file3. beberapa fenomena semasa yang menuntut pengajian al-hadith dan metodnya disebarluaskan 4....
TRANSCRIPT
www.darulkautsar.net
Buku Eletronik
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Maulana Muhammad Asri Yusoff
www.darulkautsar.net
1
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Muat Turun Percuma
Buku Syiah Rafidhah
www.darulkautsar.net
2
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Kandungan
1. Muqaddimah
2. Sistem Riwayah Dan Dirayah Dalam Pengajian Al-Hadith
3. Beberapa Fenomena Semasa Yang Menuntut Pengajian Al-Hadith Dan Metodnya
Disebarluaskan
4. Anti Hadith
5. Syiah
6. Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta
7. Penyelewengan Fakta-Fakta Seerah dan Sejarah
8. Meninjau Al-Hadith Dari Perspektif Yang Sempit
9. Komprehensifnya Hadith-Hadith Rasullullah S.A.W. Berkaitan Dengan Perkara-
Perkara Yang Berlaku Sesudah Kewafatan Baginda S.A.W. Hingga Kiamat
10. Mengabaikan Ulamak Yang Ahli Dalam Usaha Memahami Al–Hadith
11. Keperluan Kembali Kepada Sistem Talaqqi Dalam Pengajian Hadith
12. Di Mana Wujudnya Sistem Ini Sekarang
13. Kita Bertanggungjawab Menghidupkan Sistem Ini
14. Penutup
www.darulkautsar.net
3
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
MUQADDIMAH
Di antara ciri Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah menyakini hadith atau sunnah sebagai teras
kepada ajaran Islam keseluruhannya dan sumber kedua utama di dalam hukum hakam,
gerak kerja dan penilaian terhadap segala yang berlaku di dalam kehidupan manusia di
dunia ini.
Sementara golongan-golongan yang mendakwa Islam selain mereka, ada yang menolak
hadith, ada yang hanya menerima sebahagian daripada hadith dan ada pula yang
memahaminya dengan pemahaman-pemahaman yang jauh terpesong daripada kehendak
syari‟e dan roh syariah Islam yang terbukti dalam kehidupan para sahabat Rasullullah s.a.w.
Lantaran itu mereka tersasul dan dihukum oleh ulamak-ulamak Ahlul Haq yang datang
kemudian daripada generasi sahabat sebagai golongan “Ahlul Baathil Wal Ahwaa”. Golongan
yang mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. dan para sahabat Baginda s.a.w. dinamakan Ahlul
Haq atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Walaupun dalam praktiknya Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengutamakan dan mendahulukan
Al-Quran daripada Al-Hadith atau As-Sunnah namun mereka tidak dinamakan Ahlul Quran
atau Ahlul Kitab kerana Al-Quran atau Al-Kitab itu didakwa oleh semua golongan yang
mengaku Islam sebagai ikutan dan panduan serta pegangan mereka tetapi sikap mereka
tentang As-Sunnah adalah tidak sama iaitu mereka mempertikaikannya dan menolaknya
sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, selain dari berpegang teguh dengan Al-Quran,
mereka juga berpegang dengan As-Sunnah dengan memeliharanya dengan sebaik-baiknya
dan mempertahankannya. Kerana ciri inilah Ahlus Sunnah ini dinamakan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah.
Kedudukan dan keutamaan Ahlul Sunnah atau Ahlul Hadith dapat dilihat dengan jelas sekali
di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan di dalam pendapat-pendapat para ulama salaf.
Antara lain Nabi s.a.w. bersabda; Bermaksud: “Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71
www.darulkautsar.net
4
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
puak dan orang-orang Kristian berpecah kepada 72 puak. Umatku akan berpecah kepada 73
puak. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja iaitu golongan yang mengikut
sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku.” (Nasai‟i, Tarmizi, Abu Daud, Ahmad, Haakim,
Ibn Majah dan Baihaqi)
Ibn Mas‟ud r.a pula berkata: Bermaksud, “Sesiapa yang mahu mengikut jejak langkah
seseorang maka hendaklah ia mengikut jejak langkah orang yang telahpun meninggal
dunia. Kerana orang yang masih hidup tidak terjamin terpelihara daripada fitnah. Orang-
orang yang patut diikut ialah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. justeru mereka adalah
golongan yang paling baik hatinya dari kalangan ummat ini, paling mendalam ilmunya,
paling sedikit cerewetnya. Mereka adalah satu golongan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t.
untuk menjadi sahabat kepada NabiNya dan menegakkan agamaNya. Maka hendaklah
kamu sedari keutamaan mereka dan mengikut jejak langkah mereka sedapat mungkin
kerana mereka adalah golongan yang berada di atas jalan yang betul”. (Musykatul Masabih,
Imam Ahmad-Razin)
Dan Nabi s.a.w. bersabda, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang tegak di atas
kebenaran. Mereka tidak tergugat oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga
datang perintah Allah (qiamat)”. (Bukhari dan Muslim)
Imam Ahmad berkata berhubung dengan golongan yang tersebut di dalam hadith ini;
“Bahawa mereka ini adalah golongan Ahlul Hadith”
Untuk mengetahui kepentingan dan keistimewaan al-hadith sebagai satu bentuk pengajian
di dalam sistem pendidikan Islam, diharap perbincangan yang akan disentuh nanti akan
dapat menyingkap sebahagian kecil daripadanya.
