: konflik antarabangsa

65

Click here to load reader

Upload: suziana15

Post on 18-Aug-2015

98 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: : KONFLIK ANTARABANGSA

-aabadd-

Page 2: : KONFLIK ANTARABANGSA

SEJARAH DUNIATEMA 4 : Nasionalisme dan Pembentukan

Negara Bangsa

TAJUK : Konflik Antarabangsa

SUB TAJUK : Perang Dingin (1945-1955)

TAJUK SOALAN : Bincangkan sebab-sebab

berlakunya Perang Dingin 1945-1955 dan

kesan peperangan tersebut kepada dunia .

DISEDIAKAN OLEH : Siti Hazierah Badriah

Binti Husin

KELAS : 6 RENDAH ZA’BA

Page 3: : KONFLIK ANTARABANGSA

Latar belakang•Istilah Perang Dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapannya kepada Jawatankuasa Penyelidikan Senat pada tahun 1948 .

•Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan Soviet Union . Hal ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa – kuasa besar tersebut .

•Perang ini merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

•Melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui cara-cara politik , ekonomi dan psikologi .

•Kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversif , propaganda , pengintipan dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka .

•Menurut sejarawan , Perang Dingin bermula pada tahun 1947 ,apabila Presiden Harry Truman , mengisytiharkan dasar antikomunis yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’.

•Perang Dingin ini melibatkan Amerika Syarikat da Soviet Union berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an .

Page 4: : KONFLIK ANTARABANGSA

Bernard Baruch

Page 5: : KONFLIK ANTARABANGSA

Faktor – faktor Tercetus Perang Dingin

Perbezaan Ideologi PolitikPerbezaan Sistem Ekonomi

Kemunculan Kuasa Dunia yang BaharuDasar Peluasan Pengaruh Soviet Union di Eropah

Perkembangan semasa Perang Dunia keduaPerubahan Pucuk Pemimpin

Hubungan Renggang antara Amerika dan Soviet Union

Zon PenampanTeori Domino

Kekalahan Jepun

Page 6: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perbezaan Ideologi Politik

•Terdapat perbezaan ideologi politik yang amat ketara antara Amerika Syarikat dan Soviet Union , kuasa - kuasa besar ini mengamalkan sistem pemeritahan yang amat bertentangan .

• Amerika Syarikat memperjuangkan sistem pemerintahan demokrasi yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hakuntuk berkumpul , menyuarakan pendapat dan kebebasan media .

•Berpandukan ideologi ini , Amerika Syarikat mahu pilihan raya diadakan di negara – negara yang dibebas kan selepas Perang Dunia Kedua tamat .

•Dalam pada itu , Soviet Union pula merupakan jaguh sistem pemerintahan sosialis yang berteraskan ideologi komunis . Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Soviet Union diterajui oleh Parti Komunis .

•Dalam pemerintahan komunis , rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka .

Page 7: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perbezaan Sistem Ekonomi

•Dalam aspek ekonomi , Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis , iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan .

•Selaras dengan sistem kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat , maka negara tersebut menggalakkan ekonomi perdagangan bebas di seluruh dunia .

•Dalam pada itu , Soviet Union pila tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi Barat . •Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan mengancam regim totalitarian tersebut .

•Sehubungan ini , Soviet Union tidak menggalakkan negara – negara sosialis melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa .

Page 8: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kemunculan Kuasa Dunia yang Baharu

•Perang Dunia Kedua menyebabkan bilangan negara yang bertaraf kuasa besar dunia telah berkurangan .

•Negara – negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan dan menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua .

• Dalam pada itu , Britain dan Perancis telah menjadi lemah daripada segi ketenteraan dan. ekonomi

• Malah negara – negara seperti Britain , Jerman , Jepun dan Perancis kini bergantung kepada Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membangunkan semua ekonomi mereka .

•Perkembangan ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia , iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing – masing .

Page 9: : KONFLIK ANTARABANGSA

Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union di Eropah

•Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir , Soviet Union mula meluaskan pengaruh di benua Eropah .

•Menjelang akhir tahun 1944 , Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara – negara di Eropah Timur di bawah pengaruh mereka .

