اااااااااا ااااااااااچ turun penerbitan/canangmei2020.pdf · sidang media...

11
1 Beta dan keluarga beta dengan perasaan amat mendalam mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri kepada semua kalangan rakyat dan penduduk di negara ini, semoga sekaliannya berada dalam sihat 'afiat dan sejahtera di bawah 'inayah dan perlindungan Allah Yang Maha Kaya. Dalam keadaan sekarang, dak ada yang lebih bermakna dari memupuk sifat sabar, kerana sabar itu adalah 'istana iman'. Orang yang sabar dikasihi oleh Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali 'Imran ayat 146, tafsirnya : "Dan (ingatlah), Allah itu senasa mengasihi orang-orang yang sabar." Di antara tanda-tanda sabar itu, kita senasa bersedia untuk mengikut atau mematuhi apa jua peraturan, dak seper di setengah tempat, orang melawan peraturan. Beta amat berbangga mempunyai rakyat yang senasa menghorma undang-undang dan peraturan, kerana dengan cara ini insyaa Allah, bangsa dan negara kita akan tetap beroleh keselamatan dan keamanan. Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar, Walillahil Hamd. MEI 2020 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنPekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena HARI RAYA IDIL FITRI 1441H/2020M HARI JUMAAT, 29 RAMADAN 1441 BERSAMAAN 23 MEI 2020 #teranahdirumah

Upload: others

Post on 08-Jul-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

1

Beta dan keluarga beta dengan perasaan amat mendalam mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri kepada semua kalangan rakyat dan penduduk di negara ini,

semoga sekaliannya berada dalam sihat 'afiat dan sejahtera di bawah 'inayah dan perlindungan Allah Yang Maha Kaya.

Dalam keadaan sekarang, tidak ada yang lebih bermakna dari memupuk sifat sabar, kerana sabar itu adalah 'istana iman'. Orang yang sabar dikasihi oleh Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali 'Imran ayat 146, tafsirnya :

"Dan (ingatlah), Allah itu sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."

Di antara tanda-tanda sabar itu, kita sentiasa bersedia untuk mengikut atau mematuhi apa jua peraturan, tidak seperti di setengah tempat, orang melawan peraturan.

Beta amat berbangga mempunyai rakyat yang sentiasa menghormati undang-undang dan peraturan, kerana dengan cara ini insyaa Allah, bangsa dan negara kita akan tetap beroleh keselamatan dan keamanan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

MEI 2020

C A N A N G چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Petikan Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

HARI RAYA ‘IDIL FITRI 1441H/2020M

HARI JUMAAT, 29 RAMADAN 1441 BERSAMAAN 23 MEI 2020

#teranahdirumah

Page 2: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

2

MAJLIS PENYERAHAN DERMA SUMBANGAN

ANAK-ANAK YATIM

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

menerima sumbangan derma bagi anak-anak yatim dari

Persatuan B Volks Aircoled Club .

Khamis, 14 Mei 2020

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN

KERAJAAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Sejumlah BND1,200.00 disumbangkan oleh Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui

peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada keluarga mangsa

kejadian kebakaran rumah kediaman di Kampung

Perpindahan Lambak Kanan pada 27 April 2020.

Sabtu, 2 Mei 2020

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN AGIHAN

PEK 'BRC COVID-19 HYGIENCE PACK'

Timbalan Ketua Pegawai Operasi BIBD, Awang Haji

Minorhadi bin Haji Mirhassan menyerahkan sumbangan

kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang

kemudiannya menyerahkan kepada Presiden Persatuan

Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD).

Sabtu, 16 Mei 2020

Bilik At-Taqwa,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Page 3: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

3

Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), BERAKAS, Jumaat, 1 Mei - Gerai Ramadan berkonsepkan Food Truck dan Trailer merupakan salah satu inisiatif bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Ianya diungkayahkan sebagai satu usaha Kerajaan bagi memastikan Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana berpeluang menjana pendapatan semasa negara masih lagi menghadapi dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Gerai yang mula beroperasi dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam sepanjang bulan Ramadan ini disertai oleh 14 peniaga berdaftar yang menyediakan khidmat jualan dalam talian (online). Penyerahan pesanan dilakukan secara pandu lalu bagi mendukung arahan kerajaan dan mematuhi langkah berjaga-jaga dengan memastikan penjarakan sosial dipraktikkan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Mei - Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin

Tabung Anak Yatim bermula hari ini sehingga 31 Julai 2020.

Projek tahunan tersebut diungkayahkan bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), DST Sendirian

Berhad dan Progresif Sendirian Berhad sejak 2005, dengan hasil kutipan yang diterima akan disumbangkan kepada Tabung Anak Yatim di bawah kendalian

JAPEM. Pada masa ini, jumlah keseluruhan anak yatim di seluruh negara yang berdaftar di bawah JAPEM ialah seramai 4,436 orang.

