01 - mysql berasaskan phpmyadmin

Upload: zulfadli-hanaffi

Post on 07-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    1/8

     

    Panduan Penggunaan MySQL Berasaskan phpMyAdmin

    Shamsuddin Bin Ahmad

    Jabatan Teknologi PendidikanInstitut Perguruan Sultan Mizan

    22200 Kota PutraTerengganu Darul Iman

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    2/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 2

    2

    MySQL merupakan satu perisian pangkalan data yang berasaskan laman web(Web Base Database). Perisian MySQL biasanya disepadukan dengan instalasibeberapa jenis pelayan Apache dan PHP seperti WAMP5, XAMPP, EasyPHPdan lain-lain. Sekiranya anda telah melakukan instalasi pelayan Apache di atas,MySQL telah disepadukan dalam phpMyAdmin.

    Modul ini menggunakan phpMyAdmin yang disepadukan dengan WAMP5.

     A. Melancarkan MySQL.

    1. MySQL dimulakan dengan melancarkannya dari ikon pelayan WAMP5 diSystem Tray. Klik ikon WAMP5 pada System Tray.

    2. Klik phpMyAdmin.

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    3/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 3

    3

    3. Web browser anda akan dilancarkan dan akan membuka laman webphpMyAdmin.

    4. Sekiranya regional setting  komputer anda disetkan kepada Malaysia,

    MySQL akan dipaparkan dalam Bahasa Melayu. Sekiranya bukan, andaboleh memilih daripada tetingkap Language untuk memilih BahasaMelayu.

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    4/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 4

    4

    B. Membina pangkalan data MySQL.

    Berbeza dengan pangkalan data biasa, pangkalan data berasaskan lamanweb menggunakan laman web dalam semua proses, bermula darirekabentuk pangkalan data sehinggalah ke pengisian dan manipulasi

    data.

    Bagi tujuan memudahkan panduan penggunaan, anda akan dibantu untukmembina pangkalan data pelajar dalam kelab komputer.

    1. Klik pada tetingkap Cipta pangkalan data baru, taipkan kelkom dan klik

    butang Cipta. 

    2. Paparan akan berubah kepada paparan pangkalan data kelkom.Perhatikan bahawa nama pangkalan data telah dipaparkan.

    Kueri SQL memaparkan perintah SQL yang telah dilaksanakan, manakalastatus pangkalan data menunjukkan belum ada jadual yang dibina.Seterusnya kita akan membina 2 jadual baru untuk dimasukkan dalampangkalan data. Jadual 1 akan dinamakan pelajar  manakala jadual 2akan dinamakan waris.

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    5/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 5

    5

    3. Klik pada kekotak Nama; taipkan pelajar ; pada kekotak Number of fields,

    taipkan angka 10 dan klik Pergi.

    4. MySQL akan memaparkan paparan rekabentuk jadual pelajar. Bina jadualanda mengikut medan berikut;

    Bil Medan Panjang Null Kekunci

    1 pelID 12 Not Null

    2 pelNama 40 Not Null Default

    3 pelAlamat1 40 Null Default4 pelAlamat2 40 Null Default

    5 pelPoskod 5 Null Default6 pelBandar 20 Null Default

    7 pelNegeri 20 Null Default

    8 pelKelas 15 Null Default9 pelKump 15 Null Default

    10 warID 12 Null Default

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    6/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 6

    6

    Setelah anda menyiapkan jadual pelajar, klik butang Simpan.

    5. Dengan menggunakan langkah yang sama, bina Jadual warismenggunakan maklumat berikut;

    Bil Medan Panjang Null Kekunci

    1 warID 12 Not Null

    2 warNama 40 Not Null Default

    3 warKerja 15 Null Default4 warGaji DECIMAL; 10,2 Null Default

    6. Klik pada kelkom. Anda sepatutnya mendapat paparan seperti yangdipaparkan di bawah ini.

    7. Isikan 10 data untuk pelajar dengan cara;a. Klik pada pelajar.

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    7/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 7

    7

    b. Klik Selitc. Isikan data pada jadual kosong yang dipaparkan.d. Klik Pergi apabila selesai mengisi data untuk setiap rekod.e. Ulang langkah di atas sehingga selesai mengisi 10 rekod.

    8. Ulangi langkah di atas untuk mengisi beberapa data untuk jadual waris.9. Klik Lungsur untuk memaparkan data yang telah anda masukkan kedalam jadual.

    Menambah medan dalam jadual.

     Ada ketikanya, anda perlu menambah medan dalam jadual. Ini berlaku apabilakeperluan pangkalan data meningkat dan terdapat keperluan untuk menambahmedan. MySQL membenarkan anda menambah medan dengan mudah. Ikutilangkah berikut sebagai panduan untuk menambah medan dalam jadual waris.

    10. Aktifkan jadual waris dengan cara klik pada nama jadual waris pada panelkiri laman web MySQL. MySQL akan memaparkan struktur jadual waris.

    11. Tentukan tetapan berikut diikut; Add 1 field(s) dan aktifkan pilihan “Pada Akhir Jadual” dan seterusnya klik butang Pergi.

  • 8/18/2019 01 - MySQL Berasaskan PhpMyAdmin

    8/8

     

    02 - MySQL Berasaskan phpMyAdmin.doc . Muka Surat 8

    8

    12. Anda akan mendapat paparan berikut;

    Taipkan warMajikan pada ruang Medan, berikan nilai 20 pada ruangPanjang/Nilai, Null dan Kekunci Default.

    13. Kemudian, klik butang Simpan. Anda telah menambahkan satu lagimedan pada jadual waris. Sekiranya berjaya, paparan berikut akan

    dipaparkan. Perhatikan bahawa medan warMajikan telah dimasukkandalam struktur jadual waris.