•Semasa Persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945 , Soviet Union menguasai kawasan yang manganjur hingga ke garisan Curzon yang dijadikan sempadan antara Soviet Union dan Poland . Selain itu , Soviet Union juga menguasai bahagian Barat Jerman .

•Semasa Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union bertindak mengukuhkan cengkamannya terhadap negara – negara di Eropah Timur . Malah Tentera Merah Soviet Union turut mempengaruhi pilihan raya yang akan diadakan di negara – negara Eropah Timur .

•Selain itu , kerajaan – kerajaan yang dibentuk di Eropah Timur juga didominasi oleh golongan komunis .Disamping itu , kementerian – kementerian yang penting seperti kementerian pertahanan dan ketenteraan juga berada di bawah kawalan komunis .

Page 10: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Selain menguasai Eropah Timur , kerajaan Soviet Union di bawah pimpinan Stalin turut berusaha untuk meluaskan pengaruh komunis barat .

•Dalam konteks ini , Stalin menggalakkan golongan komunis di Eropah Barat untuk memainkan perana aktif dalam pilihan raya umum yang diadakan di negara – negara tersebut .

•Menjelang tahun 1946 , parti – parti komunis menjadi amat berpengaruh di Perancis dan Itali .•Tindakan Soviet Union untuk menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah –langkah bagi menyekat penyebaran fahaman komunis .

•Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat menjadi renggang dan tercetus Perang Dingin .

Page 11: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perkembangan semasa Perang Dunia Kedua

•Hubungan antara Amerika Syarikat , Soviet Union dan Britain telah menjadi renggang sebelum Perang Dunia Kedua tamat .

•Walaupun ketiga – tiga negara tersebut berada dalam pakatan yang sama menentang Jerman , namun timbul perasaan curiga dan syak wasangka dalam kalangan mereka .

•Hubungan yang semakin renggang antara ketiga – tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam Persidangan Yalta (Februari 1945) dan Persidangan Potsdam(Julai 1945) yang diadakan untuk menentukan hala tuju dan kerjasama antara negara – negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua tamat .

•Dalam Persidangan Yalta , tiga pemimpin utama iaitu Roosevelt , Winston Churchill dan Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di negara-negara Eropah Timur yang diduduki atau dibebaskan oleh Soviet Union .

Page 12: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Hubungan antara ketiga – tiga kuasa besar ini bertambah renggang dalam Persidangan Potsdam yang diadakan pada Julai 1945 .

•Dalam persidangan tersebut , Presiden Amerika Syarikat ,Harry Truman menuntut agar pilihan raya diadakan di negara – negara Eropah Timur yang dikuasaioleh Soviet Union .

•Stalin menolak tuntutan Harry Truman kerana negara – negara tersebut akan menubuhkan kerajaan antiSoviet Union .

•Namun begitu , Roosevelt dan Churchill bimbang Stalin akan memaksa negara – negara tersebut menerima sistem pemerintahan komunis . Dalam pda itu , Stalin pula berazam menubuhkan kerajaan komunis di negara yang didudukinya demi keselamatan masa depan .

Page 13: : KONFLIK ANTARABANGSA

PERSIDANGAN YALTA

Page 14: : KONFLIK ANTARABANGSA

PERSIDANGAN POTSDAM

Page 15: : KONFLIK ANTARABANGSA

Winston Churchill

Ferdinand D. Roosevelt

Stalin

Page 16: : KONFLIK ANTARABANGSA

Presiden Amerika Syarikat

Page 17: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perubahan Pucuk Pimpinan•Usaha untuk menyelesaikan masalah antara ketiga – tiga kuasa besar bertambah rumit ekoran perubahan pucuk pimpinan yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britain .

•Presiden Roosevelt telah digantikan oleh Harry Truman di Amerika Syarikat manakala Perdana Menteri Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee di Britain .

•Harry Truman dan Clement Atlee tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga terhadap dasar luar Stalin .

•Harry Truman percaya Soviet Union tidak membenarkan penubuhan kerajaan demokratik di Eropah . Malah beliau berpendapat selepas mengukuhkan pengaruh di Eropah Timur , Soviet Union akan meluaskan pengaruhnya ke Eropah Barat .