2.0 Sistem Riwayah Dan Dirayah Dalam Pengajian Al-Hadith
Secara kasar dapat dikatakan bahawa seluruh pengajian dan pengkajian hadith itu
tersimpan di dalam dua sistem yang unik pernah dipersembahkan oleh manusia dalam
dunia ilmu pengetahuan iaitu:
1. Sistem Riwayah
www.darulkautsar.net
5
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
2. Sistem Dirayah
2.1 Sistem Riwayah
2.1.1 Sebenarnya pemakaian sistem riwayah dalam penilaian sesuatu fakta adalah
khususiyyah ummat Islam. Ibn Hazm berkata;Bermaksud: “Nukilan orang yang dipercayai
daripada orang yang dipercayai juga dengan bersambung-sambung sampai kepada Nabi
s.a.w. adalah satu keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang Islam
berbeza dengan penganut-penganut agama lain. Nukilan dengan “irsal” dan “I‟dhal” boleh
didapati dengan banyak sekali di kalangan Yahudi dan Nasara. Cuma Yahudi tidak hampir
kepada Nabi Musa a.s. sehampirnya kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana jarak
nukilan mereka dari Nabi Musa a.s. ialah lebih daripada 30 abad”. (Tadrib Ar Rawi, jilid 2
halaman 159)
Hafidz Abu Ali Al Jayyaani berkata: (bermaksud) “Allah s.w.t. telah mengistimewakan umat
Muhammad s.a.w. ini dengan tiga perkara yang tidak pernah dikurniakan kepada orang-
orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan i‟rab”. (Tadribu Ar Rawi, jilid 2, halaman 160)
Kepentingan sistem riwayat ini juga dapat dilihat pada kata-kata ulama‟ salaf dari kalangan
tabi‟in seperti Abdullah Ibn Al Mubarak, Sufyan Ats-Tsauri, Al-Auzaa‟i dan lain-lain. Abdullah
Ibn Al Mubarak berkata: (Bermaksud): “Isnad itu sebahagian daripada ugama. Jikalau tidak
ada isnad nescaya akan berkata sesiapa sahaja apa yang ia mahu”. (Sahih Muslim –jilid 1,
halaman 87)
Sufyan Ats Tsauri berkata: Bermaksud: “Isnad itu senjata orang Mukmin”. (Tadribu Ar Rawi
– jilid 2, halaman 160)
Al Auzaa‟i pula berkata: Bermaksud: “Ilmu tidak akan hilang melainkan dengan hilangnya
sistem isnad (riwayat),” (Muqaddimah At Tamheed, jilid 1, halaman 15)
Hakikat ini diakui juga oleh golongan orientalis barat. Guynball, penulis artikel “Al-Hadith” di
dalam “Daairatu Al Ma’arif Al Islamiyah” (jilid 7, halaman 335) menyatakan kekagumannya
terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh ulamak Islam di dalam memastikan
kesahihan hadith-hadith Nabi mereka. Beliau juga berkata; “Sesuatu hadith itu tidak dikira
sahih pada pandangan orang Islam kecuali bila silsilah isnadnya berterusan tanpa terputus.
www.darulkautsar.net
6
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Silsilah itu pula terbentuk daripada peribadi-peribadi yang boleh dipercayai riwayat
mereka.”
Kajian terhadap isnad membuat ulamak Islam yakin tentang perkara ini. Mereka bukan
sahaja menyelidiki nama-nama perawi dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman
mereka hidup, keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain daripada
perhubungan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain. Bahkan mereka juga memastikan
kualiti seseorang tokoh hadith itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya di samping
ketelitian dan amanah mereka di dalam menukilkan matan-matan untuk dihukum siapakah
di antara perawi-perawi itu yang boleh dipercayai riwayatnya.” (Daairatu Al Maarif,jilid 7,
halaman 335 – dipetik dari “Ilmu Rijal al Hadith” karangan Dr. Taqiyuddin Nadwi
Madzaahiri).
2.1.2. Sesungguhnya kalangan ulama‟ mutaqaddimin tidak memberi penghargaan yang
secukupnya kepada sesebuah kitab melainkan jika perawi kitab itu seorang tsiqah, dhabit
lagi adil di samping membaca pula kitab itu di hadapan pengarang atau seseorang perawi
itu mempunyai sanad yang muttasil di dalam membaca kitab itu dan menerimanya dari
guru-gurunya bersambung-sambung sampai kepada pengarang itu sendiri. (Ilmu Rijal al
Hadith ,Dr. Taqiyuddin Nadwi Madzaahiri – halaman 23)
2.1.3 Pemakaian sistem riwayat itu adalah suatu yang dianjurkan oleh Al-Quran sendiri. Di
dalam Al-Quran Allah s.w.t. berfirman:Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman: jika
datang kepadamu orang-orang fasiq membawa sesuatu berita maka hendaklah kamu
selidiki dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu”.
(Surah Al Hujurat, ayat 6)
Begitu juga Allah s.w.t. berfirman, Bermaksud: “Demikianlah kami jadikan kamu suatu
generasi yang sederhana (adil) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. (Surah Al Baqarah ayat 143).
Generasi yang dimaksudkan di sini ialah generasi sahabat Rasulullah s.a.w.
2.1.4. Pencapaian ummat Islam dalam bidang riwayat atau isnad ini telah melahirkan
perpustakaan besar yang memuatkan buku-buku yang ada kaitannya dengan sistem
www.darulkautsar.net
7
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
riwayat atau isnad seperti ilmu Mustalahu Al Hadith, ilmu Rijal Al Hadith dan segala
pecahan-pecahannya.
2.2. Sistem Dirayah, Usul Dan Keistimewaannya
2.2.1. Sistem dirayah ini mempunyai pertalian yang rapat dengan sistem riwayat namun
begitu tidak semestinya apa yang diterima dalam sistem riwayah itu akan diterima terus
dalam dirayah. Begitu juga sebaliknya, tidak semestinya sesuatu yang diterima menurut
sistem dirayah akan bertepatan pula dengan sistem riwayah.
Bagaimanapun pada kebiasaannya dan kebanyakannya apa yang diterima melalui sanad
yang sahih menurut sistem riwayah akan sampai kepada matan yang sahih juga menurut
sistem dirayah. Begitulah sebaliknya matan yang bertepatan dengan sistem dirayah
kebanyakannya datang melalui sanad yang sahih mengikut sistem riwayah. (lihat Dr. Subhi
As- Soleh, `Uloomu Al Hadith Wa Mushtalahuhu, halaman 283).