Taip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu 1, 5, 10, 20, 15, 50 atau 100.

Contoh: YATIM20 bagi derma berjumlah 20 dan dihantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif.

TSUT(Kemasyarakatan), KKBS, YM Dayang Saidah binti Haji Wahid mempengerusikan Sidang Media sempena Pelancaran SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak Yatim 1441h/2020M.

Foto

: Ak.

Mo

hd

Am

ino

l Ad

i Azr

aie

Pg.

Haj

i Nik

man

- P

ener

anga

n

GERAI RAMADAN FOOD TRUCK DAN TRAILER

SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN TABUNG ANAK YATIM

Page 4: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

4

Bandar Seri Begawan, Isnin, 4 Mei 2020- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei Muara; Jabatan Daerah Belait; Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyerahkan derma kepada anak-anak yatim di seluruh negara pada 4 Mei sehingga 5 Mei 2020, mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari melalui kaedah penyerahan secara pandu lalu (drive-through) di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Pusat-pusat pandu lalu bagi Daerah Brunei Muara diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas; bagi Dearah Tutong bertempat di Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong; bagi Daerah Belait bertempat di Dewan Persidangan Kuala Belait; dan bagi Daerah Temburong bertempat di Bangunan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong.

4,436 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN SELURUH NEGARA

SUMBANGAN PANDU LALU

Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Isnin, 11 Mei -

Persatuan Pemilik-pemilik Motosikal Harley Davidson Brunei Chapter (HOGB Chapter) hari ini

menyumbangkan barangan berupa keperluan asas dan harian bagi mereka yang memerlukan

melalui Safety Health and Environment National Authority (SHENA).

Sumbangan merupakan hasil kutipan daripada ahli-ahli HOGB Chapter yang bermula pada awal

hingga akhir April lalu, yang mana jumlah kutipan keseluruhannya adalah sebanyak BND500.

Sumbangan Pandu Lalu merupakan inisiatif yang diungkayahkan oleh Sukarelawan Belia Brunei

dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bagi meringankan

bebanan orang-orang yang memerlukan ketika berhadapan wabak COVID-19.

Hadir menerima sumbangan ialah Pengarah Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail.

Page 5: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

5

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN

PERLINDUNGAN PERIBADI (SCRUB)

Bilik Tamu, Tingkat 3, Kementerian Kesihatan, BERAKAS, Selasa, 19 Mei -

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin

Haji Jaafar menerima sumbangan skrub yang disampaikan oleh Penolong Pengarah

Pusat Pembangunan Belia, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh.

Inisiatif ini merupakan salah satu projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate

Social Responsibility - CSR) pusat berkenaan membantu pihak Kerajaan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam, khususnya pekerja barisan hadapan Kementerian Kesihatan

dalam sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19

di Negara Brunei Darussalam.

Bilik At-Taqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei - Pusat Warga Emas, Pusat Bahagia dan Rumah

Kebajikan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sebanyak 1,000 pek yang

mengandungi cairan gel pembasmi kuman dan sungkup muka pakai buang berserta nota kesihatan akan diedarkan kepada warga emas dan orang

berkeperluan khas. Pek-pek tersebut akan diedarkan kepada masyarakat sasaran di keempat-empat daerah oleh Sukarelawan Bulan Sabit Merah Negara

Brunei Darussalam menerusi cawangan daerah masing-masing sebagai salah satu inisiatif kesedaran kesihatan awam dalam sama-sama menangani pandemik

wabak COVID-19.

Sementara itu, 500 BRC COVID-19 Hygience Pack akan diserahkan

kepada Pengarah JAPEM untuk diagih-agihkan dengan bantuan

Sukarelawan BSMNBD kepada masyarakat sasaran di keempat

daerah yang terdiri daripada warga emas dan masyarakat yang

berkeperluan khas di negara ini.

Projek tersebut dianjurkan

bersempena dengan Sambutan Hari

Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Sedunia, yang diraikan setiap 8 Mei

setiap tahun.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN AGIHAN PEK 'BRC COVID-19 HYGIENCE PACK'

Menteri Kesihatan menerima sumbangan skrub dari Penolong

Pengarah Pusat Pembangunan Belia, Pusat Pembangunan Belia, KKBS.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Mei - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

(KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya sama-sama meraih peluang keberkatan dan

ganjaran pahala pada bulan Ramadan yang mubarak ini dengan mengadakan Majlis

Penyerahan Sumbangan Derma kepada 32 anak yatim warga Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1441H / 2020M.

