( (t06-01-01-le2-is2a - ahm80.files. · pdf fileinstitut latihan jabatan tenaga ... adalah...

16
32 ( (T06-01-01-LE2-IS2a) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1) No. DAN TAJUK MODUL M01 - APLIKASI KOMPUTER No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL LE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET LE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION LE7 - USE DATABASE APPLICATION OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :- 1. UNDERSTOOD CLEARLY. 2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING TO REQUIREMENT. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN

Upload: buihuong

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

32

( (T06-01-01-LE2-IS2a)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL M01 - APLIKASI KOMPUTER

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERALLE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNETLE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEMLE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATIONLE5 - USE SPREADSHEET APPLICATIONLE6 - USE PRESENTATION APPLICATIONLE7 - USE DATABASE APPLICATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN

IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :-

1. UNDERSTOOD CLEARLY.2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING

TO REQUIREMENT.

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

Page 2: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

33

ISI KANDUNGAN

LE1 – IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL

TASK 01.00 Inroduction To Computers TASK 02.00 Computer System And Architecture

LE2 – IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET

TASK 03.00 Networking concepts TASK 04.00 Internet

LE3 – UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM

TASK 05.00 Window Operation And Command

LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION

TASK 06.00 Word Processing

LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION

TASK 07.00 Spreadsheet

LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION

TASK 08.00 Presentation

LE7 - USE DATABASEAPPLICATION

TASK 09.00 Database

Page 3: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

34

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 2 – Identify The Concept Of Networking Of Networking And Internet

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 03.00 - Networking concepts

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 1 drp. 14

TAJUK: KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER (COMPUTER NETWORK) TUJUAN:

Kertas penerangan ini membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti dan memahami jenis-jenis rangkaian komputer utama, fungsi dan ciri-ciri setiap rangkaian tersebut. Selain itu, kertas penerangan ini juga membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti topologi dan jenis-jenis kabel yang biasa digunakan dalam rangkaian komputer.

PENERANGAN:

Teknologi rangkaian komputer merupakan teknologi yang amat cepat berkembang. Sebaik sahaja rangkaian komputer diperkenalkan, ramai manusia yang cuba menggunakannya. Kini rangkaian menjadi sebahagian daripada kemudahan infrastruktur bagi kita. Rangkaian banyak digunakan untuk urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakaunan dan urusan pentadbiran.Melalui rangkaian juga wujud teknologi-teknologi baru dan peluang pekerjaan yang baru. Terdapat 3 jenis rangkaian yang utama yang perlu diketahui iaitu:

i. Rangkaian kawasan setempat (LAN)

ii. Rangkaian kawasan metropolitan (MAN)

iii. Rangkaian kawasan Luas (WAN)

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yangmeliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Page 4: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

35

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 2 drp. 14

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam sistem rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server). Server biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (Compactr Disc). Server juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, server juga wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam system rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada server dikelani sebagai stesen kerja (workstation). Workstation tidak semestinya berkuasa tinggi seperti server. Namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat server dikenali sebagai pelanggan atau client. Pencetak juga boleh disambungkan kepada rangkaian supaya boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakanya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatanya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatanya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.

Ciri-ciri LAN

LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km Menghantar data lebih kurang 10 mbps – 100 mbps Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun

pejabat. Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS

Page 5: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

36

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka: 3 drp. 14

RANGAKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Rangkaian kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

Perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN di sini dikenali sebagai ‘The MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial dan alat perhubungan tanpa tali (wireless communication prviders).