2.2.2 Sistem dirayah yang dimaksudkan di sini ialah sistem yang termasuk di dalam ta‟rif
istilah khusus dalam ilmu hadith. Antara ta‟rif yang diberikan berhubung dengan sistem
dirayah ini ialah seperti yang telah dikemukakan oleh Nawab Siddiq Hasan Khan bahawa,
Bermaksud: “Ilmu dirayah Al-Hadith itu ialah satu ilmu yang membincangkan tentang erti
yang difahami daripada lafaz-lafaz hadith. Begitu juga maksud-maksudnya berdasarkan
kaedah-kaedah bahasa Arab dan peraturan-peraturan syariat di samping bersesuaian pula
dengan keadaan Nabi s.a.w.”. (Nawab Siddiq Hassan Khan-Abjadu Al Uloom; jilid 2 halaman
220)
Taarif ini dikemukakan juga oleh Hj. Khalifah dalam “Kasyfa Az Zunum” dan Tosy Kubra
Zadeh dalam “Miftah As Sa’adah Wa Misbah As Siadah”. Hj Khalifah membincangkan
tentang topik dirayah ini dengan katanya, “Topiknya (Dirayah Al Hadith) ialah hadith-hadith
Rasullullah s.a.w. dari segi makna dan maksud yang ditunjukkan olehnya”. (Hj. Khalifah-
Kasyfu Az Zunun; jilid 1 – Ilmu Al Hadith – halaman 635)
2.2.3 Pemakaian sistem dirayah ini juga adalah suatu yang berlandaskan Al Quraanul
Karim. Di antara yang dapat disebutkan ialah firman Allah s.w.t. : Bermaksud: “Mengapa di
waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak
www.darulkautsar.net
8
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
bersangka baik terhadap diri mereka sendiri (mengapa tidak) kamu berkata, ini adalah
suatu berita bohong yang nyata”. (Surah An Nur-ayat 12)
FirmanNya lagi: Bermaksud: “Dan mengapa kamu tidak berkata di waktu mendengar berita
bohong itu – sekali-kali tidaklah patut kita memperkatakan tentang perkara ini. Maha suci
Engkau (wahai Tuhan kami) ini adalah dusta yang besar”. (Surah An Nur-Ayat 16)
2.2.4. Di antara usul sistem dirayah yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh hadith ialah:
2.2.4.1 Sesuatu riwayah itu tidak bercanggah dengan akal yang sejahtera
2.2.4.2 Tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ugama Islam yang telah diterima oleh
semua ulama‟ muktabar.
2.2.4.3 Tidak bercanggah dengan Al-Quran, hadith mutawaatir atau ijma‟ qati‟i.
2.2.4.4. Tidak bercanggah dengan kenyataan.
2.2.4.5 Riwayat itu tidak mengandungi ancaman azab besar kerana sesuatu perkara
yang remeh-temeh.
2.2.4.6 Riwayat itu tidak menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana pekerjaan yang
remeh-temeh.
2.2.4.7 Riwayat itu tidak mengandungi pengertian yang lemah, hodoh dan bodoh.
2.2.4.8 Riwayat itu bukan riwayat yang dikemukakan oleh seorang sahaja dan ia sendiri
tidak bertemu dengan orang yang diriwayatkan riwayat itu daripadanya.
2.2.4.9 Riwayat yang menceritakan sesuatu peristiwa penting yang dapat disaksikan
oleh ramai orang dan sepatutnya ia diriwayatkan oleh bilangan yang ramai,
tetapi riwayat itu hanya diriwayatkan oleh seorang dua sahaja.
2.2.4.10 Riwayat itu tidak bercanggah dengan kedudukan Rasullullah s.a.w. dan
kedudukan para Sahabat r.a.
2.2.4.11 Riwayat itu tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip akhlak.
2.2.4.12 Riwayat itu tidak mendorong ke arah memuaskan hawa nafsu atau kerosakan.
2.2.4.13 Riwayat itu tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah perubatan yang jelas dan
terbukti benarnya.
2.2.4.14 Riwayat itu tidak bercanggah dengan kenyataan-kenyataan sejarah.
2.2.4.15 Riwayat itu tidak bercanggah dengan bukti-bukti daripada nas yang sahih.
2.2.4.16 Riwayat itu tidak bercanggah dengan kesucian dan kebesaran Allah s.w.t.
2.2.4.17 Riwayat itu tidak merobohkan sunnah yang jelas.
2.2.4.18 Riwayat itu tidak bercanggah dengan kaedah bahasa Arab dan lain-lain lagi.
www.darulkautsar.net
9
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
(Lihat: Ibnul Qayyim, Al-Manaru Al-Munif– Hafidz Sakhawi-Fathu Al Mughith, ms
114, Mulla Ali Al Qari Al As rar Al Marfu’ah Fi Al Akhbar Al Maudhu’ah halaman
92, Syibli Nu‟mani, Siratu An Nabi, halaman 69 dan 101 dan lain-lain lagi).
3.0 Beberapa Fenomena Semasa Yang Menuntut Pengajian Al-Hadith Dan
Metodnya Disebarluaskan:
Antara lain yang dapat disebutkan di sini ialah:
3.1 Anti Hadith
Di antara permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan Anti-Hadith adalah seperti berikut:
3.1.1 Mereka mendakwa hadith-hadith banyak yang bercanggah dengan aqal.
3.1.2 Banyak hadith-hadith yang diriwayatkan oleh orang-orang yang ketika peristiwa yang
diriwayatkan olehnya belum lagi memeluk agama Islam atau belum lagi lahir.
3.1.3 Sekian banyak hadith seperti yang didakwa oleh ulamak-ulamak hadith tidak mungkin
diingat dan dihafal oleh manusia.
3.1.4 Banyak hadith-hadith yang menyatakan keserupaan Allah s.w.t. dengan makhlukNya.
3.1.5 Hadith-hadith itu tidak dikumpulkan secara bertulis seperti Al-Quran di zaman Nabi
s.a.w. lagi.
