05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban

Download 05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban

Post on 01-Jun-2015

49 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Khutbah Aidil Adha-Iktibar Ibadah Korban

TRANSCRIPT

  • 1. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam Selangor IDULADHA : IKTIBAR IBADAHKORBAN . . . .1

2. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam Selangor . . . ! . :2. . Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,Alhamdulillah, pagi ini, kita berpeluang menyambut hari raya korban (hariraya haji), hari mulia dan penuh berkat. Kita bersyukur kerana didorong oleh Allah 3. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam SelangorSWT., memilih tempat solat sebagai tempat pertama untuk dikunjungi. Marilahkita buktikan rasa syukur dengan meningkatkan tahap ketaqwaan kita kepadaALlah SWT. Ketaqwaan yang mantap hendaklah diterjemahkan melalui amalanyakni dengan mentaati segala perintah Allah SWT. dan meninggalkan segalalarangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat, kasih sayangdan perlindungan-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti, insyaAllah.Mimbar pada pagi ini akan membicarakan tajuk IDULADHA : IKTIBAR3IBADAH KORBAN.. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT.Secara tradisi, ibadah korban di Malaysia ialah dengan menyembelihbinatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan kadang-kadang unta.Inilah amalan ibadah korban yang telah dilakukan sejak dahulu, kini danselamanya, insyaAllah. Sebentar lagi, selepas solat sunat iduladha kita akanmenyembelih binatang ternakan bagi menyempurnakan ibadah korban dan kalautidak sempat hari ini, ianya boleh juga dilakukan pada hari-hari tasyriq; 11,12 dan13 Zulhijjah. Mana-mana ahli masyarakat Islam yang mengambil bahagiandalam ibadah korban ini sudah pasti akan mendapat ganjaran yang dijanjikanoleh Allah SWT. Semoga melalui rezeki yang kita perolehi membolehkan kitaterus melakukan ibadah korban dan meneruskannya di masa hadapan.Daripada Zaid bin Arqam RA, dia berkata: Suatu hari sahabat RasulullahSAW bertanya: ``Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' JawabRasulullah: ``Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: ``Apa yangakan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: ``Bagi 4. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam Selangorsetiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: ``Bagaimana puladengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah SAW menjawab: ``Bagi setiaphelai bulu ada kebajikannya.''(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tirmizi).. Ibadah korban perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas, perasaan rendahdiri, tawadhuk dan jujur demi melaksanakan syiar yang ditetapkan oleh AllahSWT. Pelaksanaannya memerlukan wang, tenaga, tempat, kerjasama,kesepakatan serta gotong-royong di kalangan masyarakat. Dengan itu rasaukhuwah sesama ahli kariah akan terjalin dan jalinan ukhuwah adalahsebahagian petunjuk kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.Umat Islam pada hari ini sedang dilanda dengan pelbagai krisis akhlak,masalah dan cabaran. Oleh yang demikian, kita memerlukan pengorbanan yangtinggi di setiap bidang kehidupan.Antara pengorbanan utama ialah mengorbankan perasaan sombong, egodan bangga diri atau "ananiyah". Hendaklah kita limparkan jauh-jauh sifat danperasaan ini dari terus bersarang dalam diri kerana sifat inilah yangmenyebabkan anak nabi Adam telah sanggup membunuh saudara kandungnya.Malahan persengketaan kemanusiaan yang tercipta sejak dari peristiwapembunuhan tersebut ianya terus berlaku sampai sekarang yang berpunca darirasa sombong, ego dan besar diri kerana enggan mematuhi sepenuhnya perintahAllah SWT. Sedangkan selaku individu Muslim, setiap masa kita dituntutmentaati perintah Allah SWT.4 5. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam SelangorUmat Islam kena sentiasa berkorban bagi mewujudkan kesatuan aqidah.Melalui pengorbanan yang dilakukan dalam usaha dakwah yang berterusan sertadengan pengamalan syariat Islam yang sempurna, Rasulullah SAW. telahberjaya menyatukan bangsa Arab, Yahudi dan bangsa-bangsa lain yang terlalukuat sikap asabiyah kelompok atau suku puak masing-masing.Sekarang ini, umat Islam dari seluruh dunia dengan pelbagai bangsa,bahasa, warna kulit dan budaya sedang berhimpun di Mina, setelahmeninggalkan padang Arafah. Mereka melaungkan takbir, tasbih dan tahmidbagi menggambarkan keagungan, kebesaran, kekuasaan dan kehebatan AllahSWT. Inilah lambang kesatuan akidah dan Izzah serta kehebatan Islam.. Sebenarnya belum memadai jika kita cuma mampu melaksanakan ibadahkorban dengan menyembelih binatang ternakan sekali dalam setahun walaupunjumlahnya beratus-ratus atau beribu-ribu ekor. Sedangkan pada masa yangsama ada di kalangan umat Islam masih tidak meyakini sepenuhnya dengansyariat Allah yang lain dalam hal ehwal Islam lain terutama perkara yang wajib,penting dan malahan lebih utama.Di luar sana terlalu banyak kemungkaran, kefasadan dan kejahatan yangberlaku dan akan terus berlaku. Antara kemungkaran tersebut ialah pergaulanbebas lelaki dan wanita yang bukan mahram sehingga menyebabkan berlakunyaberbagai perkara tidak diingini yang bertentangan dengan syariat Islam.Kemungkaran akan terus berlaku jika kita tidak berperanan menegur danmenunjuk ajar kepada ahli keluarga dan masyarakat seluruhnya. Begitu jugadengan rancangan hiburan di media elektronik dan media massa yang banyakmenampilkan skrip berserta watak lakonan yang boleh merangsang penontonnya5 6. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam Selangormelakukan perbuatan kurang sopan, merosak moral, mencemar akhlak sertamelemahkan keimanan lantaran terpengaruh hasil dari menonton rancangan-rancangan6tersebut.Di sana sini masih berlaku perbuatan mazmumah (yang dikeji) dalambentuk mengumpat, mencaci, memfitnah, mengadakan berita palsu, menyebarkhabar angin, mengadu domba, berburuk sangka, berdengki, khianat, iri hati dantuduhan palsu yang bertujuan untuk mengaib serta memalukan seseorang atauindividu tertentu. Pada masa yang sama kejahatan-kejahatan dalam bentukperlakuan rasuah, penyelewengan, penipuan, penganiayaan, pembunuhan,penculikan, rompakan, pembohongan dan lain-lain masih terus berlakusemacam tiada tanda bahawa segala bentuk kemungkaran tersebut akanberkurangan. Perkara-perkara mungkar yang berterusan inilah yang bakalmenjadi punca kepada wujudnya pelbagai masalah sosial, kegelisahan danketegangan di kalangan masyarakat. Sesungguhnya banyak lagi kemungkaran-kemungkaranyang berlaku di pelbagai ruang media, bidang dan lapangankehidupan yang perlu dikawal, dicegah dan dibenteras.Di sana sini masih ada pula umat Islam yang terkeliru, tersesat,terpengaruh dengan pelbagai dakyah atau aliran pemikiran, pendapat dan ajaransesat. Aliran pemikiran dan pendapat yang merosak aqidah besertabertambahnya bentuk ajaran sesat yang memurtadkan orang Islam perlu dicegahdan dikawal demi menyelamatkan umat Islam dari gejala tersebut. Tindakan bagimengatasi perkara ini sememangnya memerlukan pengorbanan dari masyarakatIslam yang beriman, berilmu dan perihatin untuk bertindak memperbetul,memulih dan menyelamatkan keyakinan mana-mana individu, keluarga ataukelompok yang terpesong atau tersesat itu untuk dipimpin dan dibawa kembalikepangkuan kebenaran Islam. 7. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam SelangorDi luar sana terdapat pula golongan yang taksub dengan pendapatkelompok masing-masing. Mereka tidak dapat membezakan antara persoalanyang hak dan batil. Ada ketikanya mereka dilihat sebagai tidak memahami atautidak punya adab ketika berbeza pendapat. Sedangkan para imam fuqaha yangbanyak berselisih pendapat pun tidak pernah mendabik dada sebagai merekasahaja yang benar.Marilah kita berlapang dada, berkorban perasaan dengan menampilkanakhlak dan tatalaku yang lemah lembut, bertutur dengan bahasa yang sopan dantidak menggunakan istilah atau perkataan menyakitkan perasaan orang lain,jadilah penyabar, pemaaf, beradab, tidak meninggi diri dan menjauhi sifat-sifatmazmumah yang lain. Memang usaha mulia untuk mengajak manusia kepadamenghayati Islam seutuhnya sentiasa diganggu oleh nafsu, syaitan yangmenyesatkan dan segolongan manusia memang suka atau sering menganjurkankepada pelbagai unsur perpecahan, pengkhianatan, pertelingkahan danpermusuhan.Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mana-mana individu, kelompokumat Islam bagi menangani kesemua kemungkaran yang dinyatakan tadimenuntut komitmen para insan muslim, mukmin dan muttaqin untuk meneruskantugas mulia para rasul dan nabi yakni mengajak semua manusia kepada Islamdemi mencapai rahmat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Subhanallah!Keperihatinan dan kepedulian kita terhadap pelbagai masalah yang berlakumemerlukan tindakan atau pengorbanan berterusan. Bahkan umat Islam perlubermujahadah melaksanakan kewajipan yang telah difardhukan.. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,7 8. Khutbah Jumaat 05 Oktober 2014: Iduladha : Iktibar Ibadah KorbanJabatan Agama Islam SelangorSesungguhnya terlalu banyak amalan yang memang memerlukanpengorbanan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, ilmu, keyakinan, kefahamandan keikhlasan. Maka nyatalah umat Islam perlu mengambil iktibar daripelaksanaan ibadah korban yang diperintahkan oleh Allah swt sejak zaman nabiAdam, nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan seterusnya sehingga kini. Di antara iktibartersebut ialah umat Islam hendaklah;1. Berkorban untuk mempertahan aqidah Islamiyah kerana ia adalah tonggakkekuatan dan kesatuan ummah dan sanggup beramal dengan amalan yangbetul mengikut seperti yang yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.2. Berkorban untuk menyeru dan menyampaikan risalah Islam kepadamasyarakat samada kelompok Islam mahupun yang bukan Islam supayamereka melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diperintaholeh Allah SWT. dalam mematuhi