Ciri-ciri MAN

MAN selalanya mempunyai kurang dari 50 km Gabungan LAN Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN Menghubungkan bandar ataupun metropolis-metropolis

1 2 3 N

Bus A

Bus B

Head End

Direction of flow on bus

Direction of flow on

komputer

Page 6: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

37

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka: 4 drp. 14

WAN (Wide Area Network)

Hubungan di antara LAN dengan LAN Boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara. Mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin ini dinamakan hosts. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu host ke satu host. Kebanyakan WAN mengandungi dua komponen iaitu laluan penghantaran (transmission line) dan

elemen pensuisan (switching element) Laluan penghantaran juga disebut trunks, saluran (channels) atau litar (circuits) yang digunakan untuk

memindahkan bit-bit di antara mesin-mesin. Elemen pensuisan merupakan komputer khusus yang digunakan untuk menghubungkan di antara dua

atau lebih laluan penghantaran. Apabila data tiba di laluan masuk (incoming line), elemen pensuisan akan memilih laluan keluar

(outgoing line) untuk meneruskan proses penghantaran data. Beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan proses tersebut ialah Nod Pensuisan

Paket (Packet Switching Nodes), Antara Sistem (Intermediate System) dan Data Switching Exchanges Satu lagi term yang digunakan ialah router. Router ialah sejenis komputer pensuisan (switching

computer). Host akan dihubungkan kepada LAN melalui router. Dalam sesetengah keadaan host boleh berhubung secara terus kepada router. Tugas router ialah menapis paket-paket yang diterimanya dan menghalakan mana-mana data yang tidak diperlukan.

Oleh itu, subnet ialah koleksi router dan laluan komunikasi (communication line) yang memindahkan paket-paket dari satu host ke satu host.

Store and forward subnet ialah term yang digunakan untuk menerangkan bahawa apabila paket data diterima oleh router, router akan simpan data tersebut sehingga ada laluan keluar yang kosong.

LAN

LANLAN

LAN

Router

Page 7: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

38

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 5 drp. 14

TEKNOLOGI LAN DAN TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi ialah cara penyambungan fizikal bagi sistem rangkaian Selain itu, ia juga boleh didefinasikan sebagai struktur laluan dan suis yang menyediakan hubungan komunikasi di antara nod di dalam rangkaian. Topologi LAN juga membezakan ia dengan rangkaian yang lain. Setiap topologi mempunyai struktur sistem pengkabelannya yang tersendiri. Terdapat 2 jenis sambungan yang membolehkan lebih sumber berinteraksi. Ia adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point connections. Point-to-point connectios menyediakan penyambungan berterusan diantara dua buah sumber. Contohnya penyambungan terus 2 buah komputer. Multi-point-connections menyediakan perkhidmatan 3 atau lebih sumber didalam sesuatu sistem jaringan tersebut.

Terdapat 4 jenis topologi yang utama iaitu;

Bus Topologi Star Topologi Ring Topologi Hybrid Topologi

a. Bus Topologi

Bus Topology menggunakan satu kabel panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi pada semua komputer yang berada didalam sistem rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kebaikan Bus topologi

1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer untuk peripheral kepada sesebuah topologi Linear Bus2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.

Kekurangan Bus topologi

1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi

2. Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut3. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan system rangkaian itu gagal

berfungsi4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah

bangunan yang besar.

Kabel (Bus)

ServerKomputer

Terminator

Terminator

Printer

Page 8: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

39

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 6 drp. 14

b. Star Topologi

Star topologi menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Apabila satu sumber mengalami kerosakan, ia tidak menjejaskan topologi jenis star.

Gambarajah Star Topology

Kebaikan topologi bintang

1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila satu daripada sumber dialih3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang

rosak

Kekurangan topologi bintang

1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologibas.2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos

concentrators yang agak mahal.4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa

pengkomputeran.

HUB

Page 9: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

40

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 7 drp. 14

c. Ring Topologi

Ring Topologi memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukkan yang ia telah menerima mesej tersebut.

Kebaikan topologi ring

1. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.

2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring)3. Mudah mengesan kecacatan, kesilapan peralatan dan mengasingkan perkakasan berkenaan.

Kekurangan topologi ring

1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

Penyambungan dari satu komputer

ke satu komputer yang lain.

Gambarajah Topologi Gelang (Ring)

Page 10: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

41

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 8 drp. 14

Hybrid topologi

Hybrid topologi adalah satu penyatuan.