3.1.6 Banyak hadith menyifatkan keadaan Nabi s.a.w. dengan sifat yang tidak layak dengan
kedudukan Baginda s.a.w. yang dimaklumi.
3.1.7 Hadith-hadith bukan merupakan wahyu yang dijamin oleh Allah s.w.t.
keterpeliharaannya daripada tersalah.
3.1.8 Hadith-hadith menyebabkan perpecahan dan timbulnya semangat kepuakan dalam
Islam.
www.darulkautsar.net
10
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.1.9 Hadith-hadith itu banyak yang tidak disepakati tentang kesahihannya atau
kedhaifannya. Jadi tidak diketahui yang manakah yang betul.
3.1.10 Golongan-golongan yang mendakwa Islam masing-masing mempunyai hadithnya
yang tersendiri mengikut istilah mereka. Ahlus Sunnah tidak menerima hadith-hadith Syiah
begitu juga Syiah tidak menerima hadith-hadith Ahlus Sunnah.
3.1.11 Tidak dapat dinafikan terdapat banyak sekali hadith-hadith maudhu‟, kerana itu
tidaklah dapat untuk dipastikan kebenarannya dari kepalsuannya.
3.1.12 Banyak terdapat percanggahan di antara satu hadith dengan hadith yang lain.
3.1.13 Banyak hadith-hadith yang memberi gambaran lucah yang tidak sesuai dengan
Rasullullah s.a.w.
3.1.14 Sayyidina Umar pernah berkata “Cukuplah untuk kita Al-Quran”. Beliau tidak
menyebut langsung tentang al-hHadith.
3.1.15 Untuk memahami Al-Quran kata mereka, tidak diperlukan kepada Al Hadith. Setiap
orang boleh memahami Al-Quran dengan kecerdasan fikirannya.
3.1.16 Hukum-hukum yang diberikan oleh Rasullullah s.a.w. hanya khusus untuk zaman
Baginda s.a.w. Kemudian hukum-hukum itu boleh berubah dan dpindahkan mengikut
keperluan masa dan tempat.
3.1.17 Walaupun kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w. merupakan hujjah tetapi oleh kerana
ia tidak sampai kepada kita melalui saluran-saluran yang boleh diyakini, maka ia hanya
berada di peringkat “dzanni” sahaja yang tidak layak dijadikan sandaran.
3.2 Syiah
Di antara permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan Syiah adalah seperti berikut:
www.darulkautsar.net
11
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.2.1 Rasullullah s.a.w. ada bersabda, “Bahawa aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.
Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya iaitulah pertama Kitab
Allah dan kedua, Ahli Baitku”.
3.2.2 Hadith-hadith diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak ada nilainya menurut mereka
walaupun seberat nyamuk seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin Al-
Hakam, Imran bin Hitthan Al Khariji dan „Amr bin Al-Ash.
3.2.3 Hadith-hadith tidak boleh diterima kerana diriwayatkan oleh orang-orang yang murtad
sesudah kewafatan Nabi s.a.w.
3.2.4 Ramai daripada sahabat memeluk agama Islam secara terpaksa dan dalam keadaan
ragu atau sebenarnya mereka munafiq. Kerana itu masih ada di antara mereka yang minum
arak , membunuh dan melakukan beberapa kemungkaran dan kefasiqan.
3.2.5 Hadith-hadith itu dikumpulkan di zaman Khulafa‟ Ar Rasyidin selain Sayyidina Ali yang
mana mengikut pandangan orang-orang Syiah, mereka adalah orang-orang yang zalim
bahkan kafir.
3.2.6 Banyak di antara hadith yang ditulis di zaman Khulafa‟ Ar-Rashidin selain Sayyidina Ali
itu bermotifkan politik dan untuk mengampu khulafa‟ semasa.
3.2.7 Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kebanyakan Sahabat yang diterima oleh Ahlus
Sunnah Wal Jamaah pada mereka tentunya tidak sahih kerana mereka itu telah menjadi
fasiq atau kafir kerana memerangi Sayyidina Ali.
3.2.8 Hadith-hadith ahlus-sunnah tidak terpelihara kerana ia diriwayatkan oleh orang-orang
yang tidak amanah, bermula dari para sahabat sehinggalah kepada generasi-generasi yang
datang kemudian.
3.2.9 Banyak daripada perawi-perawi di kalangan sahabat r.a. menceritakan suatu peristiwa
yang ia tentu sekali tidak turut hadir dalam peristiwa itu.
3.2.10 Hadith bagi mereka bukan terhenti sekadar yang diriwayatkan daripada Rasullullah
s.a.w. sahaja tetapi juga yang diriwayatkan daripada para Imam Duabelas yang “maksum”
www.darulkautsar.net
12
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
sesudah Baginda Rasullullah s.a.w. Ini bermakna hadith Rasullullah s.a.w. bukanlah suatu
yang muktamad.
3.2.11 Hadith-hadith Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak dapat diterima kerana banyak yang
mutawaatir dan sahih di sisi Syiah tidak dianggap sebagai mutawaatir oleh Ahlus Sunnah
kerana itulah berlaku perbezaan fahaman baik dari segi aqidah atau dari segi syariat.
3.2.12 Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ia disebarkan dan dibawa
oleh ulamak-ulamak kerajaan (kononnya) dan mereka mementingkan kehidupan duniawi.
3.2.13 Ulama‟-ulama‟ hadith ahlus-sunnah tidak dapat diterima kerana ganjil sekali mereka
menerima dengan sikap yang terbuka hadith-hadith daripada golongan-golongan ahli bid‟ah
seperti Khawarij, Murji‟ah dan lain-lain sedangkan daripada Imam-Imam Ahlul Bait yang
maksum tidak diterima oleh mereka (Ahlus Sunnah).
3.2.14 Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ulamak Ahlus Sunnah tidak dapat diterima
kerana mereka adalah golongan yang bersyubahat dengan kerajaan yang sentiasa
menzalimi Ahlul Bait dengan memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan tersebut atau
dengan menganggapnya sebagai orang-orang yang adil sehingga bersembahyang
berimamkan mereka.
3.3 Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta
Golongan ini sebenarnya tidak memahami apakah erti “sunnah” sebenarnya. Umpamanya
mereka tidak mengetahui pembahagian para ulamak tentang sunnah itu sendiri kepada
Sunnah tasyrii‟yah, Sunnah Ghairu tasyri‟yyah. Ittiba‟ Shuri, Ittiba‟ Hakiki, Mu‟aradhah
Shuriyyah dan Mu‟aradhah Haqiqiyyah dan lain-lain lagi
Permasalahannya ialah:
3.3.1 Menganggap apa yang diucapkan atau diperbuat oleh Rasullullah s.a.w. sebagai orang
yang berkedudukan seperti sebagai muballigh atau mu‟allim sahaja sedangkan ada hadith
Rasullullah s.a.w. yang diucapkan atau dilakukan atau diperakuinya itu sebagai Baginda
s.a.w. seorang pendidik, ketua negara, ketua tentera, hakim, bapa, suami, ahli psikologi
dan lain-lain.
www.darulkautsar.net
13
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.3.2 Sesuatu hadith yang dikemukakan oleh Nabi s.a.w. dalam konteks peribadi atau
keadaan tertentu mungkin difahami oleh orang yang mempunyai penyakit ini sebagai untuk
semua orang dan untuk semua keadaan. Misalnya hadith Rasullullah s.a.w. menyuruh
mandi selepas sembahyang subuh dan menyelam tujuh atau beberapa kali melawan arus
bagi orang yang demam atau Nabi s.a.w. memakai celak maka bercelaklah sekian ramai
orang dan memakai kain ke paras tengah betis dan lain-lain lagi.
3.3.3 Mengamalkan segala apa yang dikatakan sebagai hadith tanpa mempastikan terlebih
dahulu sama ada ia maudhu‟ atau tidak dan menggunakan hadith untuk sesuatu perkara
tanpa memandang kepada taraf hadith itu. Contohnya hadith dhaif hendak dipakai untuk
menentukan sesuatu hukum jenayah dan hadith ahaad (walaupun sahih) hendak dijadikan
sebagai asas aqidah.
3.3.4 Mengikut sesuatu hadith tanpa mengetahui samada hadith itu sudah dimansuhkan
atau tidak, mubham atau mufassar, muhkam atau mutasyaabih, khusus untuk Nabi s.a.w.
atau untuk generasi sahabat atau sahabat yang tertentu sahaja.
3.3.5 Mahu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. dengan tidak
mengambil kira sama ada apa yang telah dapat dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. itu adalah
mukjizat Baginda s.a.w. seperti menyembelih unta sambil berdiri.
3.3.6 Mahu mengikut Nabi s.a.w. tanpa memikirkan sama ada Nabi s.a.w. berbuat begitu
kerana sesuatu sebab atau tujuan yang tertentu seperti:
i. Tawaf Ka‟bah dengan mengenderai unta,
ii. Tidur mengiring di atas lambung kanan selepas sembahyang sunat Subuh iaitu
sebelum mengerjakan sembahyang Subuh.
iii. Memiliki hamba sahaya dan mengamalkan sistem perhambaaan.
iv. Menentukan bangsa Quraisy sebagai khalifah dll
3.3.7 Mengikut sunnah Nabi s.a.w. kononnya, tetapi sebenarnya kerana bersesuaian
dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira roh ajaran Islam dan `asbabul wurud‟ atau latar
belakang di mana Nabi s.a.w. mengungkapkannya atau mengamalkannya. Contohnya,
beristeri empat.
www.darulkautsar.net
14
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.3.8 Berpegang dan mengamalkan hadith-hadith tertentu sahaja seperti hadith-hadith
riqaq atau hadith-hadith zuhud dan lain-lain dengan tidak melihat kepada keseimbangan di
dalam amalan dan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w. sendiri. Contohnya –
tidak berasap dapur rumah Nabi s.a.w. selama beberapa bulan, sedangkan di waktu yang
lain Nabi s.a.w.menyimpan makanan untuk setahun.
3.3.9 Berpegang dengan suatu Hadith Fadhilat dan mengamalkannya tetapi tidak berusaha
memahami hikmat dan rahsia di sebalik galakan-galakan Nabi s.a.w. itu.
3.4 Penyelewengan Fakta-Fakta Seerah dan Sejarah
Di antara yang dapat disenaraikan sebagai masalah di bawah fasal ini adalah seperti
berikut:
3.4.1 Menganggap sumber seerah dan sejarah sebagai sumber yang muktamad tanpa
dibandingkan terlebih dahulu dengan kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam Al-
Quran dan Al Hadith.
Di antara yang dapat disebutkan sebagai contohnya ialah:-
3.4.1.1 Yakinnya Nabi s.a.w. dengan kemenangan dalam peperangan Hunain kerana
ramainya bilangan orang yang menyertai Baginda s.a.w.
3.4.1.2 Kisah Ammar bin Yaasir dalam pembinaan Masjid Nabi s.a.w.
3.4.1.3 Cerita tentang penduduk Madinah menerima kekalahan di dalam peperangan
Uhud secara mutlak.
3.4.1.4 Tentang tarikh tahun kewafatan isteri Sayyidina Abu Bakar, Ummu Ruman.
3.4.2 Menerima sesuatu cerita berdasarkan sesetengah kitab seerah walaupun cerita itu
mengaibkan Rasullullah s.a.w. di samping bercanggah pula dengan al-Quran dan As Sunnah
seperti kisah Mi‟raj Nabi s.a.w. dari rumah Ummu Hani.