•Berdasarkan kepercayaan ini , beliau mula mengamalkan dasar untuk menyekat peluasan pengaruh Soviet Union .

•Tambahan pula , kejayaan Amerika Syarikat meletupkan bom atom telah menyebabkan Presiden Harry Truman bertekad untuk menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyeaakat peluasan pengaruh Soviet Union .

Page 18: : KONFLIK ANTARABANGSA

Ferdinand D. Roosevelt digantikan oleh Harry Truman di Amerika Syarikat

Perdana Menteri Winston Churchill telah digantikan oleh Clement Atlee di Britain

Ferdinand D. Roosevelt

Winston Churchill

Clement Atlee

Page 19: : KONFLIK ANTARABANGSA

Hubungan Renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union

•Hubungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945 .

•Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Soviet Union untuk membangunkan semula negara selepas perang mengeruhkan hubungan antara kedua – dua kuasa besar tersebut .

•Hubungan menjadi bertambah buruk apabila Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton , Missouri pada Mac 1946 menyatakan bahawa terdapat ‘tirai besi’ yang menganjur dari Stettin di Baltik hingga ke Trieste di Adriatik . Menurut beliau , ‘tirai besi’ ini memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat .

•Ucapan Winston Churchill jelas menunjukkan kebimbangan Amerika Syarikat dan Britain terhadap peluasan pengaruh Soviet Union di Eropah Timur dan Eropah Tengah .

Page 20: : KONFLIK ANTARABANGSA

Zon Penampan

• Pemimpin Soviet Union , iaitu Stalin ingin mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan ancaman daripada negara – negara di Eropah Barat . Sebelum itu Soviet Union pernah ditawan oleh musuh daripada bahagian Barat .

• Umpamanya Hitler pernah menawan Soviet Union pada tahun 1941 dari arah barat menerusi Poland , Romania , Bulgaria dan Hungary .

Poland

Romania

Romania

Romania

Hungary Bulgaria

Page 21: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Pengalaman lampau ini menyebabkan Stalin ingin mewujudkan ‘negara – negara satelit’ yang bertindak sebagai zon penampan antara Soviet Union dengan negara – negara di Eropah Barat . Negara – negara satelit ini mempunyai sistem pemerintahan tersendiri yang didominasi oleh Soviet Union .

•Malah , mana – mana negara yang ingin menakluki Soviet Union dari arah barat perlu menguasai negara – negara satelit Soviet Union terlebih dahulu .

•Soviet Union menjadikan negara – negara Eropah Timur sebagai benteng untuk menghadapi ancaman musuhnya daripada Eropah Barat .

Page 22: : KONFLIK ANTARABANGSA

Teori Domino

•Amerika Syarikat dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak ke Eropah Barat .

•Pemimpin – pemimpin di Barat percaya kepada ‘teori domino’ , iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satru demi satu negara lain akan jatuh ke tangan komunis .

•Perkembangan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain hingga kedua – dua negara tersebut bertekad bagi menyekat perkembangan komunis di mana – mana negara .

•Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin

Page 23: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kekalahan Jepun

•Menjelang tahun 1945 , hubungan antara kuasa – kuasa besar menjadi bertambah buruk .

•Kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945 , menjadikan hubungan antara kuasa – kuasa besar ini menjadi semakin buruk .

•Kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki meningkatkan kebimbangan Soviet Union terhadap dasar Amerika Syarikat.

Page 24: : KONFLIK ANTARABANGSA
Page 25: : KONFLIK ANTARABANGSA
Page 26: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perang DinginDi

Eropah

(1945 – 1955)

Page 27: : KONFLIK ANTARABANGSA

Doktrin Truman

•Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan .

•Pada bulan Oktober 1945 , beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak mengiktirafkan mana – mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya .

•Pada tahun 1946 , Presiden Harry Truman menekankan dasar Amerika Syarikat yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunis .

•Kenyataan Truman ini menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat menetang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunis ke seluruh dunia .

•Berpandukan kepada doktrin ini , Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Turki dan Greece untuk menghadapi ancaman komunis . Doktrin ini menjadi asas kepada dasar luar Amerika Syarikat bagi tempoh tiga dekad berikutnya .

