ketuajabatanbusiness.weebly.comketuajabatanbusiness.weebly.com/.../k_p_bak501k1k2k3k4.docx · web...
TRANSCRIPT
KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME
FB-100-4:2012-C02:ACCOUNTING
TAHAP / LEVEL SEMESTER 5
NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
BAK 5014 FINANCIAL REPORT
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT
1. MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP)2. MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)3. MANAGE UNCLAIMED MONEY4. REVIEW BANK RECONCILIATION5. REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT6. INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT7. PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
NO. KOD/CODE NUM. FB-100-4:2012-C02-BAK5014/P(1/3) Muka / Page : 1 Drpd/of : 11
TAJUK/TITLE : MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP), MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR), MANAGE UNCLAIMED MONEY AND REVIEW BANK RECONCILIATION
TUJUAN/PURPOSE : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih tentang
pengurusan Akaun Belum Bayar, Akaun Belum Terima, Wang Tidak Dituntut dan
menyemak Penyata Penyesuaian Bank sebelum proses menyemak Penyata
Kewangan Bulanan dapat dibuat dan Penyata Kewangan yang telah diselaraskan
dapat disediakan.
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
13050 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )
PENERANGAN / INFORMATION
K1 MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR (AP)
Definisi : Suatu catatan perakaunan yang mewakili tanggungan sesebuah
entiti untuk membayar hutang jangka pendek kepada pemiutangnya.
Akaun Belum Bayar juga dikenali sebagai Akaun Pemiutang.
Akaun Belum Bayar merupakan Liabiliti Semasa.
Dokumen yang terlibat untuk membuat penyesuaian dan pelarasan bagi
Akaun Belum Bayar ialah:
i. Lejar Akaun Pemiutang
ii. Senarai Pemiutang/Penyata Pemiutang
iii. Pengumuran Pemiutang (Aging)
Kriteria yang perlu dilihat apabila membuat analisa pengumuran Akaun
Belum Bayar ialah:
i. Tempoh pengumuran
ii. Jumlah tertunggak/jumlah hutang
iii. Syarat Kredit bagi pembekal
iv. Polisi Kredit Perniagaan
Sebelum membuat sebarang pembayaran, kita perlu melihat baki Bank/Tunai
dalam Buku Tunai mencukupi atau sebaliknya
Catatan Jurnal :
Belian kredit Debit Belian Kredit Akaun Belum
Bayar/Akaun Pemiutang
Menjelaskan hutang Debit Akaun Belum
Bayar/Akaun Pemiutang
Kredit Tunai/Bank
K1 MENGURUS AKAUN BELUM BAYAR (AP)K2 MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA (AR)K3 MENGURUS WANG TIDAK DITUNTUTK4 MENYEMAK PENYATA PENYESUAIAN BANK
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 2
Drpd/of : 11
K2 MENGURUS AKAUN BELUM TERIMA (AR) Definisi – Akaun belum terima ialah jumlah hutang yang ditanggung oleh pelanggan
sebuah perniagaan untuk jualan atau perkhidmatan yang telah diberikan secara
kredit.
Akaun Belum Terima juga dikenali sebagai Akaun Penghutang Niaga.
Akaun Belum Terima diklasifikasikan sebagai Aset Semasa.
Catatan jurnal :
Perkara Debit Kredit
Jualan kredit Akaun Belum
Terima/Akaun
Penghutang
Jualan
Menjelaskan hutang Tunai/Bank Akaun Belum
Terima/Akaun
Penghutang
Pinjaman atau pendahuluan kepada pekerja dikategorikan sebagai Akaun Belum
Terima Lain. Item ini merupakan aset semasa atau bukan aset semasa iaitu
bergantung kepada tempoh bayaran balik pinjaman atau pendahuluan.
Penyesuaian (reconcile) lejar akaun belum terima dengan pengumuran akaun belum
terima adalah untuk mengesahkan baki akaun belum terima sepadan dengan
pengumuran akaun belum terima. Sekiranya terdapat perbezaan maka pelarasan
perlu dibuat.
Hutang Lapuk :
Definisi – Hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang.
Sebab-sebab berlakunya hutang lapuk adalah :
i. Penghutang telah muflis.
ii. Penghutang yang berniat menipu telah melarikan diri dan tidak dapat
dikesan.
iii. Penghutang telah meninggal dunia.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 3
Drpd/of : 11
iv. Penghutang menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat
menjelaskan hutangnya.