3.4.3 Tidak mengambil berat tentang penulis-penulis kitab seerah atau sejarah sama ada ia
seorang yang telah ditolak oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar atau ia seorang yang
mempunyai akidah yang tidak sihat terhadap generasi umat Islam seperti Ibn Ishaq, Al
www.darulkautsar.net
15
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
Kalbi, Al Mas‟udi, Al Waaqidi, Al Ya‟kubi dan lain-lain. Tidak meneliti metode yang
digunapakai oleh penulis seperti At-Thabari.
3.4.4 Menerima kisah-kisah yang tidak berdasarkan fakta yang benar seperti yang boleh
ditemui di dalam kitab-kitab yang muktabar dengan tidak menyedari bahawa di sebalik
cerita yang seumpama itu ada motif tabarra‟ (al-bara‟ah) yang mendorongnya lahir ke alam
persuratan sejarah. Di antara yang dapat disebutkan sebagai contohnya ialah:
3.4.4.1 Nabi s.a.w. mengangkat Sayyidina Ali dengan membiarkan beliau berpijak di
atas bahu Baginda s.a.w.
3.4.4.2 Sayyidina Umar memukul anaknya Abu Syahmah hingga mati sebagai
menjalankan hukum hudud ke atasnya.
3.4.4.3 Siti Aisyah disalak oleh anjing haw‟ab.
3.4.4.4 Hadith Kisa‟.
3.4.4.5 Hindun isteri Abu Sufyan memakan jantung Sayyidina Hamzah dan lain-lain lagi.
3.4.5 Menyesuaikan period-period yang tertentu atau kegemilangan zaman pemerintahan
orang-orang tertentu dengan bersandarkan kepada hadith yang tidak sahih seperti –
“Sistem khilafah sesudahku akan berterusan selama 30 tahun”.
3.5 Meninjau Al-Hadith Dari Perspektif Yang Sempit
Penyakit ini juga menjadikan seseorang tidak sampai kepada maksud hadith yang
sebenarnya atau terus akan meninggalkan hadith dengan menjadikan seorang Anti Hadith.
Di antara permasalahannya ialah:
3.5.1 Melihat hadith dari kaca mata ilmu yang tertentu sahaja seperti nampak adanya
pertentangan di antara kenyataan yang terdapat dalam Hadith Dajjal – di dalam sebuah
hadith dikatakan “dajjal tidak dapat masuk di dalam dua Tanah Haram”, sementara di
dalam hadith yang lain dikatakan “dajjal bertawaf mengelilingi Ka‟bah”.
3.5.2 Membataskan hadith-hadith Nabi s.a.w. yang umum dan bersifat universal kepada
orang tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja. Misalnya apabila melihat contoh-contoh
yang diberikan oleh Nabi s.a.w. itu menggambarkan adanya penggunaan bahan-bahan
semasa seperti Nabi s.a.w. memberikan tali dan kapak kepada seseorang untuk pergi
www.darulkautsar.net
16
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
mencari kayu api dan menjualnya atau apabila Nabi s.a.w. menganjurkan supaya
melicinkan makanan daripada pinggan atau bekas.
3.5.3 Cuba menyelesaikan hadith dengan akal atau pengalaman semasa atau berdasarkan
gejala-gejala material seperti tidak dapat menerima hadith “syaqqu sadr” (belah dada),
hadith “mi‟raj” dan hadith “Sungai Nil dan Sungai Furat berpunca dari Syurga”.
3.6 Komprehensifnya Hadith-Hadith Rasullullah S.A.W. Berkaitan Dengan Perkara-
Perkara Yang Berlaku Sesudah Kewafatan Baginda S.A.W. Hingga Kiamat.
Hadith-hadith yang menyebutkan perkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk ini
bertebaran di dalam kitab-kitab hadith terutamanya di dalam kitab “Al Fitan” dan “Bab
Asyrat As Sa‟ah”. Apa yang disebutkan oleh Rasullullah s.a.w. di dalam hadith-hadith ini
tidak semestinya menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. tidak merestui apa yang
disebutkan di dalam hadith-hadith itu bahkan ia bermaksud untuk menunjukkan kenyataan-
kenyataan yang akan terjadi sama ada baik atau buruk untuk ugama dan dunia manusia
sepeninggalan Baginda s.a.w.
Bagaimanapun kebanyakannya adalah merupakan perkara yang tidak baik dan perlu
dihindari oleh ummatnya, di samping sentiasa berwaspada di dalam menghadapinya.
Banyak pula di antaranya disebutkan oleh Rasullullah s.a.w. dalam bentuk isyarat yang
hanya difahami apabila apa yang diisyaratkan itu menjadi kenyataan yang disaksikan oleh
orang yang hidup semasa kenyataan-kenyataan itu berlaku.
Di antara yang dapat disenaraikan di bawah fasal ini ialah:
3.6.1 Pimpinan daripada Al Hadith berhubung dengan soal-soal kemasyarakatan seperti:
3.6.1.1 Anak –anak menderhakai ibu bapa
3.6.1.2 Isteri menderhakai suami
3.6.1.3 Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki
3.6.1.4 Di suatu ketika orang-orang Islam ramai tetapi mereka hina dan lemah serta
sebab-sebabnya.
3.6.1.5 Di suatu ketika yang lain pula orang Islam kuat walaupun mereka hanya
sedikit serta sebab-sebabnya.
www.darulkautsar.net
17
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.6.1.6 Di suatu ketika ramai perempuan berbanding dengan lelaki sehingga 50 orang
perempuan berada di bawah jagaan seorang lelaki dan lain-lain lagi.
3.6.2 Dari segi kemajuan sains dan teknologi
3.6.2.1 Manusia boleh menjelajah dunia dalam masa yang singkat.
3.6.2.2 Anak bulan di hari pertama akan kelihatan seperti sudah 2 atau 3 hari.
3.6.2.3 Manusia boleh berhubung dengan seorang yang berada jauh daripadanya
dengan bercakap-cakap dan berbincang dengannya.
3.6.2.4 Manusia akan dapat menundukkan binatang dengan menghimpunkannya
disuatu tempat seperti zoo.
3.6.2.5 Manusia akan menerokai bumi sehingga bumi akan kelihatan seperti kulit
yang disamak.