Page 28: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kronologi peristiwa penting perang dingin

Tahun Dasar Imperialisme

1947 •Amerika Syarikat menyalurkan bantuan kepada negara – negara Eropah Barat melalui Rancangan Marshall .•Stalin menolak bantuan Rancangan Marshall

1948 Peristiwa pengepungan Berlin bermula

1949 •NATO ditubuhkan •Amerika Syarikat meletupkan bom atom•China menjadi negara komunis

1950 Perang Korea bermula

1952 Amerika Syarikat meletupkan bom hidrogen

1953 •Perang Korea tamat•Soviet Union meletupkan bom hidrogen•Stalin meninggal dunia

1955 Pakatan Warsaw ditubuhkan

Page 29: : KONFLIK ANTARABANGSA

Tirai Besi

•Pada bulan Mac 1946 , Perdana Menteri Britain Winston Churchill memberitahu bahawa terdapa ‘tirai besi’ yang memisahkan Eropah kepada dua blok yang bermusuhan , iaitu blok komunis dan blok bukan komunis .

•Pandangan yang dikemukakan oleh Churchill jelas menunjukkan bahawa wujud perpecahan antara Timur dan Barat .

•Kewujudan ‘tirai besi’ menyebabkan hubungan perdagangan antara blok – blok ini amat terhad manakala hubungan biasa secara perseorangan hampir tidak wujud .

Page 30: : KONFLIK ANTARABANGSA

Rancangan Marshall•Pada tahun 1947 , Amerika Syarikat melancarkan Rancangan Marshall(Marshall Plan)untuk membantu negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik di negara tersebut .

•Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara lain.

•Soviet Union enggan menerima bantuan Marshall dan memaksa negara-negara Eropah Timur lain berbuat demikian .

•Di bawah Rancangan Marshall ,Amerika Syarikat membekalkan bahan-bahan mentah , jentera , minyak dan baja bernillai $3 000 juta dolar Amerika antara tahun 1948-1952.

Page 31: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC)

•Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) untuk menguruskan Rancangan Marshall menambahkan ketegangan antara Timur dan Barat .

•Pertubuhan ini dianggotai oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan Kanada .

•Melalui pertubuhan ini , Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah .

•Ekoran daripada bantuan tersebut ,Eropah Barat mengalami pemulihan ekonomi yang amat ketara .

•Pembangunan ekonomi dan kemakmuran dikecapi oleh penduduk menyebabkan perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat .

Page 32: : KONFLIK ANTARABANGSA

COMECON

•Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall , Soviet Union mula mengawal negara-negara Eropah Timur di bawah pengaruh komunis .

•Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah .

•Selain itu , ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama ekonomi bagi negara-negara Eropah Timur dalam COMECON.

Page 33: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perkembangan Pengaruh Komunis di Eropah Timur

•Selepas Perang Dunia Kedua tamat , Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur .

•Soviet Union mula menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia, bahagian timur Jerman dan Austria .

•Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis di negara-negara tersebut.malah Soviet Union juga menggunkan kuasanya untuk mengendalikan dasar-dasar dalam dan luar negara-negra tersebut.

•Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintahan komunis jelas ketar di Poland, Czechoslovakia,dan Yugoslovia .

•Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur menimbulkan kebimbangan dalam pemimpin-pemimpin politik di Eropah .A

Page 34: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pengaruh Komunis di Poland

•Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan pengaruh komunis di Poland .

•Parti-parti yang bukan komunis seperti Parti Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja Poland yang merupakan parti politik komunis .

•Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75 000 anggota komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta panduan yang telah ditetapkan oleh Soviet Union .

•Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis ,Gomulka dipaksa meletakkan jawatan kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslavia .

•Perkembangan di Poland jelas menunjukkan peranan Soviet Union dalam mengukuhkan kedudukan serta pengaruh komunis di Eropah Timur.

Page 35: : KONFLIK ANTARABANGSA

Gomulka pict

Gomulka

Page 36: : KONFLIK ANTARABANGSA

Tito

Page 37: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pengaruh komunis di Czechoslovakia

•Sebelum Perang Dunia Kedua ,Czechoslovakia merupakan negara paling maju dalam bidang perindustrian di Eropah Timur.

