains BerdasarkanSekolah Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak.Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.
Faiza Hussein. (2003). Pelaksanaan PEKA Biologi di Kalangan PelajarTingkatan Empat Sekolah Menengah Hillcrest, Seri GombakSelangor Darul Ehsan. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan
Nurzatulshima Kamarudin, and Lilia Halim, and KamisahOsman, and Subahan Mohd. Meerah,(2009) PengurusanPenglibatan Pelajar dalam Amali Sains.Jurnal Pendidikan (UKM),34 (1). pp. 205-217. ISSN 01266020
Rujukan
-
7/22/2019 08 Isi PelajaranTopik9-Topik15 (1)
57/57
(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)
Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman, and Rohaida Mohd Saat, (2005)Keberkesanan Program PEKA dalam Penguasaan KemahiranProses Sains Bersepadu.Jurnal Pendidikan, 25 (Malay LanguageVersion) . pp. 65-77. ISSN 0126-5261
Siti Aloyah Alias. (2002) Penilaian Pelaksanaan Program PEKA Biologi.Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, Universiti KebangsaanMalaysia. Tidak diterbitkan.
Yeow, Hoo Meng. (2002). Penilaian Guru dan pelajar TerhadapPentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah di SekolahMenengah di Seremban Negeri Sembilan. Disertasi SarjanaPendidikan. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
-----------------------------------------------------------------------
TAMAT