3.6.2.6 Akan adanya alat perakam dan komunikasi yang canggih seperti telefon
bimbit dan sebagainya
3.6.3 Kemajuan dari segi ilmu perubatan
3.6.3.1 Kenyataan bahawa ada sesetengah penyakit boleh menjangkiti orang lain dan
perlu dikawal.
3.6.3.2 Kenyataan bahawa ada kuman menyerupai singa.
3.6.3.3 Terbukti banyak bahan-bahan yang disebutkan oleh Rasullullah s.a.w. sebagai
penawar dimajukan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti cendawan,
madu, jintan hitam dan lain-lain lagi.
3.6.3.4 Ternyata bahawa penawar bagi sesuatu racun ada berhampiran dengan racun
itu sendiri.
3.6.3.5 Isyarat akan adanya penggunaan ubat yang dimakan, pembuangan sisa
daripada tubuh dan penggunaan kejutan sesuatu yang panas terhadap
pesakit untuk pemulihan.
3.6.3.6 Penggunaan doa dan jampi untuk menyembuhkan penyakit.
3.6.3.7 Penggunaan penawar dalam bentuk lawan bagi gejala penyakit.
3.6.4 Adanya pimpinan dan peringatan daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan golongan
yang sesat dan menyesatkan di akhir zaman. Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:
www.darulkautsar.net
18
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.6.4.1 Fitnah Syiah yang disebutkan oleh Baginda s.a.w. dengan golongan yang
dipanggil “Rafidhah”.
3.6.4.2 Golongan Khawarij.
3.6.4.3 Golongan Qadariyyah sebagai Majusi umat ini.
3.6.4.4 Faham kebendaan dan cintakan dunia yang berlebih-lebihan.
3.6.4.5 Golongan Anti Hadith sebagai golongan yang hanya mahu mengikut Al-Quran
sahaja dan tidak mahu berpandukan al-hadith.
3.6.4.6 Golongan dajjal yang disebutkan sampai 30 orang semuanya yang mendakwa
diri mereka sebagai Nabi dan lain-lain lagi.
3.6.4.7 Golongan Murji‟ah yang mempercayai amalan buka sebahagian daripada iman
dan amalan buruk/jahat tidak menjejaskan iman seseorang.
3.6.5 Pimpinan daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan ekonomi. Di antara yang boleh
disenaraikan di bawah fasal ini ialah kenyataan-kenyataan seperti berikut:
3.6.5.1 Akan meluasnya amalan riba di kalangan ummat ini sehingga jika tidak
terlibat secara langsung, debu-debunya pasti akan mengenai mereka.
3.6.5.2 Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan serta tidak amanah di dalam
soal-soal kewangan.
3.6.5.3 Ada suatu ketika, ummat Islam akan berada dalam kemewahan dari segi
harta benda sehingga tidak mahu menerima apa-apa pemberian daripada
sesiapapun. Harta melimpah ruah, boleh dikaut dengan tangan.
3.6.5.4 Akan ramai orang yang buncit perutnya – yang menunjukkan kekayaan dan
kemewahan hidup atau kerana tidak mempersoalkan haram atau halalnya
suatu yang dimakan itu.
3.6.5.5 Akan tiba suatu zaman di mana orang tidak memperdulikan sumber halal
atau haram dalam pencarian rezeki mereka.
3.6.5.6 Akan adanya kekayaan berupa petrol dan gas dan lain-lain lagi.
3.6.6 Nabi s.a.w. juga telah menyebutkan tentang bencana alam yang akan menimpa
ummat manusia dengan berbagai-bagai bentuknya seperti gempa bumi, kemarau panjang,
banjir besar, ribut taufan, wabak penyakit, penyakit-penyakit yang tidak pernah diketahui
dan tidak dijumpai oleh orang-orang dahulu, kebakaran besar dan lain-lain lagi.
www.darulkautsar.net
19
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.6.7 Nabi s.a.w. juga telah menyebutkan tentang pelbagai perkara dan fenomena yang
akan berlaku kepada ummat akhir zaman sama ada orang Islam atau orang kafir. Di antara
yang boleh disenaraikan di sini ialah:
3.6.7.1 Akan adanya golongan orang-orang kafir yang Allah kuatkan Islam dengan
mereka agamaNya.
3.6.7.2 Masjid akan dilawati oleh orang-orang yang memakai topi, bagaikan bonggol
unta tua dan mereka disuruh Nabi s.a.w. supaya dilaknat.
3.6.7.3 Akan dijadikan ketua orang-orang yang tidak berilmu, yang sesat, sehingga
mereka menyesatkan orang lain.
3.6.7.4 Masjid-masjid banyak tetapi sepi dan Al-Quran ditinggalkan.
3.7 Mengabaikan Ulamak Yang Ahli Dalam Usaha Memahami Al–Hadith.
Akibat daripada mengabaikan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan para ulamak
dan ahli yang diakui di dalam bidang hadith maka timbullah beberapa gejala yang tidak
sihat. Antara lain dapat disebutkan seperti di bawah:
3.7.1 Dangkal di dalam memahami maksud hadith Rasullullah s.a.w.
3.7.2 Berlakunya percanggahan dan ketidakseimbangan di dalam mengamalkan sunnah
Nabi s.a.w.
3.7.3 Salah faham terhadap banyak hadith-hadith Rasullullah s.a.w.
3.7.4 Mengamalkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab hadith tidak sebagaimana yang
dikehendaki oleh Baginda s.a.w.
3.7.5 Tidak dapat mempraktikkan apa yang difahami sendiri daripada hadith-hadith
Rasullullah s.a.w. kerana memang begitu yang dikehendaki oleh Rasullullah s.a.w.
3.7.6 Akan terputus silsilah isnad yang merupakan warisan turun temurun generasi di
dalam menerima hadith Rasullullah s.a.w.
www.darulkautsar.net
20
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
3.7.7 Akan timbul prasangka yang bukan-bukan terhadap tokoh-tokoh ulama dan
mujtahidin yang begitu besar sumbangan terhadap Islam di zaman lampau.
