丁基兰中华小学 sjk(c) chung hwa tenghilan
DESCRIPTION
丁基兰中华小学 SJK(C) Chung Hwa Tenghilan. VISI. SJK (C) Chung Hwa Tenghilan menjadi cemerlang 2013. MISI. Pentadbiran sekolah diuruskan dengan sistematik dan berkesan . - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
丁基兰中华小学SJK(C) Chung Hwa Tenghilan
VISI
SJK (C) Chung Hwa Tenghilan
menjadi cemerlang
2013
MISI Pentadbiran sekolah diuruskan dengan
sistematik dan berkesan. Kurikulum, ko-kurikulum dan HEM
sekolah dilaksanakan melalui penggemblengan segala sumber secara optimum dan sistematik.
Mengusahakan dan meningkatkan keceriaan dan suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Membentukkan sikap positif, bertanggungjawab, berdaya saing dan berwawasan di kalangan staf dan murid.
PIAGAM PELANGGAN
Kami guru-guru dan staf bukan mengajar berjanji dan berikrar akan berusaha sedaya upaya kami untuk melaksanakan atau mencapai perkara-perkara seperti yang berikut:
Datang ke pejabat selewat-lewatnya 5 minit sebelum masa kerja.
Semua pelawat dan ibu bapa ke pejabat dilayan dengan sopan santun, mesra dan segera.
PIAGAM PELANGGAN (samb)
Semua murid sekolah dididik dengan kasih sayang dan penuh dedikasi tanpa mengira kaum, jantina dan bangsa.
Menerima, meneliti dan memproses serta memberi respon dengan kadar segera bagi setiap pekeliling atau arahan dari pihak atasan.
PIAGAM PELANGGAN (samb)
Memberi dan menerima teguran atau nasihat yang membina dengan hati terbuka demi memberi perkhidmatan yang lebih bermutu.
Memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak atasan dan ibu bapa.
Bersifat amanah dengan hak-hak sekolah.
LENCANA SEKOLAH
1. Warna Merah melambangkan keberanian dan semangat menghadapi cabaran.
2. Warna Kuning melambangkan taat setia kepada raja dan negara.
3. Warna Biru melambangkan semangat kerjasama.4. Warna Hijau melambangkan sikap cintai alam sekitar
sekolah.5. Buku melambangkan gedung ilmu di mana sekolah
merupakan asas kepada segala gedung ilmu.6. Topi dan Sijil melambangkan kejayaan dalam akademik dan
kokurikulum serta berakhlak mulia.
BENDERA SEKOLAH
MOTO
“Keinginan Asas Kejayaan”
CARTA ORGANISASI 2011
OPEN
Pengerusi LembagaPengurusan Sekolah
En. William Chin Tai Fook
Pengerusi PIBGEn.Raymond Karau
Guru BesarPn. Ng Li King @
Goh Li King
Penolong Kanan Ko-kum
Puan Jocelin Chang Nyuk Ching
Penolong Kanan HEM
Cik Leong Wai Ting
Penolong Kanan ICik Voo Shu Ling
BILANGAN GURU 2011
Gred Guru Bilangan Guru Jumlah Guru
Lelaki Perempuan
DG 41 0 2 2
DC 41 0 1 1
DGA 32 2 1 3
DGA 29 0 3 3
DB 17 0 4 4
JUMLAH 2 11 13
SEJARAH SEKOLAHTahun Perkara / perkembangan
1959
SJK (C) Chung Hwa Tenghilan adalah sebuah sekolah luar bandar.
Letaknya di antara Pekan Tuaran dan Kota Belud ( kira-kira 20km dari Pekan Tuaran dan Kota Belud).
1980
disebabkan masalah kewangan, kekurangan guru Bahasa Cina serta kekurangan kemudahan asas. Sekolah ini terpaksa ditukar menjadi
Sekolah Kebangsaan ( S.K )
1987
atas inisiatif masyarakat setempat yang berketurunan Cina, Guru Besar ( Cikgu Asing Singki ) serta guru-guru pada masa itu telah menukar sekolah ini kembali menjadi SJK (C) semula.
1993
sekolah ini telah berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM100,000.00 daripada Kerajaan Negeri untuk membina satu blok rumah guru ( 2 unit ).
Melebihi 90% daripada murid sekolah ini adalah terdiri daripada kaum bumiputera yang kebanyakannya lahir dari keluarga petani yang miskin. Keadaan ini telah memberi kesan yang tidak memberangsangkan terhadap pengajaran dan pembelajaran terutama sekali dari segi penguasaan dalam Bahasa Cina
Tahun Perkara / perkembangan
1995
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian bantuan modal sebanyak RM400,000.00.
2000
Bangunan baru sekolah ini telah siap dibina . Sekolah masih menghadapi masalah kekurangan Guru Bahasa Cina,
kekurangan kemudahan asas dan peralatan seperti makmal Sains, bilik Pusat Sumber, bengkel Kemahiran Hidup, stor SPBT, stor PJK, dewan sekolah dan stor peralatan kebun.
Bilangan murid sekolah ini juga semakin berkurangan disebabkan masalah kekurangan kemudahan dan peralatan asas serta guru yang menguasai Bahasa Cina.
2003
pihak sekolah di bawa pimpinan Guru Besar , Pn. Lee Hie Chai telah mengadakan larian jogathon sekolah dan kutipan tersebut telah digunakan untuk menimbus tanah sawah seluas satu setengah ‘ekar’ untuk dijadikan padang sekolah.
Tempat letak kereta telah dibina untuk kegunaan staf. Pembinaan pagar mengelilingi kawasan sekolah telah pun dibuat dengan bantuan kewangan daripada YB Edward Lingu.
sebuah bilik darjah telah digunakan menjadi bilik AVR dan juga bilik untuk menyimpan peralatan PPSMI dan komputer sekolah.
sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi dua bilik darjah bercantum.