Sistem Pengkabelan Berstruktur

Pada keadaan yang sebenar pengurus rangkaian memerlukan pelan pengkabelan untuk memilih kabel dan susun atur kabel yang sesuai di dalam sesbuah bangunan.

Pelan ini hendaklah mudah untuk dilaksanakan dan diubah untuk kegunaan masa akan datang. Dengan itu, wujudnya Piawaian Pengkabelan (Cabling Standards) untuk menentukan jenis

pengkabelan dan susun atur yang perlu bagi pelan tersebut. Piawai ini dikenali sebagai Sistem Pengkabelan Berstruktur (Structure Cabling Systems). Sistem ini mengandungi skema dengan ciri-ciri yang tertentu iaitu :

I. Skema yang merujuk kepada pemasangan wayar (wire) di antara bangunan komersil.II. Skop pengkabelan yang menyokong semua jenis penghantaran maklumat termasuklah bunyi,

video dan imej.III. Susun atur dan pemilihan kabel tidak bergantung kepada pengeluar dan pengguna akhir.IV. Susun atur adalah direkabentuk supaya ia dapat diagihkan kepada semua kawasan kerja di

dalam sesebuah bangunan tanpa memerlukan perubahan tempat peralatan tetapi peralatan tersebut boleh dipasang dengan mudah di tempat yang sedia ada.

Satu kelebihan piawai ini ialah menyediakan petunjuk untuk pemasangan kabel di bangunan yang baru dan tidak memerlukan perubahan di masa yang akan datang.

Di antara piawai yang biasa digunakan ialah EIA/TIA-568 dan ISO 11801. Pemasangan kabel di paras yang sama dipanggil pengkabelan mendatar (horizontal cabling) Jarak maksimum bagi pengkabelan mendatar ialah 90 meter dan tidak bergantung kepada jenis

media. Jika sesuatu paras melibatkan kawasan yang luas backbone cable perlu digunakan. Jarak backbone cable ialah di antara 90 hingga 3000m bergantung kepada jenis kabel.

Page 11: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

42

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 9 drp. 14

Ciri-ciri Penghantaran Media dan Topologi untuk LAN1) Ring Topologi

Transmission Medium Data Rate (Mbps) Repeater Spacing (km)

Number of Stations

Unshielded Twisted Pair (UTP) 4 0.1 70Shielded Twisted Pair (STP) 16 0.3 250

Baseband Coaxial Cable 16 1.0 250Fiber Optic Cable 100 2.0 250

Wireless 100 0.1 10’s

2) Bus / Tree TopologiTransmission Medium Data Rate (Mbps) Range (km) Number of Stations

Unshielded Twisted Pair (UTP) 1 <2 10’sShielded Twisted Pair (STP) 10; 50 with limitation <3 / <1 100’s / 10’s

Baseband Coaxial Cable 50; 20 per channel <30 100s – 1000’sFiber Optic Cable 45 <150 500

Wireless 10 <1 10’s

3) Star TopologiTransmission Medium Data Rate (Mbps) Repeater Spacing

(km)Number of Stations

Unshielded Twisted Pair (UTP) 10 - 100 0.1 70Shielded Twisted Pair (STP) 10 - 100 0.3 250

Baseband Coaxial Cable 16 1.0 250Fiber Optic Cable 100 - 1000 1.0 250

Wireless 100 0.1 10’s

External cable

Telecommunication

Closet / equipment rack

Horizontal Cable

Backbone cable

Page 12: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

43

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 10 drp. 14

JENIS-JENIS KABEL NETWORK

Kabel adalah pengantara bagi pergerakan data dari satu peralatan network ke satu peralatan network yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan dengan LAN. Untuk sesetengah kes, network hanya menggunakan satu jenis kabel tetapi kebanyakan network menggunakan pelbagai jenis kabel. Jenis kabel yang dipilih untuk network adalah bergantung pada topologi, protokol dan saiz yang digunakan. Memahami ciri-ciri pelbagai jenis kabel dan bagaimana ia berhubung kait dengan network amat penting untuk membina rangkaian network yang baik.

Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable

Terdapat dua jenis Twisted pair iaitu Shielded dan Unshielded. Unshielded Twisted Pair (UTP) lebih kerap digunakan dan merupakan pilihan yang baik untuk network di sekolah. Lihat Rajah 1

Rajah 1

Ciri-Ciri Twisted Pair Cable

o Digunakan untuk Token Ring ( 4 atau 16 MBps), 10 BaseT(Ethernet 10 MBps), 100BaseT(100Mbps)o Murah o Senang untuk diputuskan/ditamatkan (terminated)- Crimp connector yang sesuai digunakan.o UTP selalunya telah dipasang didalam bangunan.o UTP menghadkan kelajuan dan jarak pada kadar tertentu.

Kategori Unshielded Twisted Pair

Jenis Kegunaan

Category 1 Wire Telefon (Suara sahaja)

Category 2 Data sehingga 4 Mbps (Local Talk)

Category 3 Data sehingga 10 Mbps (Ethernet)

Category 4 Data sehingga 20 Mbps (i6 Mbps Token Ring)

Category 5 Data sehingga 100 Mbps (Fast Ethernet)

Perbezaan di antara kategori-kategori di atas ialah dari segi pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar. Pintalan yang ketat berfungsi menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi. Jika kita menggunakan 10Mbps Ethernet network dan menimbangkan kos yang akan digunakan, penggunaan Category 3 adalah lebih baik daripada Category 5 tetapi kabel UTP Category 5 memberi lebih ruang untuk mengembangkan network pada masa hadapan. Kedua-dua kategori ini mempunyai jarak maksimum – maximum length is 100 meters.

Page 13: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

44

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 11 drp. 14

Unshielded Twisted Pair Connector

Standard connector yang digunakan untuk unshielded twisted pair cabling adalah RJ-45 connector. Plastik connector ini kelihatan seperti connector telefon yang besar. Lihat Rajah 2. Slot connector ini hanya membenarkan RJ-45 dimasukkan pada satu arah sahaja. RJ adalah ringkasan pada Registered Jack.

Rajah 2

UTP Cable RJ45 Connector untuk UTP Cable

Penyambung Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP Connector)Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal (UTP Connector) ialah RJ-45 Connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon yang besar. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungan dari hanya satu hala (sisi) sahaja (lihat rajah di atas).

Shielded Twisted Pair (STP) Cable

Keburukan atau kekurangan penggunaan UTP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan elektrikal interference. STP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk network yang menggunakan Token Ring Topology.

Coaxial Cable

Coaxial cable mempunyai single copper conductor ditengah-tengahnya. Lapisan plastik menjadi penebat diantara center conductor dengan braided metel shield. ( lihat rajah 3) Metal shield menyekat gangguan luar seperti cahaya fluorescent, motor dan komputer lain.

Rajah 3

Page 14: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

45

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 12 drp. 14

Kaedah pemasangan menggunakan coaxial cable agak sukar tetapi ia mampu menghalang gangguan signal dari luar. Ia berkeupayaan menyambungkan peralatan network dengan lebih jauh berbanding dengan penggunaan twisted pair cable. Terdapat dua jenis coaxial cable iaitu coaxial tebal (thin coaxial) dan coaxial nipis (thin coaxial).

Thin coaxcial juga dipanggil sebagai thinnet. 10Base2 adalah spesifikasi yang digunakan. Angka 2 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segment yang boleh dibawanya iaitu 200 meters, tetapi nilai maksimum yang sebenar hanyalah sejauh 185 meters.

Thick coaxial juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 adalah spesifikasi yang digunakan. Angka 5 dirujuk sebagai nilai maksimum jauh segment yang boleh dibawanya iaitu 500 meter. Thick coaxial adalah pilihan yang boleh digunakan untuk menjalankan network pada jarak yang lebih jauh. Antara keburukan thick coaxial ialah sukar untuk dipasang kerana ia sukar dibengkokkan.

Antara ciri-ciri lain coaxial.

