03 media pengajaran
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
1/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 29
TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN
PENGENALAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya
dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini,
media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.
Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran,
diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran.
Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang
media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran;
2. merumuskan fungsi media pengajaran;
3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran;
4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan
5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
2/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
30 OUM
PETA MINDA TOPIK
3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apasahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media
termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputerdan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses
komunikasi.
Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagi
media kepada dua:
Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi PendidikanIni termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi diantaranya.
Media Pengajaran
Faktor Pelajar
Faktor Objektif
Faktor Kadeah
Faktor Praktikal
TOPIK 3:MEDIA PENGAJARAN
Konsep Media dan
Media Pengajaran
Fungsi Media Pengajaran
dalam Pengajaran
Kelebihan Media PengajaranFungsi Media
Pengajaran
Pemilihan Media
Pengajaran
Pengkelasan Media
Pengajaran
Penyediaan Media
Pengajaran
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
3/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 31
Pelbagai Saluran Komunikasi MassaIni termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.
Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yangmembolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar,
bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan
mesej digolongkan sebagai media.
Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip.
Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah-olah
mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesan
kepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep
yang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media
kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. (Sila rujuk Rajah 3.1).
Rajah 3.1 : Konsep media menurut Torkelson
(a) Mesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu samaada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah
dikira sebagai mesej.
(b) Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalamsatu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang
abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol,
dll.
(c) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal ataumekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya,
televisyen, projektor filem, dll.
Saluran Mesej
Bentuk Mesej
Mesej
Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:
(a) Sains mengenai rupa atom;
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:
(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan
(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
4/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
32 OUM
3.1.1 Media Pengajaran
Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej
tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994),pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media
pengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untukmenyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapatmerangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan
seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepada
pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yang
tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja.
Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa
ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran
seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan
dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.
Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankan
aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanankepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar
melalui seluruh pancainderanya.
Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satuelemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan
penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang
terlibat dalam proses P&P. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa
media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM).
Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurang
perhatian kepada: pelajar;
pengembangan pembelajaran; dan
aspek penilaian.
Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbuka
dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepada
alat semata-mata. Pendidikan sekarang juga tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa.
Justeru konotasi membantu guru semakin kurang diterima.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
5/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 33
Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.
3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP)
Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran
(MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.
3.2.1 Kelebihan MP
Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada MP yang sungguh
fleksibel dan dapat memenuhi kehendak P&P.
(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej
Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej.Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah
komunikasi.
Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang
lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambaryang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal
yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam
era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik
seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.
(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan PancainderaAntara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,
transparensi, filem atau video.
(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau
high-speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar
foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk
model, gambar rajah, dll.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
6/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
34 OUM
3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran
Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara,bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan
bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran.
(a) Pengajaran Bersama PengajarIni adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar
melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam
konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut,
tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan olehbeliau sendiri.
(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar
Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada keranapengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar
tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis
membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai
pengajaran kendiri.
Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu
menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai
pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas
guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan
kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.
(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan BervariasiPenggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif
pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar
tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaanmasing-masing.
(d) Pengalaman dan Persepsi yang SamaWalaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifatunik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbezamembuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan mediapengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman danpersepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kalioleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali inimembantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsepatau prinsip.
Latihan 3.1
Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalampengajaran
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
7/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 35
Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam
bentuk
(a) pengajaran bersama pengajar; dan
(b) pengajaran tanpa pengajar?
(c) Folio BermediaFolio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa
dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku
bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.
Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan
membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai
pembelajaran dengan media (learning with media) yang didapati berupaya memupuk
pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagaipereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir
maklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada
orang lain.
Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soal
ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untuk
akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap
tugas.
(d) Pengajaran Tematik (Thematic)Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh
guru. Ia bermula dengan perkongsian pengalaman yang diperolehi mungkin daripada
tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan
perkongsian kepakaran di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data danmaklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu
laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.
Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan,
industri tempatan dan sebagainya.
(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini
berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidangilmu kepada semua orang.
Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi
membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.
Ruangan berbual, papan buletin dan listservturut menyokong komunikasi pembelajaran
jenis ini.
(f) Pendidikan bagi Pelajar IstimewaMedia memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar
pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal.
Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan merekayang kurang berupaya/kecacatan.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
8/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
36 OUM
3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN
Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun,untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh.
Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskan
kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakan
pada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakintinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik
tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya bermula
daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkan
kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.
Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman
Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, merekadisediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk
kepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan
kepada kelas.
Untuk menguji kefahaman anda, sila selesaikan latihan berikut.
Media Pengalaman
Perkataan
Gambar Rajah
Peta
Gambar/Lukisan
Filem/Video
Model 3D
Objek/Realia
Ujikaji/Demonstrasi
Komputer (Simulasi)
Situasi sebenar
Abstrak
Konkrit
Latihan 3.2
Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep
teknologi pengajaran dengan media pengajaran.
Teknologi Pengajaran Media Pengajaran
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
9/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 37
Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina KonPengalaman Dale (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan
dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman
konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwasebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video.
Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang
mewakili peristiwa tersebut.
Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka
telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep
yang abstrak tersebut.
Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan
bagaimana ia boleh dimanfaatkan.
Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale
Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman,
iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau digital(lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman
enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual)
dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaanguru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan
pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankanoleh Dale.
Simbol/
verbal
Simbol visual
Rakaman audio/video
gambar kaku
Gambar Bergerak
Bahan Pameran
Lawatan
Tunjuk cara
Pengalaman melalui lakonan atau drama
Pengalaman tiruan
Pengalaman sebenar
Persimbolan
Pemerhatian
Penglibatan
Konkrit
Abstrak
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
10/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
38 OUM
Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne
dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkanrangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:
perkataan yang diucapkan;
bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;
perkataan bercetak;
gambar pegun;
gambar bergerak; dan
sampel sebenar.
Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Misalnya, gambar
pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan
Briggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada
terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukanpelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar
pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai
perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti
video, slaid berpita, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat
melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu atau
lebih media ini menurut kemampuan masing-masing. Andainya kos menjadi batasan, slaidberpita mungkin menjadi pilihan terbaik.
Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media. Pengkelasan ini
membahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner
Simbol/
verbal
Simbol visual
Rakaman audio/video
gambar kaku
Gambar Bergerak
Bahan Pameran
Lawatan
Tunjuk cara
Pengalaman melalui lakonan atau drama
Pengalaman tiruan
Pengalaman sebenar
Abstrak
Ikonik
Enaktif
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
11/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 39
Jadual 3.1: Pengkelasan Media
Bil. Jenis Media Contoh
1. Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin
7. Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah
3.4 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)
Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan satu perkara
yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Dalam topik ini, pemilihan
media akan berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna,
pendekatan yang akan diambil oleh anda adalah untuk menghasilkan sendiri media
pengajaran.
Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya
mereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan
pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya, istilah yang abstrak seperti ion dan
molekul sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terus
berada di bilik darjah, pelajar terpaksa menghafal dan menelan apa yang diberikan tanpa
mengambil kira sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkin
berjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pengertian.
Oleh kerana itu, pemilihan MP diumpamakan sebagai memilih kasut. Kasut yang muat dikaki sedap dipakai. Kasut yang terbesar atau terkecil, walaupun cantik dan murah tidak
dibeli kerana ia tidak selesa dan tidak mudah diubahsuai. Pendek kata, kita hanya membeli
kasut yang benar-benar padan dengan kaki kita.
Menyentuh soal padan, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media pengajaran yang
digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihan
MP menyatakan:
Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif
pembelajaran dengan berkesan.