•Malah Czechoslovakia juga mempunyai pengalaman dalam pemerintahan demokrasi .

•Selepas Perang Dunia Kedua , Parti komunis mendapat sokongan yang meluas daripada golongan pekerja dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman .

•Parti komunis telah menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan parti-parti berhaluan kiri di bawah pemimpin Klement Gottwald.

•Pada bulan Februari 1948,kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti Komunis dan Parti Demokrat.•Seterusnya,berlaku gerakan untuk menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan-jawatan kerajaan .

•Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan dalam parti itu.

•Pemimpin-pemimpin yang menunjukkan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.

Page 38: : KONFLIK ANTARABANGSA

Klement Gottwald

Page 39: : KONFLIK ANTARABANGSA

yugoslaviaPengaruh komunis di Yugoslavia

•Parti komunis Yugoslavia di bawah pimpinan Tito tidak mempunyai hubungan mesra dengan Soviet Union . Menjelang tahun 1948 , timbul perselisihan faham yang amat ketara antara Tito dan Stalin.

•Soviet Union menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tututan Yugoslavia terhadap Carinthia di Austria . Malah Rusia menuduh Yugoslavia memberi layanan buruk terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut.

•Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito enggan menerima rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin.

•Dalam pada itu,Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu pakatan dalam kalangan negara-negara Balkan .

•Rancangan Tito amat bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga beliau dituduh sebagai tali barut Amerika Syarikat .

•Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia disingkirkan daripada Gerakan Komunis Antarabangsa . Dalam pada itu , kuasa-kuasa barat pula bersedia untuk menghulurkan bantuan ekonomi kepada Yugoslavia .

•Komunisme nasional bebas yang diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripad negara-negara komunis yang lain.

•Ekoran perkembangan ini , Soviet Union mula menjalankan gerakan pembersihan dalam kalangan pemimpin komunis tempatan di Hungary,Poland,Romania,Bulgaria dan Czechoslovakia.

Page 40: : KONFLIK ANTARABANGSA

greekPengaruh komunis di Greek

•Semasa Perang Dunia Kedua, parti komunis Greek memainkan peranan dalam penentangan terhadap Jerman .

•Pada tahun 1944,Parti komunis turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan .

•Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan kerajaan agar gerila komunis meletakkan senjata .

•Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya dalam pilihan raya umum.

•Golongan komunis mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk bertindak balas . Komunis turut mendapat bantuan dan sokongan daripada Yugoslavia .

•Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat selepas tahun 1947.

•Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat ditewaskan .

Page 41: : KONFLIK ANTARABANGSA

Ero baratPerkembangan Politik di Eropah Barat

•Selepas Perang Dunia Kedua , negara-negar Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula ekonomi .

•Keadaan ini menyebabkan berlaku masalah inflasi ,pengangguran,dan kebuluran . Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat sokongan rakyat Perancis dan Itali .

•Umpamanya kerajaan campuran pertama yang diwujudkan di Perancis di bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti komunis Perancis .

•Menjelang tahun 1947, Parti komunis menjadi pembangkang di Perancis.

•Parti komunis Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh de Gasperi yang merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat.

•Malah , pengaruh komunis berkembang pesat dalam kalangan kaum petani di bahagian selatan Itali.

•Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat yang telah bertindak untuk memberi sokongan ekonomi dan ketenteraan untuk mempertahankan demokrasi di Eropah Barat.

Page 42: : KONFLIK ANTARABANGSA

Masalah Perpecahan Jerman •Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua adalah pembinaan semula ekonomi dan Politik Jerman .

•Negara Jerman telah dibahagi kepada empat kawasan yang ditadbir oleh Soviet Union ,Amerika Syarikat ,British dan Perancis.

•Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman .

•Menjelang tahun 1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industri di Jerman Timur . Soviet Union juga bertindak merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar.

•Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti komunis dan Parti Sosial Demokrat.

•Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah menyatukan kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka untuk tujuan ekonomi.