3.7.8 Tidak ada keberkatan dalam ilmu yang diterima kerana telah memusuhi “auliaillah”
yang telah pun diterima baik oleh tokoh-tokoh besar dalam agama Islam.
4.0 Keperluan Kembali Kepada Sistem Talaqqi Dalam Pengajian Hadith
Di antara sebab yang memerlukan kita kembali kepada sistem ini adalah seperti berikut:
4.1 Sistem ini telah membuktikan kejayaannya semenjak dahulu sampai sekarang.
4.2 Adanya keberkatan pada sistem ini kerana bersambung-sambungnya silsilah tahammul
dan ada’ sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.
4.3 Adanya ciri-ciri yang unik di dalam sistem ini yang tidak dapat ditemui di dalam sistem
yang lain seperti:
4.3.1 Mengambil kira peribadi guru yang akan diterima hadith itu daripadanya sama ada dia
seorang yang murshid atau tidak, wara‟ atau tidak dan lain-lain lagi.
4.3.2 Adanya perhubungan peribadi di antara guru dengan murid seperti kasih sayang dan
rasa tanggungjawab di dalam menyampaikan amanah kepada murid dan lain-lain lagi.
4.3.3 Persediaan murid dan guru dengan adab-adab tertentu yang tidak terdapat di dalam
sistem yang lain seperti:
i. Mengikhlaskan niat kerana Allah.
ii. Berakhlak dengan akhlak Islam dan lain-lain lagi.
4.4 Bentuk-bentuk system talaqqi terbahagi secara kasarnay kepada tiga bahagian iaitu:
i. Tariq Sard
ii. Tariq „Ardh
www.darulkautsar.net
21
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
iii. Tariq Tahqiq dan Tafsil
5.0 Di Mana Wujudnya Sistem Ini Sekarang
Sejauh yang saya tahu, pengajian secara talaqqi sebagai satu sistem yang teratur dan
berdisiplin tidak lagi wujud sekarang kecuali di Benua Kecil India. Ada beberapa perkara
yang perlu diberikan perhatian di sini. Antara lain ialah:
5.1 Sistem ini hanya berkembang dengan pesat pada beberapa abad yang silam hinggalah
ke hari ini. Sebelum itu, ilmu hadith di sana bukan merupakan sesuatu yang istimewa dan
dipelajari sebagai suatu sistem.
5.2 Ulamak-ulamak India dan Pakistan yang boleh diiktiraf sebagai pewaris atau Khulafa‟
Rasulullah s.a.w. hanyalah terdapat pada dua aliran pengajian hadith iaitu aliran:
i. Deobandi
ii. Ahlil Hadith.
5.3 Berkembang dan majunya ilmu hadith khususnya dan ilmu-ilmu Islam yang lain amnya
di sana adalah berkat kegigihan, kesungguhan dan sokongan yang padu dari seluruh
masyarakat mereka.
5.4 Pencapaian mereka yang tinggi di bidang ini ialah kerana mereka mengikut sistem yang
diwarisi sejak zaman berzaman lagi oleh ummat Islam yakni “Sistem Pengajian Tradisional”.
6.0 Kita Bertanggungjawab Menghidupkan Sistem Ini
Sebenarnya menghidupkan sistem ini adalah tanggungjawab kita bersama dan sepatutnya
menjadi matlamat kita. Di antara sebab-sebabnya ialah:
6.1 Ahlul Hadithlah golongan yang dimaksudkan oleh Rasullullah s.a.w. di dalam hadith-
hadithnya,
www.darulkautsar.net
22
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
i. Sebagai khulafa‟nya
ii. Sebagai orang-orang yang tetap berada di atas kebenaran dari ummatnya sampai
hari kiamat.
6.2 Merekalah golongan yang sentiasa menjadi rujukan ummat Islam dan diperakui oleh
tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan yang muktamad di dalam semua bidang ugama
termasuk Tafsir, Fiqh dan lain-lain.
6.3 Merekalah sebenarnya yang layak dijadikan sebagai “caunselor” kepada masyarakat di
setiap zaman dan tempat kerana mereka mengetahui berdasarkan hadith-hadith Rasullullah
s.a.w. banyak perkara yang akan dihadapi dan dialami oleh ummat Islam khususnya dan
manusia amnya sebelum kiamat, di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan mereka.
6.4 Ahlul Hadithlah golongan yang boleh dipercayai di dalam tafsiran Al-Quran kerana Al
Hadith adalah sebagai “penjelas dan penghurai” kepada maksud-maksud Al-Quran yang
tidak terang.
6.5 Pentafsiran Islam berdasarkan hadith-hadith Nabi s.a.w. adalah sesuatu yang direstui
oleh ummat Islam baik dari golongan salaf atau khalaf.
6.6 Kita ummat Islam di Malaysia berada di dalam suasana yang damai dan makmur di
samping mempunyai harta benda yang lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan
masyarakat Islam di India dan Pakistan.
6.7 Sebagaimana ilmu hadith berpindah dari negara Arab ke Benua Kecil India, ia mungkin
berpindah atau berkembang pula ke negara kita jika ada keikhlasan, kegigihan,
kesungguhan dan sokongan yang padu daripada ummat Islam di sini.
7.0 Penutup
Sebagai penutup marilah sama-sama kita perhatikan sebuah hadith Rasullullah s.a.w. yang
merupakan doa kepada setiap orang yang mempunyai minat dan keyakinan yang teguh
terhadap hadith-hadith Baginda s.a.w. Sabda Baginda s.a.w. bermaksud:
www.darulkautsar.net
23
Kembali Ke Senarai Kandungan
Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masa Kini
“Semoga Allah menyerikan hidup orang yang mendengar hadithku lalu diingatnya kemudian
disampaikannya kepada orang lain sebagaimana didengarnya”.
Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh
Rasullullah s.a.w itu.
Ameen.