Tahun Perkara / perkembangan
2004 sekolah telah mendapat bantuan modal sebanyak RM 50,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Bantuan modal tersebut telah digunakan untuk membina tandas-tandas guru dan murid.
bantuan tersebut juga digunakan untuk membuat satu laluan dari pintu pagar sekolah ke Pusat Sumber, kantin, tandas dan tadika sekolah.
Laluan tersebut telah diluaskan lagi menjadi sebuah gelanggang bola keranjang untuk kegunaan murid sekolah.
2005 Kementerian Pendidikan telah memberikan peruntukan dengan menghulurkan bantuan kewangan kecemasan bagi membaiki bangunan sekolah yang lama.
kantin sekolah dan makmal Sains telah siap dibaiki . Pada hujung tahun 2005, bangunan papan terlama itu telah diisytiharkan
sebagai bangunan merbahaya dan tidak boleh diduduki lagi oleh JKR Tuaran.
pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan dengan memisahkan sebuah bilik darjah lagi yang sedia ada untuk menjadi dua buah bilik darjah yang sangat kecil serta sempit untuk proses pengajaran & pembelajaran sekolah dijalankan.
Kementerian telah meluluskan pembukaan Prasekolah SJKC Chung Hwa Tenghilan akhir 2005.
Tahun Perkara / perkembangan
2006 Prasekolah mula beroperasi awal tahun 2006. murid Prasekolah yang berdaftar adalah seramai 28 orang. jalan raya menuju ke sekolah telah diperbaiki dan dinaik taraf ke
jalan bersimen. Projek ini adalah menggunakan peruntukan daripada Jabatan
Pembangunan Persekutuan Sabah di bawah Projek Infrastuktur Asas Luar Bandar yang telah diluluskan oleh Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah Merangkap ADUN N9 Tamparuli, YB Jahid Jahim.
2007 prasekolah telah diberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dengan peruntukan yang diberi, sebuah stor P&P, sebuah pondok rehat, satu laluan berbumbung yang menyambungkan prasekolah ke sekolah rendah telah pun dibina bagi menambah kemudahan di prasekolah.
sekolah rendah juga telah diberi bantuan modal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 70,000.00.
Rm20,000.00 telah digunakan untuk pembaikan dan mengecat bumbung-bumbung dan dinding-dinding bangunan sekolah
RM 50,000.00 yang lain telah digunakan untuk membina sebuah ruang serbaguna berbumbung di depan bangunan sekolah.
Tahun Perkara / perkembangan
2007(samb)
pihak sekolah juga mendapat derma komputer daripada YB dan kedua-dua
pemimpin masyarakat seperti berikut:-
a. YB. Datuk Penglima Wilfred Bumboring : 2 buah komputer
b. YB. Datuk Jahid Jahim: : 2 buah komputer
c. Datuk Peter Chong : 1 buah komputer
d. En. Wee : 1 buah komputer
2008 pihak sekolah juga telah diberi bantuan modal kerajaan persekolahan sebanyak RM220,000.00 dalam bentuk gerain untuk membina 1 blok bangunan 1 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah.
Bangunan tersebut telah siap dibina pada hujung tahun 2008.
2009 Sekolah pertama kali mempunyai cukup bilik darjah untuk kelas tahun 1 ke tahun 6.
Sekolah mempunyai bilik komputer yang lengkap dan berhawa dingin. Sekolah mempunyai bilik AVR yang lengkap dan berhawa dingin. Bilangan guru sekolah ditambah dari 8 orang guru ke 13 orang guru
mengikut norma baru.
Tahun Perkara / perkembangan
2009(samb)
Pada bulan 2, pihak sekolah telah menerima bantuan modal kerajaan persekutuan sebanyak RM 120,000.00.
Bantuan modal ini dimasukkan ke dalam akaun lembaga perngurusan sekolah.
RM 100,000.00 digunakan untuk membina sebuah kantin baru sekolah. RM 20,000.00 digunakan untuk membeli 200 set meja dan kerusi murid. Kantin baru sekolah telah siap dibina pada bulan Ogos. Pada bulan 4, pihak sekolah juga menerima bantuan modal dari kerajaan
persekutuan sebanyak RM 220,000.00 untuk membina 4 buah bilik darjah lagi. Bantuan modal
tersebut dimasukkan ke dalam akaun kerajaan sekolah.
2010 Rancangan membuat 1 blok 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik khas. Dana pembinaan RM 220,000.00 yang diluluskan oleh KPM masih tidak
mencukupi.
Perkembangan fizikal SEKOLAH
PRESTASI AKADEMIK 2006-2010
BAHASA MELAYU
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
2006 2007 2008 2009 2010
BM ( PEMAHAMAN )
BM ( PENULISAN )
BAHASA INGGERIS
0102030405060708090
100
2006 2007 2008 2009 2010
MATEMATIK
0102030405060708090
100
2006 2007 2008 2009 2010
SAINS
0102030405060708090
100
2006 2007 2008 2009 2010
BAHASA CINA
0
10
20
30
40
50
60
70
2006 2007 2008 2009 2010
BAHASA CINA (PEMAHAMAN )
BAHASA CINA (PENULISAN )
PENCAPAIAN KESELURUHAN 2005 - 2010
05
101520253035404550
2005 2006 2007 2008 2009 2010
Aktiviti yang dijalankan Tahun 2011
Sukan tahunan 2011
Lawatan sambil belajar
Lawatan ke GREEN CONNECTION
Lawatan ke UNIT UDARA POLIS DIRAJA M’SIA
Larian serentak 1M1S 1 M’SIA
Sekian