Pada tahun ini, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 dan sebagai langkah

berjaga-jaga untuk melindungi kebajikan pihak-pihak yang terlibat, pengagihan derma

dilaksanakan melalui cara yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, iaitu dengan

berkonsepkan mengunjungi ke rumah-rumah kediaman anak-anak yatim.

Majlis tersebut merupakan antara aktiviti keagamaan yang diadakan sepanjang bulan

Ramadan dan dimuatkan dalam kalendar tahunan KKBS bagi menyantuni anak-anak yatim

warga kementerian yang pernah mencurahkan bakti, di samping mengeratkan

silaturahim dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KKBS.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KEPADA 32 ANAK YATIM WARGA KKBS

TSUT (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B)

Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said

menyampaikan sumbangan derma..

SUT, KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran

Haji Ali Hassan menyampaikan sumbangan derma.

SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS,

Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji

Mahmud menyampaikan sumbangan derma.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B)

Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok

Dato Seri Paduka Haji Abidin menyampaikan sumbangan derma.

Foto: Mohd. Zul-Izzi HajiDuraman - Penerangan

Page 6: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

6

Kawasan Letak Kereta VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah BERAKAS, Khamis, 21 Mei - Seramai 175 pelajar dan pelatih dari Pusat Bahagia, Brunei dan

Muara menerima sampul serta hadiah berupa 'Goodie Bags' pada Majlis Sumbangan Hari Raya yang oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)

melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan tajaan dari Syarikat Galleria YMRM.

Majlis ini merupakan acara tahunan KKBS bersama Syarikat Galleria YMRM sejak tahun 2016 yang lalu di mana iabertujuan untuk mengeratkan silaturahim di

antara pelajar dan pelatih bersama pegawai serta tenaga kerja Pusat Bahagia dengan beberapa

rakan strategik.

Majlis antara lainnya diharapkan untuk diteruskan pada masa akan datang kerana ia dilihat

dapat menyumbang kepada keceriaan dan kegembiraan

kepada pelajar-pelajar dan para pelatih OKU dalam

menyambut bulan Ramadan dan persediaan Hari Raya

yang bakal menjelang.

Majlis ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan

golongan OKU untuk berhadapan dengan masyarakat

bahkan juga dapat meningkatkan keterlibatan mereka di

dalam masyarakat.

175 PELAJAR, PELATIH PUSAT BAHAGIA TERIMA SUMBANGAN

Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, Sabtu, 23 Mei - Seramai sembilan atlet, dua

jurulatih dan tiga orang penolong jurulatih serta dua persatuan sukan kebangsaan telah menerima Ganjaran

Kemenangan SPKS.

Penerima-penerima ini adalah atlet-atlet dari sukan wushu iaitu dari Persatuan Persekutuan Wushu Negara

Brunei Darussalam yang berjaya dan meraih pingat pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 (10th Asian

Junior Wushu Championship), di Bandar Seri Begawan pada 16 hingga 24 Ogos 2019 dan Kejohanan World

Master Art Mastership 2019 Ke-2 di ChungJu, Korea pada 27 Ogos 2019 serta atlet pencak silat iaitu dari

Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, yang berjaya meraih pingat pada Kejohanan

Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Ke-11, Tahun 2019 pada 17 hingga 25 Julai 2019.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian Ganjaran Kemenangan SPKS.

TSUT (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji

Maiddin bin Pengiran Haji Said hadir menyampaikan sumbangan.

GANJARAN KEMENANGAN SPKS

Page 7: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

7

Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mei - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ingin memaklumkan

kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang diambil berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan berikutan perkembangan terkini wabak COVID-19

dalam dua perkara:

1. LANGKAH DE-ESCALATION BERPERINGKAT-PERINGKAT BERIKUTAN PERKEMBANGAN TERKINI WABAK COVID-19 BERMULA 16 MEI 2020

Fasa Pertama Pembukaan Semula Pusat-Pusat Dan Fasiliti Sukan Di Seluruh Negara (ataupun Operational Readiness Level 1) bagi 4 jenis pusat dan fasiliti

sukan bermula pada hari Sabtu, 16 Mei 2020 iaitu:

Gym dan Fitness Centres; Fasiliti Sukan Tertutup (indoor); Fasiliti Sukan Luar (outdoor); Padang Golf. **[Kolam-Kolam Renang masih ditutup buat masa ini]

Di bawah Operational Readiness Level 1, fasiliti bagi 4 jenis pusat dan fasiliti sukan akan beroperasi secara terhad dengan berlandaskan kepada Syarat-syarat

dan Garispandu yang telah dipersetujui bersama Kementerian Kesihatan seperti berikut:

a. Gym dan Fitness centres

Dibenarkan beroperasi semula dengan 30% kapasiti sahaja dalam satu masa;

Fasiliti tersebut hanya dibukakan kepada ahli-ahli yang berdaftar sahaja dan para pengguna hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking);

Dibenarkan untuk menggunakan fasiliti tersebut untuk satu jam.

b. Fasiliti Sukan Tertutup (indoor) dan 3) Fasiliti Sukan Luar (outdoor)

Dibenarkan untuk beroperasi semula dengan 30% kapasiti sahaja dalam satu masa;

Pengguna fasilti hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking) dan penggunaan

hanyalah bagi sukan persendirian (solo player);

Organised sports, sukan berpasukan dan sukan yang melibatkan kontak (contact activity) adalah tidak dibenarkan.