Latihan 3.3
Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikutpengkelasan.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
12/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
40 OUM
Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain yang
mempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat Rajah 3.6) yang
menunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.
Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran
Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan seperti
mana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE.
Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal kepentingan
media itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.
Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media
Keberkesanan KosKepentingan
Isi pelajaran dan tahap
pencapaian yang
dikehendaki
Pemilihan
Penggunaan media
Penggunaan
Perwatakan
pelajar
Objektif
pembelajaran
Sikap dan
kemahiran guru
Kekangan dalam
pelaksanaan
Populasi sasaran
Pengajaran, ruang
dan kemudahan
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
13/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 41
Berdasarkan carta di atas, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi pelajaran, objektif,
kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor sampingan yang boleh digolongkan
di bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam modul ini perincian akan diberikan kepada faktor
asas, iaitu:
objektif;
pelajar;
kaedah; dan
praktikal.
3.4.1 Faktor Objektif
Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif.
(a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara MP dengan objektif pembelajaran.
Sebahagiannya dapat dilihat daripada Jadual 3.2.
Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran
Untuk mengetahui secara lanjut tentang taksonomi ini, anda perlu membacabuku The Conditions of Learningoleh Gagne.
Jenis-jenisObjektif Pembelajaran
MediaBelajar Belajar Belajar Belajar Menjalankan Membentuk
PengajaranMaklumat Mengenal Prinsip dan Peraturan Kemahiran Sikap
Faktual Pasti Visual Konsep Motor
Gambar Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Rendah RendahPegun
FilemSederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana
bergerak
Televisyen Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana
Objek 3-D Rendah Tinggi Rendah Rendah Rendah Rendah
RakamanSederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana
video
Penerangan Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Rendah Sederhana
Demonstrasi Rendah Sederhana Rendah Tinggi Rendah Sederhana
Bahan cetak Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana SederhanaPengajaran
Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhanalisan
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
14/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
42 OUM
(b) Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan mediaberasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk pemilihan cara ini, iaitu:
Go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your
group, but go as high as you can for most efficient learning.
Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan pembelajaran terjadi
dengan sempurna, media yang patut dipilih adalah daripada kumpulan di tapak kon.
Pendekatan ini dikatakan sebagai Slow but sure. Ia sesuai bagi mencapai objektif
yang kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya, pelajarasing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru pelatih yang tidak ada
pengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya mereka dapat menghayati peranan
guru, maka latihan mengajar adalah kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka.
Melalui latihan ini, guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akan
tetapi, cara ini mahal dan prosesnya agak lama.
Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai Fast but risky. Ertinya, pembelajaran yang
dirancang memanglah lebih cepat dan murah tetapi ada risikonya kerana penggunaan
simbol verbal dan visual mungkin akan mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsirsimbol-simbol tersebut. Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sedia
ada telah dikuasai secara konkrit oleh pelajar.
(c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal, iaitu:
visual;
perkataan bercetak;
bunyi dan suara;
pergerakan;
Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif
Bagi menunjukan perkaitan antara MP dan objektif, lihat Rajah 3.7 berikut.
Kemahiran
motor
Kemahiran
mental
Kemahiran
lisan Sikap
Media
Pengajaran
Alatan mudah
alih
Perkakasan
latihan
Media
Pengajaran
Carta
Filem
OHP
Slaid/pita
Kit latihanvideo
Media
Pengajaran
Carta
Filem jalur
Filem
OHP
Alatan mudah alihSlaid/pita
Kit latihan
video
Media
Pengajaran
Filem
Slaid/pita
Video
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
15/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 43
3.4.2 Faktor Pelajar
Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan MP. Dengan
mengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka,
memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar.
Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini, iaitu ciri-
ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.
(a) Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati pelajar dewasalebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukan
panduan yang kurang berbanding pelajar yang muda.
Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasa
berbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit adalah penting bagi kedua-
dua peringkat umur. Wager mencadangkan kanak-kanak didedahkan kepada ucapan
daripada seseorang yang mereka pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabilamendengar kenyataan daripada orang yang disegani.
(b) Bagi keperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang cekap membaca.Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang cekap dan kurang cekapmembaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih menggemari arahan
yang berbentuk rakaman audio.
(c) Stail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan ini sekaligus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar kinestatik didapati belajar
dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan
yang bersifat fizikal. Ini berlainan pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar
dan bercakap. Pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka.Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara belajar yang sesuai.
Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia
tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap stail tidak lebih atau kurang
daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.
Justeru, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan yang pelbagai juga.
Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia
tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap stail tidak lebih atau kurang
daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.
Justeru itu, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan
untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga.
Katakan objektif anda ialah, Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumber
elektrik. Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapat
menentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.
warna; dan
bahan sebenar
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
16/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
44 OUM
Jadual 3.3: Stail Pembelajaran Cara Mengenalpasti dan Tip Pembelajaran
Sumber: Middlesex Community College, Adaptasi daripada Tutor Trainers Manual, Tyler
Junior College, Tyler, TX.
Pelajar visual biasanya:
Perlu melihat apa yang sedang dipelajari
untuk memahaminya.
Sangat peka terhadap warna.
Berbakat seni (keupayaan artistik).
Menghadapi masalah dengan arahan lisan.
Berkemungkinan bertindak balas secara
berlebihan terhadap bunyi.
Menghadapi masalah menyukai syarahan.
Kerap salah tafsir makna perkataan.
Pelajar auditori biasanya:
Lebih gemar mendapatkan maklumat
dengan cara mendengar.
Perlu dengar untuk memahami.
Menghadapi masalah mengikuti arahan
bertulis.
Kesusahan dalam membaca.
Bermasalah dalam menulis.
Tidak berupaya membaca bahasa gerak
badan dan mimik muka.
Pelajar kinestatik biasanya:
Lebih suka hands-on (membuat aktiviti).
Boleh mencantum bahagian-bahagian
alatan tanpa membaca panduan.
Susah duduk diam.
Bela jar dengan lebih baik j ika ada
penglibatan pergerakan fizikal.
Mungkin ada koordinasi badan yang baik
dan kemahiran atletik.
Cara Mengenalpasti
Pelajar visual patut:
Guna grafik untuk membuat pengukuhan;
filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan
contengan.
Gunakan kod warna untuk menyusun nota
dan bahan-bahan persendirian.
Minta arahan bertulis.
Guna carta alir dan rajah untuk mencatat
nota.
Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin
dihafal.
Pelajar auditori patut:
Guna alat perakam untuk membaca dan
mengikuti kelas dan syarahan.
Belajar dengan membuat temu bual atau
aktif dalam perbincangan.
Soalan peperiksaan dan arahan dibaca
secara lisan atau guna perakam.
Pelajar kinestatik patut:
Menggunakan cara pembela jaran
experiential (buat model, jalankan kerja
makmal dan lakonan).
Rehat dengan kerap semasa pembelajaran.
Tekap huruf dan perkataan semasa belajar
ejaan dan menghafal fakta.
Guna komputer untuk pengukuhan jenis
sensori.
Menghafal atau melatih dengan berjalan
dan membuat jasmani.
Kebolehan diluahkan melalui tarian, dramaatau gimnastik.
Tip Pembelajaran
Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar sama sepertiyang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
17/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 45
3.4.3 Faktor Kaedah
Elton (1977), telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada tiga
kumpulan yang besar, iaitu:
Pengajaran Beramai-ramai.
Pengajaran Kendiri.
Pembelajaran Berkumpulan.
Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang sesuai
digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan pekara ini.
Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran
Jika jadual di atas diperhatikan dengan teliti, pasti anda dapat melihat perbezaan media yang
digunakan untuk setiap kumpulan.
3.4.4 Faktor Praktikal
Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Terdapat
beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu:
Adakah MP mudah diperoleh?
Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan?
Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan?
Adakah pihak pentadbir meluluskannya?
Persoalan sama ada MP mudah atau murah adalah persoalan yang relatif. Jawapan kepada
persoalan ini sangat bergantung kepada individu berkenaan. Daripada konteks realiti, setiap
individu mesti sanggup menghadapi kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat ini
harus ada di jiwa setiap guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk
kita membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.
Kaedah Pengajaran
Pengajaran Beramai-ramai
Pengajaran Kendiri
Pembelajaran Berkumpulan
Contoh
Kuliah konvensional, pelajaran
ekspositori, siaran TV dan
radio, kabel TV dan filem.
Pembelajaran jarak jauh,
pembelajaran berbantukan
komputer, mediated self-
instruction.
Tutorial, seminar, latihan
berkumpulan, projek,
permainan dan simulasi, self-
help groups.
Peranan Guru
Penyampai tradisional,
pengawal proses pengajaran.
Penerbit dan pengurus sumber
pembelajaran, tutor dan
fasilitator.
Pengurus dan fasilitator.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
18/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
46 OUM
3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN
Kunci kualiti sesuatu MP terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan
media hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran teknikalyang diperlukan bagi sesuatu media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam prosespenyediaan atau penerbitan media.
(a) Cetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dansebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar dan
mengatasi masalah pembelajaran mereka.
(b) Nyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat
lakukan di akhir pengajaran nanti.
(c) Analisis pelajardari segi:
latar belakang;
pengetahuan sedia ada;
kadar pembelajaran;
kemahiran asas;
kebolehan bertutur;
sikap; dan
gaya belajar.
Analisis pelajar akan mempengaruhi: perkembangan pengajaran;
kepantasan pengajaran;
paras perbendaharaan kata; dan
cara dan tahap penglibatan pelajar.
(d) Kumpul dan susun bahan
kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan
atau pergi terus ke lokasi berkenaan;
buat sorotan menyeluruh tentang kandungan;
susun isi-isi utama; dan
buat satu sinopsis ringkas.
(e) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan denganmendalam dalam Topik 4.
(f) Rancangkan penglibatan pelajar. Penglibatan yang aktif akan meningkatkankeberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti:
memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis;
membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuat
keputusan.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
19/20
MEDIA PENGAJARANTOPIK 3
OUM 47
RUMUSAN
Media Pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya peka kepada faktor objektif,
faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan media
pengajaran. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti:
pencetusan idea;
menyatakan objektif;
analisis pelajar;
mengumpul dan menyusun bahan;
(g) Semak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu:
Adakah ia membantu pencapaian objektif?
Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensidengan yang lain?
Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?
Adakah ia berfokus kepada idea utama?
Adakah idea itu jelas?
Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?
Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?
Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan?
Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?
(h) PenerbitanSetelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka penerbitan
merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek teknikal penting dikuasai.
Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak mampu untuk menunjukkan secara terperinci
penghasilan setiap jenis media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip rekabentuk visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media pengajaran.
Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.
Sila cuba latihan berikut bagi menguji kefahaman anda.
Latihan 3.4
Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.
-
8/6/2019 03 Media Pengajaran
20/20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3
OUM
tukar idea ke bentuk visual;
rancang penglibatan pelajar;
semak perancangan; dan penerbitan.
Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut, sama
ada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan
semula media pengajaran tersebut. Aspek penilaian telah pun diterangkan dalam Bab 3.
GLOSARI
Media/Medium Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apasahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima. Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikannya sebagai
sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajarandisampaikan.
Media Pengajaran Kemp dan Smellie ((1994), mendefinisikan media pengajaransebagai audio visual dan bahan bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran.
UJIAN 1
Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.
UJIAN 2
Apakah masalah yang mungkin timbul akhibat penggunaan media dalam bentuk:
(a) pengajaran bersama pengajar
(b) pengajaran tanpa pengajar