•Pada tahun 1948, Amerika Syarikat ,Britain ,dan Perancis telah membuat keputusan untuk memdirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian London.

Page 43: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pengepungan berlin

•Pada bulan Februari 1948, Panglima tentera Soviet Union ,Sokolovsky mendakwa seluruh kota Berlin adalah sebahagian Rusia.

•Sementara itu , pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat,Britain,Perancis, Belgium,Belanda dan Luxembourg,yang mengadakan pertemuan di London bersetuju untuk mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat.

•Konfrontasi secar terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan untuk menilai semula mata wang Jerman.

•Tujuan penilaian semula mata wang ini dilakukan adalah Membantu pemulihan ekonomi Menentang pasaran gelap

•Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang bertentangan dengan Perjanjian Potsdam.

Page 44: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Seterusnya,Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin.

•Sekatan yang dilakukan oleh Soviet Union menyebabkan bahagian yang dikuasai oleh Barat mendapat bekalan melalui pengangkutan udara.

•Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh kedua-dua pihak dan sebagai susulannya, jalan-jalan darat dibuka semula .

•Dalam perjanjian tersebut, keempat-empat kuasa yang mentadbir Jerman bersetuju akan dibahagi-bahagikan pada masa akan datang.

•Perjanjian tersebut membawa kepada penubuhan dua buah negara ,iaitu;Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) Mei 1949Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) Oktober 1949

Page 45: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kesan – kesan perang dingin•Muncul Perikatan Tentera

Persetiaan Dunkirk Perjanjian Brusells

• Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO )

• Pakatan WARSAW• Pembentukan Blok Dunia

• Kemunculan Negara – negara Berkecuali• Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

( SEATO )• Perlumbaan Senjata

Page 46: : KONFLIK ANTARABANGSA

Muncul Perikatan Tentera

•Selepas Perang Dunia Kedua tamat ,Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat di benua Eropah .

•Soviet Union berjaya menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi dengan penduduk berjumlah tiga juta dibawah pengaruhnya.

•Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan mengancam keselamatan negara-negara di benua Eropah Barat.

•Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, usaha telah dimulakan untuk menubuhkan perikatan tentera dalam kalangan negara-negara di Eropah Barat.

Page 47: : KONFLIK ANTARABANGSA

Persetiaan Dunkirk

•Pada bulan Mac 1947, Britain dan Perancis telah menubuhkan satu perikatan tentera yang dikenali sebagai Persetiaan Dunkirk .

•Antara objektif utama persetiaan ini ialah;Menghadapi serangan daripada Jerman Menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union .Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Page 48: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perjanjian Brusells

•Peristiwa rampasan kuasa di Prague pada Februari 1948,menambahkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah Barat terhadap ancaman Rusia.

•Perkembangan ini mendorong menteri luar Britain , Bevin mendesak agar kerjasama dalam bidang ketenteraan dan bidang ekonomi dalam kalangan negara-negara di Eropah Barat ditingkatkan .

•Ekoran perkembangan ini, Perjanjian Brusells ditandatangani oleh negara Britain ,Perancis ,Belgium ,Belanda dan Luxembourg.

Page 49: : KONFLIK ANTARABANGSA

Bevin

Bevin

Page 50: : KONFLIK ANTARABANGSA

Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara( NATO )

•Selepas peristiwa pengepungan di Berlin negara-negara di Eropah Barat mencurigai tindak-tanduk Soviet Union di benua Eropah .

•Pada 4 April 1949 , 12 buah negara telah menandatangani Perjanjian Atlantik Utara di Washington. Perjanjian ini menyebabkan semua negara di Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk menbendung ancaman komunis.

Page 51: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Antara kepentingan NATO;NATO merupakan satu usaha untuk menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.

Pertubuhan ini memainkan peranan dalam mempertahankan anggotanya daripada ancaman komunis.

Selepas pertubuhan NATO ,penyebaran pengaruh komunis di Eropah berjaya disekat.

Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949.

Sebagai tindak balas terhadap NATO ,Soviet Union menubuhkan Pakatan WARSAW.

Page 52: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pakatan WARSAW•Penubuhan NATO dan diikuti oleh perkembangan dasar antikomunis telah menimbulkan kebimbangan Soviet Union .