Para pengguna hendaklah membawa peralatan sukan sendiri dimana perkongsian peralatan tersebut adalah tidak dibenarkan.

c. Padang Golf

Hanya dibukakan kepada ahli-ahli yang berdaftar sahaja dimana pengguna juga hendaklah mendaftar secara advanced (pre-booking);

Setiap flight adalah dihadkan kepada 2 pemain sahaja dan kenderaan Buggy hanya boleh menampung seorang pengguna pada satu masa;

Para pengguna juga hendaklah membawa dan menggunakan peralatan sukan sendiri.

Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan kepada para pemilik dan pengguna fasiliti untuk memuat turun aplikasi BruHealth untuk tujuan pendaftaran kod QR. Diingatkan bahawa garispandu disediakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, hendaklahlah terus dipraktikkan, antaralain, dengan sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial, memastikan penjarakkan fizikal (physical distancing), dan memastikan kebersihan diri, peralatan dan persekitaran fasiliti pada setiap masa.

2. PERKEMBANGAN KESUKARELAWANAN BAGI MEMBANTU MENANGANI WABAK COVID-19

Alhamdulillah, sukacita mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada kepada para sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga mereka yang amat bernilai dari awal hingga sekarang.

Setakat ini, seramai 1,247 individu telah berdaftar dibawah inisiatif Sukarelawan Belia, dan telah diberikan tugasan masing-masing di beberapa

tempat berpandukan tugasan daripada Kementerian Kesihatan dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dimana kira-kira 150 sukarelawan belia diaturgerakkan untuk melaksanakan tugas sepenuh masa pada setiap hari.

Inisiatif Pandu Lalu Bulan Ramadhan di kawasan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah yang dikendalikan oleh para

sukarelawan dan pihak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan setakat ini hasil sumbangan orang ramai telah berjaya mengumpulkan lebih 35,000 barangan asasi yang mana telah dihulurkan sehingga kini kepada 1,811 keluarga di keempat-empat Daerah. Hasrat kita adalah untuk mencapai sasaran pemberian kepada lebih 2,000 keluarga yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kesempatan ini, tidak lupa diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih jua khusus kepada para belia dan para sukarelawan serta dermawan yang telah mengungkayahkan penghasilan Personal Protective Equipment termasuk ribuan face shields, face masks dan scrubs yang sangat diperlukan oleh pihak frontliners pada masa ini. Sekian disampaikan, didoakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan sentiasa memberikan kita kerahmatan dan kekuatan khususnya dalam bulan Ramadhan yang suci ini.

PERKEMBANGAN TERKINI WABAK COVID-19 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan,

hadir di sidang media bagi menjelaskan permulaan proses

'de-escalation' bagi pembukaan semula pusat dan fasiliti sukan

secara berfasa-fasa dan kesukarelawanan.

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan

Page 8: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

8

5 Mei, Brunei Telah mengesahkan satu kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes aktif kepada 139.

6 Mei - Dua kes yang berkaitan telah dikesan menjadikan jumlah kes jangkitan kepada 141.

27 Mei - Brunei telah mengesahkan kematian kedua, (kes ke– 94)

29 Mei - Masjid mula dibuka untuk Sembahyang Fardhu Jumaat setelah penutupan sejak 16 Mac.

GARISMASA JANGKITAN WABAK COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Page 9: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

9

Foto: Haji Ariffin - Penerangan

Foto: GreenBrunei

Page 10: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

10

SESI PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH BAGI WARGA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BAGI 1441H/2020M,

DEWAN CITRA BUDAYA, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

Dewan Citra Budaya, KKBS BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mei - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kumpulan Belia-belia Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Khatam yang dilaksanakan secara berasingan di pejabat dan tempat masing-masing, bagi menandakan selesainya bacaan 30 Juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadan dan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran .

MAJLIS KHATAM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN (KKBS) DAN KUMPULAN BELIA-BELIA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1441H/2020M

Page 11: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangMei2020.pdf · SIDANG MEDIA MAJLIS PELAN ARAN SMS RUNEI PRIHATIN TAUNG ANAK YATIM . 4 andar Seri egawan, ... rakan

11

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.