Catatan jurnal :
Perkara Debit Kredit
Apabila hutang lapuk
dihapuskan
Akaun Hutang Lapuk Akaun Belum
Terima/Akaun
Penghutang
Pemindahan hutang
lapuk ke Akaun Untung
Rugi
Akaun Untung Rugi
(Belanja)
Akaun Hutang Lapuk
Peruntukan Hutang Ragu:
Definisi- PHR ialah peruntukan yang dibuat untuk hutang perniagaan yang
mungkin tidak dapat dikutip. Peruntukan bermakna belanja yang tidak dapat
dihitung dengan tepat.
Kaedah pengiraan Peruntukan Hutang Ragu:
i. Kaedah spesifik
- Perniagaan dapat mengenalpasti spesifik hutang dimana perniagaan
dapat mengenalpasti penghutang yang mengalami masalah
kewangan dan tidak dapat menjelaskan hutangnya.
ii. Kaedah Peratusan Penghutang/ Kaedah General
- Perniagaan menganggarkan peratusan penghutang yang tidak dapat
menjelaskan hutangnya.
iii. Kaedah Pengumuran Akaun Penghutang
-Satu jadual akan dibuat untuk menganalisa dan mengenalpasti
pengumuran akaun penghutang.
iv. Kaedah Peratusan Jualan Kredit Bersih
- Dikenali sebagai pendekatan Penyata Untung Rugi.
- Ia menggunakan maklumat Jualan Kredit bersih.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 4
Drpd/of : 11
- Pengiraan dibuat keatas jumlah Jualan Kredit Bersih untuk tahun
tersebut.
Catatan jurnal :
Perkara Debit Kredit
PHR Akaun Peruntukan Hutang
Ragu (Akaun untung rugi)
Akaun Peruntukan Hutang
Ragu (Kunci Kira-kira)
Hutang Lapuk Terpulih:
Definisi – Hutang yang dapat dikutip semula setelah dihapuskan sebagai
hutang lapuk.
Catatan jurnal :
Perkara Debit Kredit
Menerima tunai/cek
daripada
penghutang
Bank/Tunai Hutang Lapuk Terpulih
Menutup Akaun
Hutang Lapuk
Terpulih
Hutang Lapuk Terpulih Akaun Untung Rugi
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 5
Drpd/of : 11
Fungsi Akaun Belum Terima Dan Pengumuran Akaun Penghutang:
Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang.
Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan.
Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar
Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 6
Drpd/of : 11
HUTANG LAPUK PERUNTUKAN HUTANG RAGU
HUTANG LAPUK TERPULIH
Hutang yang pasti
tidak dapat dikutip
daripada
penghutang.
Satu anggaran jumlah hutang
yang tidak dapat dikutip.
Seorang penghutang yang
hutangnya telah dihapuskan
sebagai hutang lapuk tiba-
tiba membayar balik
hutangnya.
Belanja Belanja/Hasil Hasil
Dt. Hutang Lapuk
Kt. Penghutang
1. Peruntukan Hutang Ragu
Diwujudkan Kali Pertama
(Belanja)
Dt. Akaun Untung Rugi
Kt. Peruntukan Hutang
Ragu
2. Pertambahan Peruntukan
Hutang Ragu (Belanja)
Dt. Akaun Untung Rugi
Kt. Peruntukan
Hutang Ragu
3. Pengurangan Peruntukan
Hutang Ragu
Dt. Bank/Tunai
Kt. Penghutang
Dt. Penghutang
Kt. Hutang Lapuk Terpulih
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 7
Drpd/of : 11
Dt. Peruntukan Hutang
Ragu
Kt. Akaun Untung Rugi
K3 MENGURUS WANG TIDAK DITUNTUT
Definisi Wang Tak Dituntut Merujuk kepada seksyen 8, Akta WTD 1965 , WTD bermaksud:
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak
dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah
kategori ini ialah:
i) gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada
kakitangan;
ii) dividen;
iii) keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
iv) tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
v) draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang
serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
vi) simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
vii) cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
viii) pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya
dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh
tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:
i) akaun simpanan;
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 8
Drpd/of : 11
ii) akaun semasa;
iii) simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatic
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan
melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Contoh di bawah kategori ini ialah:
i) akaun pemiutang dagangan;
ii) akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
Syarikat atau Firma yang wajid mematuhi Akta
Menurut seksyen 8 Akta WTD 1965, syarikat atau firma yang wajid mematuhi
Akta ialah:
1. Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965,
termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI
Akta tersebut;
2. Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan
dengan faedah-faedah persaraan;
3. Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
4. Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
5. Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.
