ifolio.ukm.my · web viewsepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba...

13
KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA’’ TARIKH 10 APRIL 2015 – 12 APRIL 2015 TEMPAT KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, 82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA MAHASISWA PENGGERAK GENERASI, MENERAJU SEMPADAN BUDAYA

Upload: hamien

Post on 26-Apr-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT“SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA’’

TARIKH

10 APRIL 2015 – 12 APRIL 2015

TEMPAT

KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, 82200 BENUT,PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF KEUSAHAWANANKOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

MAHASISWA PENGGERAK GENERASI,MENERAJU SEMPADAN BUDAYA

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

PENGENALAN

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara

berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan

sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun

output yang berguna.

Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah perkampungan

melayu jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian. Idea ini telah dicetuskan atas

keinsafan dan kesedaran bahawa masyarakat melayu jawa juga adalah pelengkap kepada sebuah

masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga antara penyumbang kepada industri kecil di

negara kita.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus

dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat

meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada

negara.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

ATUR CARA PROGRAM

JUMAAT / HARI PERTAMA

MASA / 24 APRIL PROGRAM 3:00 PM

5.00 PM

7.15 PM

8.30 PM

9.00 PM

10.30 PM

Berkumpul di Foyer Kolej Ibrahim Yaakub - sesi pendaftaran - taklimat ringkas mengenai program yang dijalankan - Pemeriksaan kelangkapan dan peralatan . - Pembahagian kumpulan

Berhenti rehat / solat

Berhenti rehat /makan / solat

Dijangka tiba di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut Pontian

Taklimat program-Sesi suai kenal bersama ketua kampung dan peduduk

Rehat / Minum malam

SABTU / HARI KEDUA

MASA PROGRAM

5.30 AM

7.00 AM

7.30 AM

8.30 AM

Bangun pagi / solat subuh / mandi

Sarapan pagi

Aktiviti : ‘Malaysia cergas’

Aktiviti : ‘Terokai Ladang Kita’

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

10.30 AM

12.30 PM

1.15 PM

2.00 PM

4.00 PM

7.00 PM

8.30 PM

11.0 PM

Aktiviti : ‘Slot Akademik Usahawan Muda’

Rehat / Makan Tengahari

Solat zohor berjemaah bersama penduduk kampong

Aktiviti : ‘Khabar dari Kandang Ternakan’

Aktiviti : ‘Eksplorasi Adat Warisan’

Mandi / Makan Nasi Ambeng/ Solat Maghrib berjemaah

Aktiviti : ‘Jom Ngail’

Aktiviti : ‘True Or Dare’

AHAD / HARI KETIGA

MASA PROGRAM 5:00 AM

7:00 AM

8:00 AM

Bangun pagi, solat subuh, mandi

Sarapan

Senaman ringan, (Aerobik)

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

9.00 AM

11. AM

12.00 PM

Aktiviti : ‘Kembara IKS’

Majlis penutupan program

-Ucapan Ketua Pengarah

-Ucapan Felo Kanan

-Ucapan Pengetua

-Ucapan Ketua Kampung

-Sumbangan ikhlas

Berkumpul / Bertolak balik UKM

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

HASIL PEMBELAJARAN

Saya telah menyertai program ini dari Kelab Keusahawana Kolej Ibrahim Yaakub dan telah memegang jawatan sebagai Eksekutif Protokol. Program saya telah berjalan dari 10 April sehingga 12 April 2015.

Dalam program ini saya telah mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritikal dan jug acara menyelesaikan masalah dengan bijak dengan sebaiknya. Kerja yang diperlu dilakukan untuk bahagian protokol ialah menyediakan sususan kerusi yang baik agar program dapat berjalan dengan lancer.Selain itu , saya juga perlu menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau penutup bagi memudahkan untuk para tetamu berucap dengan lancar tanpa ada halangan bagi memudahkan program berjalan dengan baik. Saya juga banyak membantu membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain. Sebelum program, ketua program telah membahagikan kerja mengikut jawatan yang telah ditetapkan. Sebagai eksekutif protokol, saya telah diberikan kerja untuk menyediakan teks ucapan untuk pengacara majlis dan juga meyediakan susuan kerusi semasa program berjalan nanti.

Saya dan ahli di bawah saya telah berkumpul dan memikirkan cara yang terbaik untuk menyediakan teks ucapan untuk pengacara majlis. Di sini, kami perlu mengunakan kemahiran berfikir secara kritikal bagaimana untuk meyelesaikan masalah yang kami hadapi. Solusi yang yang saya dan ahli saya dapat ialah kami mencari rakan di kolej yang pernah menjadi pengacara majlis untuk mendapatkan cara untuk menulis dan format yang sesuai untuk teks ucapan. Selain itu, saya telah mencari contoh-contoh teks ucapan di laman web dan kolej untuk dijadikan sebagai rujukan penulisan teks ucapan. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran penyelesaian

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

masalah dengan baik dan kemahiran ini sangat penting dalam kehidupan dan kerjaya saya suatu hari nanti.

Semasa program, pada majlis makan malam nasi ambeng bersama penduduk kampung. Masalah yang berlaku ialah di mana berlaku kekurangan kerusi untuk majlis tersebut. Saya dan ahli saya telah berbincang dan membuat kata putus untuk berjumpa dengan ketua kampung. Kami memberitahu masalah tersebut kepada ketua kampung dan beliau telah membantu dengan meyediakan kerusi tambahan untuk majlis. Apa yang saya belajar di sini ialah kita perlulah berani untuk menghadapi segala masalah dan menyelesaikan masalah tersebut dengan tenang.

PENUTUP

Sepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha yang dilakukan sepanjang program adalah satu langkah didikan untuk diri sendiri bagi melahirkan insan yang bersedia fizikal, mental dan rohani bagi mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan harian dan mendatang. Selain itu, objektif ini juga banyak menekankan aspek moral, kepimpinan diri, kerohanian dan jaringan silaturrahim antara peserta dan ahli jawatankuasa. Akhirnya, program ini sedikit sebanyak memberi inisiatif baru kepada para peserta dan ahli jawatankuasa untuk mengharungi bidang keusahawanan.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha
Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha
Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha
Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewSepanjang program berlangsung banyak perkara bermakna yang boleh ditimba oleh para peserta mahu pun ahli jawatankuasa program ini. Segala kerjasama dan usaha