- Membawa kapasiti medium- Ethernet system (10Mbps)- Agak baik berbanding dengan UTP- Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated)- Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan.

Coaxial Cable Connector

Antara jenis connector yang sering digunakan ialah Bayone-Neill-Concelman atau BNC connector. Terdapat pelbagai jenis adapter yang digunakan bersama-sama dengan BNC connector seperti T-Connector, Barrel Connector dan terminator. Penyambung atau connector adalah bahagian yang paling lemah di dalam network, oleh itu penggunaan connector yang menggunakan crimp adalah lebih baik berbanding dengan connector yang menggunakan screw.

BNC Connector T – Connector

Fiber Optic Cable

Fiber optic cable terdiri daripada glass core dikelilingi oleh beberapa lapisan protective material. Lihat rajah 5, ia menggunakan signal cahaya untuk penghantaran data dan ini akan mengurangan gangguan luar yang disebabkan oleh elektrik. Ia sesuai digunakan untuk persekitaran yang dipenuhi dengan peralatan elektrik.

Fiber optik cabel berkeupayaan untuk penghantaran data dan kelajuan yang jauh lebih baik. Pemasangan dan mengubah suai Fiber optic kabel ini agak sukar dan menelan perbelanjaan yang banyak. 10BaseF adalah spesifikasi yang digunakan untuk Fiber Optik Cabel.

Antara ciri-ciri fiber optic cable:

- Insulating jacket luarannya diperbuat daripada Teflon atau PVC- Kevlar fiber membantu menguatkan lagi kabel dan menghalang daripada kabel pecah.- Kabel disalut plastik sebagai cushion untuk tengah fiber.

Page 15: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

46

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 13 drp. 14

Bahagian tengah (core) diperbuat daripa glass atau plastik fibers

Rajah 5

Terdapat 2 jenis fiber optik kabel, ia adalah :-1. Signal Mode Fiber Optic Cabel - membawa single wavelength dari signal cahaya yang selalunya

dihasilkan oleh pancaran laser yang digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang jauh untuk high bandwidth.

2. Multimode Fiber Optic Cable – membawa multiple wavelength dari signal cahaya yang dihasilkan oleh Light emitting diode (LED) untuk high bandwidth, digunakan untuk membawa informasi pada jarak yang dekat dan pertengahan.

Penyambung Fiber Optik KabelPenyambung yang lazim digunakan dengan kabel fiber optik ialah penyambung ST. Ia berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung BNC. Satu lagi penyambung yang baru diperkenalkan ialah SC dan kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama dan lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.

Kesimpulan

Spesifikasi Jenis Kabel Panjang Maksimum

10BaseT UTP 100 meter

10Base2 Thin Coaxial 185 meter

10Base5 Thick Coaxial 500meter

10baseF Fiber Optik 2000 meter

Transmisi (penghantaran) tanpa kabel

Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan transmisi atau penghantaran tanpa kabel. Penghantaran cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja dan fail pelayan yang mempunyai rangkaian tanpa kabel biasanya satu penghantar isyarat atau antenna bagi membolehkan data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh, komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit. Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN. Rangkaian tanpa kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan. Transmisi tanpa kabel begini ada juga kekuranganya. Kos tinggi, keselamatan tidak begitu meyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.

Page 16: ( (T06-01-01-LE2-IS2a - ahm80.files. · PDF fileINSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA ... adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point ... I. Skema yang merujuk kepada pemasangan

47

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a Muka : 14 drp. 14

SOALAN :

1. Apakah ciri-ciri yang ada pada:-a. LAN

b. MAN

c. WAN

2. Terangkan tentang LAN

3. Apakah topologi yang digunakan untuk sistem rangakain LAN?

4. Senaraikan 4 topologi di dalam system rangkaian?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

5. Senaraikan kelebihan STAR topologi?

_____________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

RUJUKAN:1. Karl Bodensohn - Nota Types of Network Cables –2. http://basil.acs.bolton.ac.uk/~EJK1/LCT2/revhelp.htm