Seksyen 14 Akta WTD 1965 memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang
mempunyai wang, selain daripada WTD dalam tangan yang belum dituntut oleh
empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah
wang tersebut adalah WTD yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk
berbuat demikianmenurut Akta.
Kewajipan Syarikat atau Firma
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 9
Drpd/of : 11
1. Syarikat atau firma yang mempunyai WTD hendaklah menyerahkan WTD
tersebut kepada Pendaftar dengan mengisikan borang UMA-3 sebanyak 1
salinan dan borang UMA-4 sebanyak 2 salinan berserta cek atas nama
Akauntan Negara Malaysia.
2. Syarikat atau firma yang mempunyai WTD melebihi 20 empunya
dikehendaki mengemukakan borang UMA-3 berserta CD "read only
mode" dalam format excel kepada Pendaftar.
3. Serahan WTD kepada Pendaftar dan salinan borang UMA-3 kepada
PNMB hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun.
4. Syarikat atau firma hendaklah menyimpankan salinan borang UMA-3 dan
UMA-4 tersebut bagi tujuan rujukan dan pengesahan sekiranya terdapat
tuntutan daripada empunya WTD kelak.
Hukuman Ketidakpatuhan Akta
Syarikat atau firma atau pegawainya yang gagal mematuhi peruntukan Akta, jika
disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda bagi setiap kesalahan atau penjara
atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 16 Akta WTD 1965 menjelaskan bahawa Pendaftar boleh mengenakan
kompaun ke atas kesalahan dilakukan pada amaun tidak melebihi 50% dari
denda maksimum bagi kesalahan tersebut dan pendakwaan tidak akan diambil
bagi sesiapa yang membayar kompaun berkenaan.
Tuntutan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut
Empunya atau mana-mana pihak yang dapat membuktikan beliau mempunyai
hak di sisi undang-undang terhadap WTD, bolehlah membuat tuntutan di Pejabat
Pendaftar pada bila-bila masa sahaja.
Bagi tujuan bayaran balik WTD, Pihak yang mengemukakan tuntutan perlu
menyerahkan borang UMA-7 dan dokumen sokongan yang diperlukan oleh
Pendaftar.
Catatan jurnal :
Dt. Akaun Pemiutang
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 10
Drpd/of : 11
Kt. Akaun Wang Tidak Dituntut (Liabiliti Semasa)
(Memindahkan baki pemiutang ke akaun wang tidak dituntut)
Dt. Akaun Wang Tidak Dituntut
Kt. Bank
(Menyediakan cek untuk diserahkan kepada Perbendaharaan)
K4 MENYEMAK PENYATA PENYESUAIAN BANK
DEFINISI
- Disediakan untuk menyesuaikan baki Buku tunai dengan baki Penyata Bank.
SEBAB-SEBAB PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BANK
1. Menyesuaikan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank untuk bulan yang
berkenaan.
2. Memastikan ketepatan dan kesahan rekod dalam Buku Tunai. Sebarang
kesilapan ketinggalan dan kesilapan pembukuan dikesan dan dibetulkan.
3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di
Bank.
4. Mengemaskini Buku Tunai.
SEBAB-SEBAB PERBEZAAN BAKI DI BUKU TUNAI DAN PENYATA BANK
1. Cek yang belum dikemukakan
2. Deposit/Simpanan yang belum dikreditkan.
3. Perintah/Arahan Tetap
4. Caj Bank
5. Cek tak laku
6. Kesilapan dalam Buku Tunai
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 11
Drpd/of : 11
KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME
FB-100-4:2012-C02:ACCOUNTING
TAHAP / LEVEL SEMESTER 5
NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
BAK 5014 FINANCIAL REPORT
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT
8. MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP)9. MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)10.MANAGE UNCLAIMED MONEY11.REVIEW BANK RECONCILIATION12.REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT13. INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT14.PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
NO. KOD/CODE NUM. FB-100-4:2012-C02-BAK501/KP(2/3) Muka / Page : 1 Drpd/of : 6
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH13050 BUTTERWORTHPULAU PINANGKERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 12
Drpd/of : 11
PENERANGAN / INFORMATION
Untuk menyemak Penyata Kewangan Bulanan, maklumat dari laporan akhir bulanan seperti di bawah diperlukan :
i. Lejar Am -mengandungi rekod segala urus niaga perniagaan.ii. Imbangan Duga -dapat menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan pertama
dan lejar, pengeposan daripada buku catatan pertama ke lejar dan catatan urusniaga berdasarkan catatan bergu.Memudahkan penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira – kira .
iii. Penyata Pendapatan -meringkaskan kesan kegiatan perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan sama ada keuntungan atau kerugian diperolehi dalam tempoh tersebut.
iv. Kunci kira kira menunjukkan: kedudukan kewangan perniagaan kedudukan aset ,liabiliti dan modal yang dilabur oleh pemilik perniagaan
(ekuiti pemilik)
Kaedah untuk menyemak laporan kewangan akhir bulan ialah membandingkan dan menyemak:
1. Baki Lejar Am dengan baki Imbangan Duga
2. Item Penyata Pendapatan dengan Item di Imbangan Duga
3. Item Kunci Kira-kira dengan Item Imbangan Duga4. Jadual Aset dengan Item Imbangan Duga
1. Unjuran Aliran Tunai
Seorang peniaga yang bijak mengendalikan wang sentiasa memastikan perniagaannya mempunyai wang tunai yang cukup supaya perniagaan dapat berjalan dengan lancar, sistematik dan terkawal. Peniaga mesti memastikan modal perniagaan tidak terikat pada stok atau aset tetap yang sukar ditukar ke bentuk tunai.
K5.1 Mengenalpasti laporan akhir bulanan
K5.2 Menyemak laporan kewangan akhir bulan
K5.3 Melaksanakan tindakan pembetulan yang perlu jika terdapat perbezaan baki
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 13
Drpd/of : 11
Oleh kerana baki tunai di tangan perniagaan sentiasa berubah, peniaga harus memastikan terdapat tunai yang cukup untuk membeli stok baru,membiayai segala perbelanjaan pengendalian perniagaan , serta menjelaskan hutang kepada pemiutang.
Untung adalah penting bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Keuntungan tidak dapat dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak diuruskan dengan sebaiknya. Tunai umpama minyak untuk menghidupkan perniagaan.
Penyata Aliran Tunai melaporkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang dikelaskan mengikut tiga (3) aktiviti utama iaitu operasi, pelaburan dan pembiayaan. Penyata ini melaporkan aliran tunai masuk bersih atau aliran tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti bagi perniagaan secara keseluruhan.
Kaedah Penyediaan Unjuran Aliran Tunai
1. Sumber dokumen yang diperlukan Jurnal Am iaitu bahagian penerimaan dan pembayaran. Buku Tunai iaitu bahagian penerimaan dan pembayaran
2. Catatkan maklumat penerimaan dan pembayaran ke dalam Unjuran Aliran Tunai.3. Hitung baki akhir.4. Nilai baki akhir yang diperolehi mesti sama dengan maklumat Bank dalam Kunci Kira-
kira.
Format Unjuran Aliran Tunai
Nama Perniagaan :Tajuk :Unjuran Aliran Tunai Tempoh 1/1/2011- 31/12/2011
Perkara/BulanPenerimaan/Tunai diterima
Modal Penghutang Tunai ditangan Hiba
Jan Feb Dec Jumlah
Jumlah penerimaan/jumlah tunai diterimaPembayaran/Tunai keluar
Tunai runcit Pemiutang Sewa Gaji
Jumlah pembayaran/jumlah tunai keluar
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 14
Drpd/of : 11
Lebihan/(kurangan)Tunai BulananBaki AwalBaki Akhir
2. Unjuran Penyata Pendapatan Terkini
Penyata pendapatan mempunyai dua komponen utama iaitu:I. Hasil
II. Belanja
Penyata Pendapatan memberi maklumat sama ada sesuatu perniagaan memperolehi keuntungan atau kerugian bagi suatu tempoh perakaunan.
Unjuran Penyata Pendapatan Terkini disediakan adalah untuk mengetahui keuntungan atau kerugian terkumpul bagi sesebuah perniagaan.
Kaedah Penyediaan Unjuran Penyata Pendapatan Terkini1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Penyata Pendapatan.2. Pindahkan maklumat dari Penyata Pendapatan ke dalam Unjuran Penyata Pendapatan
Terkini.3. Hitung untung/rugi terkumpul.4. Nilai untung/rugi terkumpul mestilah sama dengan nilai di dalam Penyata Pendapatan
dan Kunci Kira-kira. Format Unjuran Penyata Pendapatan Terkini
Nama Perniagaan :Tajuk : Unjuran Penyata Pendapatan Terkini Untuk Tempoh 1/1/2011 – 31/12/2011
Perkara/BulanJualan
Jualan Kredit Jualan Tunai
Jan Feb Dec Jumlah
Jumlah JualanKos Jualan
Stok awal Belian Angkutan Masuk Stok akhir
Jumlah Kos JualanUntung KasarPendapatan
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 15
Drpd/of : 11
PerbelanjaanUntung/(Rugi) BulananUntung/(Rugi) AwalUntung/(Rugi) Terkumpul
3. Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan
Kaedah Penyediaan Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan:1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Unjuran Penyata Pendapatan Terkini.2. Pindahkan maklumat dari Unjuran Penyata Pendapatan Terkini ke dalam Unjuran
Penyata Pendapatan Bulanan. Hitung mengikut bulan.3. Hitung untung/rugi bagi bulan tersebut.
Format Unjuran Penyata Pendapatan Terkini
Nama Perniagaan :Tajuk : Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan Untuk Tempoh 1/1/2011 – 31/12/2011
Perkara/BulanJualan
Jualan Kredit Jualan Tunai
Jan Feb Dec Jumlah
Jumlah JualanKos Jualan
Stok awal Belian Angkutan Masuk Stok akhir
Jumlah Kos JualanUntung KasarPendapatanPerbelanjaanUntung/(Rugi) BulananUntung/(Rugi) AwalUntung/(Rugi) Terkumpul
** Nota : Contoh Modal bulan Februari. Nilai modal Februari dalam Unjuran Penyata Pendapatan Terkini ditolak dengan nilai modal Januari dalam Unjuran Penyata Pendapatan Terkini bagi mendapatkan modal Februari bagi Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 16
Drpd/of : 11
4. Unjuran Kunci Kira-kira
Kaedah Penyediaan Unjuran Kunci Kira-kira:1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Kunci Kira-kira.2. Pindahkan maklumat dari Kunci Kira-kira ke dalam Unjuran Kunci Kira-kira.3. Hitung jumlah asset dan ekuiti pemilik serta liabiliti.
Format Unjuran Kunci Kira-kira
Nama Perniagaan :Tajuk : Unjuran Kunci Kira-kira Untuk Tempoh 1/1/2011 – 31/12/2011
Perkara/BulanHartanah, Loji & Peralatan
Peralatan Pejabat Perabot Komputer
Jan Feb Dec Jumlah
Aset Semasa
Tunai runcit Bank Penghutang
JUMLAH ASETEkuiti Pemilik
Modal Untung/rugi terkumpul
Liabiliti Semasa Pemiutang Niaga Pemiutang Lain Akruan Sewa
Liabiliti Jangka Panjang HPC Maybank HP Interest in Suspense
Maybank
JUMLAH EKUITI PEMILIK & LIABILITI
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 17
Drpd/of : 11
Setelah kesemua unjuran siap dibuat, kita perlu menyemak dan mengenal pasti jika ada
kesilapan dan perlu dibuat pelarasan (pelarasan Lejar Am). Setelah pelarasan dibuat laporan
kewangan yang baru perlulah disediakan.
KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME
FB-100-4:2012-C02:ACCOUNTING
TAHAP / LEVEL SEMESTER 5
NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
BAK 5014 FINANCIAL REPORT
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT
15.MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP)16.MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)17.MANAGE UNCLAIMED MONEY18.REVIEW BANK RECONCILIATION19.REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT20. INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT21.PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
NO. KOD/CODE NUM. FB-100-4:2012-C02-BAK501/KP(3/3) Muka / Page : 1 Drpd/of : 3
TAJUK/TITLE : INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT AND PREPARE MOTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
TUJUAN/PURPOSE:
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
13050 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 18
Drpd/of : 11
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah bagi menyediakan Gabungan Penyata Kewangan (Consolidated Financial Statement) antara ibu pejabat dengan cawangan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan kaedah menyediakan laporan pengurusan bulanan (MMR).
PENERANGAN / INFORMATION
K6 MENGGABUNGKAN PENYATA KEWANGAN BULANAN
Sebelum penggabungan Penyata Kewangan dapat dilakukan, kita perlulah mengetahui struktur organisasi dan aktiviti perniagaan bagi ibu pejabat dan juga cawangan. Ini bagi memudahkan proses penggabungan dilakukan.
Sebagai contoh ibu pejabat merupakan sebuah perniagaan yang menjalankan aktiviti menjual kasut manakala cawangan pula selain menjual kasut mereka juga membuat kasut atas permintaan khas. Maka tentulah kita perlu mengetahui terlebih dahulu bentuk Penyata Kewangan bagi perniagaan yang merupakan pengeluar atau pembuat.
Sebelum gabungan Penyata Kewangan dapat dilakukan, pelarasan untuk Cawangan perlulah dibuat seperti :
Urusniaga antara Cawangan
Penghapusan Urusniaga antara Cawangan
M501 K6.1 Mengenal pasti struktur organisasi perniagaan dan cawangan
M501 K6.2 Kaedah menggabungkan Penyata Kewangan Cawangan
M501 K6.3 Membuat pelarasan untuk Cawangan
- Urusniaga antara Cawangan
- Penghapusan Urusniaga antara Cawangan
- Penyesuaian urusniaga antara cawangan
M501 K7.1 Membandingkan prestasi secara berkala
M501 K7.2 Memberikan justifikasi item/pergerakan tidak normal dan mengenal
pasti format MMR
M501 K7.3 Menganalisis prestasi semasa dengan tempoh masa perbandingan.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 19
Drpd/of : 11
Penyesuaian urusniaga antara cawangan
Langkah kerja:
1. Sediakan Helaian Imbangan Duga bagi gabungan HQ+Branch.2. Masukkan baki awal HQ+Branch (Sumber maklumat : Financial Report)3. Sediakan pelarasan gabungan HQ+Branch (Sumber maklumat : Jurnal Am
Pelarasan HQ+Branch).4. Hitung baki akhir.5. Sediakan laporan kewangan gabungan (Consolidated Financial Statement).
** Nota : Sila rujuk bahan Simulasi BAK5014-BAK5043
K7 MENYEDIAKAN LAPORAN PENGURUSAN BULANAN
MMR disediakan adalah bertujuan untuk memantau perkembangan perjalanan sesebuah perniagaan. Kita perlu mengenal pasti pergerakan tidak normal (abnormal movement) di Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Sekiranya terdapat sebarang pergerakan tidak normal maka justifikasi perlu dibuat dan dilaporkan. Antara kaedah analisis MMR ialah dengan membandingkan prestasi semasa dengan prestasi yang lepas dan dengan membandingkan perniagaan dengan industri (sila rujuk bahan dalam Simulasi BAK5014-BAK5043).
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 20
Drpd/of : 11
KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME
FB-100-4:2012-C02:ACCOUNTING
TAHAP / LEVEL SEMESTER 5
NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
BAK 5014 FINANCIAL REPORT
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT
1. MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP)2. MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)3. MANAGE UNCLAIMED MONEY4. REVIEW BANK RECONCILIATION5. REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT6. INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT7. PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
NO. KOD/CODE NUM. FB-100-4:2012-C02-BAK501/KP(2/3) Muka / PageDrpd/of : 6
TAJUK/TITLE : REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah bagi menyemaklaporan kewangan akhir bulanan yang merangkumi tujuan dan kaedah penyediaanUnjuran Aliran Tunai, Unjuran Penyata Pendapatan Terkini, Unjuran PenyataPendapatan Bulanan serta Unjuran Kunci Kira-kira.
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
13050 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 21
Drpd/of : 11
KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME
FB-100-4:2012-C02:ACCOUNTING
TAHAP / LEVEL SEMESTER 5
NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE
BAK 5014 FINANCIAL REPORT
NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT
1. MANAGE ACCOUNTS PAYABLE (AP)2. MANAGE ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)3. MANAGE UNCLAIMED MONEY4. REVIEW BANK RECONCILIATION5. REVIEW MONTH END FINANCIAL STATEMENT6. INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT7. PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
NO. KOD/CODE NUM. FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(3/3) Muka / Page : 1 Drpd/of : 3
TAJUK/TITLE : INCORPORATE BRANCH FINANCIAL STATEMENT
PREPARE MONTHLY MANAGEMENT REPORT (MMR)
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
13050 BUTTERWORTH
PULAU PINANG
KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID FB-100-4:2012-C02-BAK5014/KP(1/3) Muka / Page : 22
Drpd/of : 11