•Sebagai tindak balas , Soviet Union telah mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali sebagai Pakatan WARSAW. Pakatan ini melibatkan negara-negara komunis Eropah Timur termasuk Soviet Rusia,Albania ,Bulgaria,Hungary ,Poland ,Romania, Czechoslovakia dan Jerman Timur.

•Pakatan ini menjamin bantuan segera kepada negara-negara anggota termasuk bantuan ketenteraan .

•Pasukan tentera yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara pakatan WARSAW telah ditubuhkan di bawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia .

Page 53: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Sebuah jawatankuasa rundingan telah ditubuhkan untuk mewujudkan persefahaman dalam hal politik dalam kalangan anggota Pakatan WARSAW .

•Antara kesan penubuhan Pakatan WARSAW ialah;

Rusia mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di negara-negara Eropah Timur.

Rusia mengawal negara-negara satelit dan mematahkan pemberontakan yang tercetus .

Page 54: : KONFLIK ANTARABANGSA

Pembentukan Blok Dunia

•Kesan Perang Dingin yang paling penting ialah kemunculan blok dunia.

•Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.

•Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek goegrafi , ekonomi atau politik.

•Berdasarkan perbezaan ideologi , muncul dua blok yang utama ,iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis .

Page 55: : KONFLIK ANTARABANGSA

ASPEK BLOK KAPITALIS BLOK KOMUNIS

POLITIK •Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.•Kerajaan dipilih oleh rakyat mulalui pilihan raya .•Terdapat kebebasan menubuhkan parti-parti politik.

•Mengamalkan sistem pemerintahn komunis.•Diperintah oleh diktator.•Hanya parti komunis diiktiraf.

EKONOMI •Mengamalkan sistem ekonomi bebas.•Peluang perniagaan dan pimilikan persendirian .

•Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan .•Tidak menggalakkan perniagaan antarabangsa.

SOSIAL Individu diberi kebebasan untuk berhimpun ,bercakap dan menyuarakan pendapat.

Kebebasan individu dikawal.

Page 56: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kemunculan Negara – negara Berkecuali

•Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar , iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union .

•Blok kapitalis dan Blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dalam menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.

•Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada negara-negara daripada blok komunis ataupun drpd blok kapitalis. Dalam konteks ini , negara-negara dunia ketiga mengamalkan sikap berkecuali .

•Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan npada bulan September 1961. pergerakan ini dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia ,Afrika dan Amerika Selatan .

•Matlamat utama penubuhan NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis .

Page 57: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Antara prinsip perjuangan NAM adalah ;

Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara .

Menghormati kedaulatan sesebuah negara .

Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan .

Menghormati hak asasi manusia .

Page 58: : KONFLIK ANTARABANGSA

Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

( SEATO )•Salah satu kesan Perang Dingin ialah penubuhan Pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai SEATO .

•SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang pertama ditubuhkan antara kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjaga keselamatan .

•Pakatan tentera ini ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membendung kemarahan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara .

•SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China komunis ke Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara .

Page 59: : KONFLIK ANTARABANGSA

Perlumbaan Senjata

•Perang Dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat .

•Perlumbaan ini menyebabkan kedua-dua kuasa besar menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang .

•Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang teknologi dan ketenteraan .

Page 60: : KONFLIK ANTARABANGSA

•Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar ini termasuklah:

I. Kereta perisai II. Artileri III.Kapal selam IV.Grenad roketV. Meriam anti pesawat VI.Pesawat pengebom VII.Pesawat pengintipVIII.Peluru berpandu balistik

Page 61: : KONFLIK ANTARABANGSA

Galeri Sejarah

•Artileri •Grenad roket

Page 62: : KONFLIK ANTARABANGSA

Galeri Sejarah

• Kapal Selam•Meriam anti pesawat

Page 63: : KONFLIK ANTARABANGSA

Galeri Sejarah

• Pesawat pengebom • Pesawat pengintip

Page 64: : KONFLIK ANTARABANGSA

Galeri Sejarah

• Peluru berpandu balistik

Page 65: : KONFLIK ANTARABANGSA

Kesimpulan

Perang Dingin yang tercetus di antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru