# -1 ./ ×ü - · pdf filetiga jenis kad yang tersedia telah pun ada di ... semua...
TRANSCRIPT
Tech Harvest
10 APLIKASI INI AKAN MENJADIKAN KOLABORASI
DAN KOMUNIKASI PASUKAN JUALAN ANDA
KELIHATAN GENIUS.
BAGAIMANA UNTUK CAJ TELEFON ANDROID
ANDA LEBIH PANTAS
ISU 05
TAHUKAH ANDA MENGENAI MOD
GELAP YOUTUBE?
KANDU NGAN
01TIPGunakan Flash Fill Dan Auto Fill Untuk Memudahkan Data Entry
08
10 Aplikasi Ini Akan Menjadikan Kolaborasi Dan Komunikasi Pasukan Jualan Anda Kelihatan Genius.
11
PENGETAHUAN AMBagaimana Untuk Caj Telefon Android Anda Lebih Pantas
20
TERKINIGoogle Menamatkan Instant Search Kerana Semua Orang Menggunakan Telefon Pintar
30
L A B E L L E | P A G E 0 2
4 Aplikasi Yang Sangat Membantu Anda Untuk Memulakan Bisnes
Tahukah Anda Mengenai Mod Gelap Youtube?
5 Aplikasi Penggera Yang Pasti Membuat Anda Bangun
17
23
1
xcel sangat berguna bila anda bekerja
dengan jumlah data yang banyak dan
anda perlu memastikan semuanya
tersusun. Bagaimanapun, memasukkan data
ke dokumen anda dan menetapkan format
yang betul boleh mengambil masa yang lama.
Mujurlah Microsoft membangunkan Excel unt
uk berbuat demikian, dan menyediakan
pelbagai fungsi untuk anda guna dan
mempercepatkan proses tersebut. Dengan
menggunakan Auto Fill dan Flash Fill, anda
pasti tidak akan membuang masa lagi atas
kerja yang boleh dilakukan secara automatik.
Ini adalah antara cara untuk
menggunakan Auto Fill dan Flash Fill.
Langkah Pertama Menggunakan Auto Fill
Sebelum kita mula menggunakan Flash
Fill, penting untuk kita ketahui bagaimana
untuk menggunakan Auto Fill dengan
sebaiknya. Jadi di bawah disediakan contoh,
untuk menghantar kad Krismas kepada
senarai penerima.
Pertama sekali, anda perlu menggunakan
butang Auto Fill Options untuk menetapkan
apa yang anda cari. Klik butang tersebut dan
klik Fill Series. Cara yang lebih cepat adalah
dengan mengklik dan menarik menggunakan
butang kanan di tetikus dan yang
menunjukkan menu apabila anda
melepaskannya.
E
Gunakan Flash Fill Dan Auto Fill Untuk
2
Seperti yang anda lihat, nombor tersebut
menaik secara seragam. Ini adalah cara
penggunaan paling mudah untuk Auto Fill.
Ianya menjadi lebih berkuasa apa bila dapat
membuat tanggapan dari data anda.
Mengisi Tarikh Bersiri
Sebagai contoh, anda dapat melihat di bawah
bagaimana Auto Fill bekerja dengan tarikh.
Menarik ke atas akan menunjukkan tarikh dari
sebelum secara automatik, dan tarikh selepas
secara automatik untuk menarik ke bawah.
Ianya juga berfungsi dengan cara yang sama
bila anda menarik ke kiri atau kanan.
Lebih banyak maklumat yang anda berikan kepada Auto Fill, hasilnya akan lebih baik. Di bawah anda
boleh lihat yang 10:00 AM telah dimasukkan ke dalam satu sel, sebelum menetapkannya untuk
dianggap sebagai masa dalam bahagian Nombor dari tab Rumah.
3
Jika anda menarik ke bawah, Auto Fill akan mengisi sel terpilih dengan selang masa yang seragam.
Ianya berguna, namun Auto Fill boleh melakukan lebih dari hanya kenaikan mengikut jam. Jika anda
memasukkan 10:30 di bawah sel dengan 10:00 anda boleh memilih kedua-dua sel dan tarik,
mengakibatkan kenaikan setengah jam.
4
Jadi bagaimana ini dapat membantu dengan senarai
kad Krismas ini? Anda akan menggunakan Auto
Filluntuk menentukan siapakah yang menerima kad
dengan desain yang berbeza-beza.
Tiga jenis kad yang tersedia telah pun ada di
kolum Design. Dengan memilih tiga sel, kemudian
menggunakan Fill Handle untuk mengembangkan
pilihan, anda boleh mengisi kolum ini dengan
cepat.
5
Anda juga boleh menggunakan Auto Fill untuk
mengisi hari atau bulan. Apa yang Excel
perlukan ialah hari atau bulan pertama dan
yang lain akan diisi secara automatik.
Langkah Pertama Menggunakan Flash Fill
Flash Fill adalah hampir sama dengan Auto
Fill, namun dengan fungsi yang sedikit
berbeza. Selain meneruskan siri data, ia boleh
mencari informasi dari sel lain dan
mempersembahkannya dengan format pilihan
anda.
Untuk membolehkan Flash Fill berfungsi
dengan betul, anda perlu menggunakan sel
yang terletak di sebelah data yang ingin
diformat. Ianya juga membantu untuk
mengubah format header, supaya Exceltidak
menganggap ia sebahagian dari data.
Di atas, telah dimasukkan dua lagi kolum, yang pertama mengandungi alamat dan yang kedua
ialah Zip Code. Zip Code yang pertama telah dimasukkan secara manual untuk
membantu Excel memahami apa yang anda cari.
6
Kemudian, pilih semua sel yang ingin anda isi. Dari sini, buka tab Data di Ribbon dan pilih Flash
Fill dari tab Data Tools. (Anda juga boleh menggunakan Fill Handle seperti sebelum ini)
Dengan berbuat begini akan menyebabkan Excel mencari semua maklumat yang berkaitan dengan
apa yang anda masukkan secara manual di sel E2 dan membandingkan dari data di sel D2. Perisian
ini akan mencari zip code dan menyalin maklumat tersebut ke sel yang dipilih.
Ia boleh menjadi alat yang menjimatkan masa. Sebagai contoh, bayangkan anda perlu menyediakan
alamat untuk mail merge, dan perlu menegubah cara informasi tersebut disusun. Flash
Fill membenarkan anda bereksperimen dengan satu sel, kemudian mengisi sel yang lain secara
automatik.
7
Di atas, anda dapat lihat yang informasi telah disusun dan nama bandar telah dijadikan bold dengan
menggunakan Flash Fill. Fungsi ini tidak dapat membaca minda anda, tapi ia boleh mengikut
panduan yang anda sediakan. Ingat: contoh sel kedua boleh memberikan hasil yang lebih tepat, lebih
lagi jika format anda berbeza mengikut baris.
8
ari ini, terdapat pelbagai aplikasi yang
boleh digunakan untuk pelbagai
perkara. Barangan runcit, tempahan
teksi, menggunting rambut mahupun
menjahit semuanya boleh ditempah hanya
dari telefon pintar anda.
Malahan, aplikasi ini juga menjadikan proses
untuk memulakan perniagaan dari telefon
pintar anda lebih mudah dari sebelumnya.
Dari membina Pelan Perniagaan untuk
mendapatkan Pembiayaan, dan
memperbesarkan operasi ke peringkat global.
Kami bawakan kepada anda EMPAT (4)
APLIKASI YANG BOLEH MEMBANTU ANDA
MEMULAKAN PERNIAGAAN atau
menggerakkan perniagaan anda ke peringkat
yang seterusnya. Semuanya bermula dari
Peranti di dalam poket anda.
1. Bina Pelan Perniagaan
Perkara pertama setiap perniagaan perlukan
ialah satu pelan perniagaan. Untuk membina
satu templatepelan perniagaan
memperuntukkan selama empat jam untuk
menyiapkannya di desktop anda tetapi
aplikasi percuma seperti 5min Business
Plan dapat membantu anda untuk
menyiapkan pelan perniagaan kurang
daripada 10 minit dengan hanya
menggunakan telefon pintar.
H
4 Aplikasi Yang Sangat
9
2. Dapatkan Pembiayaan
Setelah anda menyiapkan pelan perniagaan
secara bertulis, anda pastinya memerlukan
dana untuk melaksanakan idea tersebut.
Jika dahulu, anda perlu mengisi informasi
peribadi untuk mendapatkan pembiayaan
daripada bank.Kini, telah terdapat
pembiayaan dalam bentuk digital dan mudah
alih.Presiden Royal Financial
Investment Group, Putera Dykes adalah
usahawan pertama yang mengeluarkan
aplikasi telefon pintar di mana ia
menghubungkan usahawan yang mempunyai
cita-cita besar dengan pelabur yang
berpengalaman, semuanya melalui aplikasi
mudah alih.
Aplikasi beliau : Investor and Business Owners
Hub atau IABOH ringkasannya membawa
dunia mempertaruhkan modal kepada tangan
dan telefon pintar pengguna.
3. Kekal Teratur
10
Selepas selesai merangka pelan perniagaan
dan mengumpulkan wang, tiba masanya
untuk anda berkerja lebih 80 jam seminggu
supaya tidak perlu lagi untuk kembali bekerja
dari jam sembilan pagi hingga lima petang.
Samada untuk megambil tempahan, temujanji
atau menyemak jualan, anda boleh
menggunakan aplikasi untuk sentiasa
membantu anda menyemak dan
menguruskan dengan lebih cekap.
Cloze, aplikasi pengurusan hubungan
bertindak sebagai pembantu peribadi maya,
di mana ia akan menghantar notifikasi dan
peringatan supaya anda dapat menguruskan
semua tugasan anda.
4. Luaskan Hingga Peringkat Antarabangsa
Berada pada tahap ini, anda seharusnya
menguasai pasaran dan memberikan nilai-
nilai positif kepada pelanggan anda. Salah
satu cara untuk meningkatkan jualan, adalah
dengan memperluaskannya di peringkat
antarabangsa.
Apa yang terjadi kepada kebanyakan syarikat-
syarikat lain, dengan hanya bergantung
kepada Google Translate untuk
memperkenalkan syarikat ke peringkat
antarabangsa sering menyebabkan
berlakunya kesilapan yang memalukan dan
kekeliruan terhadap mesej yang cuba
disampaikan. Mujurlah, kini telah pun
terdapat aplikasi untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
Stepes, ialah satu aplikasi terjemahan bahasa
yang semakin mendapat perhatian ramai.
Dalam beberapa saat, usahawan dapat
berhubung dengan penutur asal dalam
pasaran global yang berbeza untuk membantu
menterjemahkan mesej jenama kepada dialek
tempatan.
Tiada jalan pintas untuk kerja keras,
komitmen dan idea yang hebat, tetapi apabila
anda dapat melakukan banyak perkara
daripada telefon anda memberikan usahawan
untuk menjadi lebih fleksibel dalam mencapai
impian yang mereka idamkan sejak dari
dahulu.
11
erkomunikasi dan berkolaborasi adalah
dua faktor penting di dalam dunia
jualan, tetapi kita tidak dapat
melakukan dengan betul tanpa peralatan yang
sesuai.
Kami bawakan kepada anda SEPULUH
(10) APLIKASI YANG SANGAT
MEMBANTU kepada mana-mana pengurus
pasukan yang ingin menaikkan pasukan jualan
mereka kepada tahap yang lebih tinggi.
1. Salesmate
Salesmate sangat bagus untuk mengumpulkan semua usaha pasukan anda di dalam satu tempat. Ia
menyimpan setiap interaksi pelanggan yang membolehkan sesiapa sahaja dari pasukan untuk
membuat susulan dengan setiap kenalan menggunakan cara yang paling berkesan.
Ia juga mempunyai ciri-ciri pengurusan projek yang hebat (tugasan) dan laporan visual yang sangat
baik.
B
10 Aplikasi Ini Akan
12
2. Slack
Jika anda tidak pernah mendengar Slack,
dimanakah anda selama ini? Slack adalah
platform komunikasi yang telah menjadi
tempat untuk berbual, hub pengurusan
pasukan, dan mengendalikan tugas
kolaborasi. Anda mencipta saluran, memilih
siapa yang anda ingin masukkan dan boleh
mengunci sesiapa yang anda tidak mahukan.
Saya menggunakan Slack dengan pengurus
pasukan yang lain untuk berkolaborasi dalam
tugasan antara jabatan. Kemudian, saya
mencipta saluran yang membolehkan saya
berkomunikasi bersama pasukan jualan,
memaklumkan perkara semasa, berkongsi
prospek dan berborak secara santai.
Mencipta satu ruang untuk berinteraksi telah
menjadi kejayaan yang besar.
3. Wrike
Saya
menggunakan Wrike sebagai
perisian pengurusan projek
eksklusif untuk menguruskan
kandungan tetapi saya telah
mendapati ia sesuai
digunakan untuk pasukan
jualan saya. Anda boleh
memberikan tugasan dan
projek, meneruskan perkara
yang perlu dilakukan, kongsi
prospek dan target.
Ia boleh memperbaiki usaha pasukan dan membantu unit untuk bekerja dengan lebih baik selain
dari mempertingkatkan jualan.
13
4. KiteDesk
Pasukan anda perlu
berkolaborasi bersama
untuk mendapatkan
senarai prospek yang lebih
baik supaya mereka dapat
membuat lebih lagi jualan.
Ia berasaskan sasaran
ideal, jadi ia tidak akan
membazir waktu dengan
prospek luar yang berminat atau tidak berminat. Sebaliknya, spesifikkan demografik dan meletakkan
ukuran di mana orang luar akan mudah untuk bersaing.
5. Basecamp
Basecamp ialah alat kolaborasi dan
pengurusan pasukan yang paling dikenali.
Saya tidak mengesyorkan Basecamp kepada
pasukan yang kecil kerana ia memerlukan
kos yang tinggi dan banyak peralatan yang
tidak diperlukan.
Tetapi jika anda mempunyai pasukan yang
sederhana banyak atau beberapa pasukan
yang bekerja bersama di berlainan
jabatan, Basecamp sangat sesuai digunakan.
Ia mempunyai papan mesej, ciri-ciri tempat
untuk bersembang, perkara yang perlu
dilakukan, alat penjadualan dan banyak lagi.
Anda boleh mencubanya dengan percuma
dan perlu membayar sebanyak $29 hingga
$75 sebulan, bergantung kepada penggunaan
bersama klien atau dalaman.
14
6. Google Drive
Senarai tidak akan lengkap tanpa menggunakan sekurang-kurangnya satu produk Google, betul?
Saya merupakan peminat Google Drive dan saya menggunakan ia untuk kegunaan profesional dan
peribadi.
Anda boleh memuat turun dokumen dan fail, kongsi, cipta spreadsheets, menggabungkan dokumen
dan yang paling menarik Google
Drive boleh digunakan secara
percuma seperti produk Google
yang lain,
7. Wimi
Dengan Wimi, anda
boleh berkongsi
dokumen,
melaksanakan
tugasan, memberi
komen di mesej,
berkomunikasi,
berkolaborasi dan
banyak lagi. Alat ini
ialah alat baru dan
saya tidak pernah menggunakannya lagi. Saya seringkali mendengar klien saya bercakap mengenai
alat ini dan mereka mengatakan bahawa alat ini sungguh berbaloi untuk dicuba.
Anda bayar setiap pengguna, jadi ia sesuai bagi pasukan yang kecil yang tidak mahu membeli servis
tiada had yang mereka tidak gunakan. Mereka juga mempunyai sambungan daripada applikasi pihak
ketiga seperti Dropbox, Google, Skype dan Evernote.
15
8. Goodwerp
Studio Manager
Goodwerp Studio
Manager sangat
sesuai bagi
pengurus untuk
memudahkan
pemantauan
pasukan anda dan
memastikan
semuanya berjalan
dengan
lancar. Menyemak invois, prestasi, produktiviti, memberikankerjasama, dan memberitahu pasukan
anda secara automatik berkenaan tugas-tugas baru.Ia mudah dan bersih untuk mengendalikan
platform.
9. Evernote
Evernote merupakan alat yang terkenal untuk pendidik dan sesiapa sahaja yang ingin melakukan
projek secara solo di mana mereka
perlu mengumpul barang dengan
cepat dan efisien. Secara jujurnya,
saya tidak
menggunakan Evernote bersama
pasukan jualan saya tetapi pasukan
jualan saya menggunakannya
antara satu sama lain untuk setiap
masa.
Sejak mereka mula selesa
dengan Evernote, saya
membenarkan mereka untuk
menggunakannya dan ternyata ia
berkesan. Mereka dapat berkongsi
sedikit informasi, seperti prospek, dan butiran sasaran.
16
10. Postwire
Alat ini membantu anda berkomunikasi melangkaui emel dan telefon, dan dari pada berkongsi
individu, tetapi secara berpasukan bersama klien dan prospek.
Ia mengambil kira akaun dalam jualan telah berubah selama bertahun-tahun, melibatkan
kepada sesuatuyang baru melalui kuasa internet.
17
eperluan untuk sentiasa mengecaj
telefon anda adalah sangat
mengecewakan. Jika penggunaan anda
lebih dari biasa, mustahil untuk anda dapat
menggunakan telefon anda untuk seharian
tanpa mengecaj semula.
Sedihnya, tiada tanda untuk hilangnya
keperluan mengecaj telefon dua kali sehari.
Apabila kapasiti bateri meningkat,
penggunaan tenaga juga meningkat dari
aplikasi dan sistem operasi yang sering
berubah. Ianya situasi yang tidak akan selesai.
Dan walaupun kabel USB-C sejak
diperkenalkan dapat mengecah dengan lebih
pantas, tetapi ianya juga boleh menjadi
sesuatu yang rumit.
Tetapi jangan risau, ada beberapa tips dan
gajet untuk memudahkan pengalaman
mengecaj anda. Ini adalah antara lapan tips
mengecaj Android yang mungkin anda tidak
ketahui.
1. Mengaktifkan Airplane Mode
Salah satu kelemahan pada bateri anda ialah
isyarat rangkaian. Secara umumnya, lebih
teruk isyarat anda, lebih cepat bateri anda
akan habis.
Jika anda tinggal di kawasan dengan isyarat
yang teruk, telefon anda akan mengambil
lebih masa untuk mengecaj berbanding di
kawasan dengan isyarat yang kuat – isyarat
menggunakan tenaga sambil anda mengecaj.
Solusinya? Letakkan telefon anda
dalam Airplane Mode sebelum mengecaj.
Ujian mendapati anda dapat mengecaj penuh
dengan masa kurang 25 peratus.
Untuk letakkan telefon anda dalam Airplane
Mode, hanya leretkan ke bawah dari bar
notifikasi dengan dua jari dan klik
ikon Airplane Mode.
Cuma pastikan anda menyaktifkannya semula
apabila bateri sudah penuh!
2. Matikan Telefon Anda
Mudah, jelas tapi sering diabaikan. Jika telefon anda dimatikan
semasa sedang mengecaj, ianya akan dicaj dengan lebih pantas.
Tiada apa aplikasi yang menggunakan bateri anda sehinggalah ianya
dicaj.
3. Pastikan Charge Mode Diaktifkan
Peranti Android membenarkan anda menentukan apakah jenis
sambungan apabila anda memasukkan kabel USB. Dalam versi
terbaru Android, ianya tersimpan di menu Developer Options.
Untuk mengakses Developer Options, anda perlu membenarkannya
dahulu. Untuk berbuat demikian, pergi ke Settings > About Phone >
Build Number. Klik sebanyak tujuh kali pada build number. Selepas
klik kedua, peranti anda akan memberitahu kiraan undur untuk
membenarkannya.
K
Bagaimana Untuk
18
Seterusnya, pergi
ke Settings > Developer
Options > Select USB
Configuration.
Pilih Charging dari
senarai tersebut.
4. Gunakan Soket Dinding
Menggunakan port
USB pada komputer anda
atau di dalam kereta akan
menyebabkan anda
mengecaj dengan tidak
efektif.
Selalunya,
soket USB bukan dinding
hanya menawarkan kuasa
keluar sebanyaj 0.5A.
Soket mengecaj dinding pula memberikan anda 1A. Tiada apa masalah dengan amperage yang
rendah – ia tidak merosakkan peranti anda – tetapi anda akan perlu menunggu lebih lama untuk
mengecaj.
5. Beli Power Bank
Jika anda perlu mengecaj telefon anda di luar
– contohnya jika anda sering melancong
– power bank boleh menjadi penyelamat.
Banyak power bank yang
menawarkan amperage yang sama dengan
soket dinding, dan dalam sesetengah kes,
lebih banyak. Tetapi amaran untuk anda,
sambil anda mengecaj lebih pantas dengan
keluaran two-amp, pastikan kabel USB anda
dapat mengendalikan kuasa yang lebih.
6. Jauhi Pengecasan Tanpa Wayar
Tiada masalah dengan pengecas tanpa wayar
– ianya tidak memerlukan kabel yang mungkin
semua dapat menerimanya.
Bagaimanapun, jika kepantasan mengecas
adalah prioriti anda, anda patut menjauhinya.
Pengecas tanpa wayar mengecas jauh lebih
perlahan dari pengecas konvensional, dengan
hampir separuh kelajuan biasa.
Kenapa? Ada dua sebab. Pertama, ianya lebih
efisien untuk memindahkan tenaga melalui
kabel. Kedua, tenaga terbuang menjana haba
lebihan.
7. Tanggalkan Bekas Telefon Anda
Semua telefon pintar bergantung kepada
bateri lithium-ion. Tindak balas kimia disebalik
ia menentukan yang proces mengecas akan
berjalan dengan lebih efisien apabila bateri
sejuk.
Untuk pengecasan optimum, suhu bateri
perlu diantara 5 dan 45 C. Jelas, suhu bateri
dipengaruhi -persekitaran, jadi dengan
menanggalkan bekas telefon anda akan
merendahkan suhu.
Dan jika anda memikirkan untuk mengecas
fon di dalam peti sejuk: jangan. Bateri akan
menjadi tidak efisian di bawah suhu ideal.
19
8. Gunakan Kabel Berkualiti Tinggi
Perbezaan kualiti antara kabel boleh berbeza.
Di dalam kabel mengecaj anda ada empat
kabel individu – merah, hijau, putih dan
hitam. Kabel putih dan hijau adalah untuk
memindahkan data, merah dan hitam pula
untuk mengecaj. Nombor amp antara dua
kabel ditentukan dengan saiznya. Kabel
dengan 28-gauge boleh membawa 0.5 amp;
manakala kabel 24-gauge boleh membawa
2 amp.
Selalunya kabel murah menggunakan 28-
gauge, dan mengecaj dengan lebih perlahan.
Jika anda ingin mencuba kabel anda untuk
mengecaj samada efisien atau tidak, anda
boleh memuat turun Ampere. Ianya
membolehkan anda mengira caj dan discaj
peranti anda.
20
ika anda lebih suka menggunakan mod
gelap di laman web lain, anda akan
gembira mengetahui pilihan itu kini
tersedia untuk Youtube. Tetapi ianya
memerlukan anda melakukan beberapa
perubahan menggunakan developer
tools pada pelayar Internet anda untuk
mengaktifkan rupa baru Youtube.
Langkah 1: Mengakses Developer Tools
Perkara pertama ialah anda perlu pergi
ke YouTube dan pastikan anda sudah melog
masuk sebelum mengakses developer
tools pada pelayar Internet anda.
Google Chrome
Untuk mengakses, pergi
ke View > Developer > Developer
Tools seterusnya ke Console Tab. Anda juga
boleh menggunakan shortcut Cmd + Option +
I di Mac dan Ctrl + Shift + I untuk Windows.
Opera
Pergi ke View > Show Developer Tools.
Selepas Developer Menu ditunjukkan pergi
ke Developer > Developer Tools. Anda juga
boleh menggunakan shortcut Cmd + Option +
I di Mac dan Ctrl + Shift + I untuk Windows.
Firefox
Pergi ke Tools > Web Developer > Web
Console atau gunakan shortcut Cmd + Option
+ K di Mac dan Ctrl + Shift + K untuk Windows.
Anda tidak boleh mengakses developer
tools untuk perisian Safari.
Langkah 2: Masukkan Kod
Tampalkan kod ini di web console:
var cookieDate = new Date();
cookieDate.setFullYear(cookieDate.getFullYea
r( ) + 1);
document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=fPQ
4jCL6EiE; expires=" +
cookieDate.toGMTString( ) + "; path=/";
Langkah 3: Muat Semula Halaman
Tutup console dan muat semula halaman.
Anda akan tahu anda berjaya apabila halaman
tersebut nampak seperti ini:
J
Tahukah Anda Mengenai
21
Langkah 4: Aktifkan Dark Mode
Klik pada gambar profil anda di penjuru kanan atas
dan klik pada Dark Mode.
Anda kemudian boleh mengaktifkan fungsi ini.
22
Bila diaktifkan, dark mode Youtube akan kelihatan seperti ini:
Bagaimana Untuk Menyahaktifkan Dark Mode
Jika anda ingin kembali ke rupa asal, tampalkan kod berikut di console:
var cookieDate = new Date();
cookieDate.setFullYear(cookieDate.getFullYear( ) - 1);
document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=fPQ4jCL6EiE; expires=" + cookieDate.toGMTString( ) + ";
path=/";
Tutup console dan muat semula halaman, Youtube akan kembali ke rupa asalnya.
Tetapi ada sedikit kekurangan menggukan rupa baru Youtube ini. Ia membuang butang Google
Chromecast dari video – tetapi anda masih boleh melakukan strim video dari butang pelayar
Internet.
23
h, jam penggera yang menjengkelkan. Kita perlukannya, tapi bencikannya. Dan kita akan
lebih bencikannya jika kita tidak sedar untuk bangun. Jika anda perlu jaminan untuk bangun
pada masanya anda boleh mencuba salah satu dari aplikasi yang menjengkelkan ini.
Secara terus terang, ramai antara kita yang sering tidur mati. Kita suka melengahkan masa menekan
butang snooze. Tetapi ianya akan mendatangkan masalah kepada kita sendiri, apabila terbangun
lambat. Ini sebabnya kita memerlukan aplikasi penggera, yang tidak berhenti berbunyi sehingga kita
terbangun.
1. Walk Me Up (Android, iOS): Bangun dan Berjalan
Ini adalah konsep penggera paling mudah untuk memastikan anda bangun. Anda boleh
menutup Walk Me Up hanya apabila anda bangun dari katil dan mula berjalan. Ia akan mengira
berapa tapak yang anda berjalan untuk memastikan anda tidak cuba menipu.
O
5 Aplikasi Penggera
24
Apabila anda menetapkan penggera, anda juga boleh memberitahu aplikasi berapa kalikah anda
perlu menekan butang snooze, atau mengaktifkan”evil mode” untuk mematikan terus fungsi snooze.
Anda juga perlu memberitahu Walk Me Up berapa langkah yang diperlukan sebelum penggera
ditutup.
Muat Turun – Walk Me Up untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)
2. Alarmy (Android, iOS): Ambil Foto di Suatu Tempat
Semua orang mempunyai rutin setiap pagi. Apakah perkara pertama yang anda lakukan selepas anda
bangun? Mungkin anda ke bilik air atau ke dapur untuk membancuh air. Apapun destinasi anda,
anda boleh menetapkannya di Alarmy. Cara untuk menghentikan penggera hanya dengan
mengambil gambar anda di tempat itu.
Dalam suatu cara, Alarmy bukan sahaja memastikan anda dapat bangun, tetapi memantau apa yang
anda perlu buat. Alarmy mengesyorkan untuk memilih tempat yang jauh dari katil anda, di mana
cahanya adalah konsisten. Bilik air selalunya adalah yang terbaik untuk berbuat demikian. Cuba
aplikasi ini beberapa kali sebelum anda menggunakannya supaya anda tidak terus mendengar bunyi
penggera setelah anda bangun.
Muat Turun – Alarmy untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)
25
3. Wake N Shake (iOS): Goncang Telefon Anda Tanpa Henti
Seperti Alarmy, ada beberapa aplikasi lain yang memerlukan anda menggoncang telefon untuk
menghentikan penggera. Tetapi tiada yang dapat menandingi Wake N Shake.
Dengan aplikasi lain, anda boleh sekadar menggoncang dengan perlahan untuk bangun, tetapi tidak
dengan Wake N Shake. Anda perlu betul-betul bangun dan menggoncang dengan kuat. Tiada lagi
alasan untuk anda tidak bangun dengan aplikasi ini.
Muat Turun – Wake N Shake untuk iOS (Percuma)
26
4. Shake-It Alarm (Android): Goncang atau Jerit!
Sama seperti Wake N Shake, dalam dunia aplikasi penggera Android, Shake-It Alarm membuatkan
anda menggoncang telefon untuk menghentikan penggera. Ianya masih mudah untuk diperdaya.
Anda tahu apa yang tidak boleh? Menjerit ke telefon anda.
Mod Shake-It Alarm yang kedua ini membuat anda menjerit ke telefon anda secara berulang. Anda
perlu melebihi meter ditetapkan, barulah penggera akan dihentikan. Ianya agak merumitkan tapi
anda harus mencubanya.
Shake-It Alarm juga mempunyai fungsi menarik dimana ia akan menghantar mesej ke seseorang
dlam kenalan anda jika penggera tidak dihentikan. Dengan begitu, jika penggera tidak dapat
mengejutkan anda, mungkin rakan anda boleh!
Muat Turun – Shake-It Alarm untuk Android (Percuma)
27
5. I Can’t Wake Up (Android, iOS): Aplikasi Penggera Semua-dalam-satu
Jika anda tidak suka dengan cara di atas, anda boleh mencuba I Can’t Wake Up. Ia mempunyai
pelbagai tugasan yang akan membuatkan anda harus bangun dan menutupnya, samada dari mental
dan fizikal.
Terdapat masalah matematik, memori dan logik. Anda boleh menggoncang telefon, merakan
barkod, dan menulis beberapa perkataan. Ianya juga boleh diubah mengikut kesukaan anda. Anda
boleh menetapkan nada dering, merekod suara anda ataupun lagu kegemaran anda.
Muat Turun – I Can’t Wake Up untuk Android (Percuma) atau untuk iOS (Percuma)
29
oogle akan menamatkan Instant
Search, yang memberikan hasil carian
dengan segera sambil anda menaip.
Menurut Google, masalahnya adalah kita
melakukan hampir semua carian melalui
telefon pintar, dan Instant Search tidak
berguna di telefon pintar. Jadi
menamatkannya adalah pilihan yang tinggal.
Google memperkenalkan Instant Search pada
tahun 2010, dengan Naib Presiden Carian dan
Pengalaman, Marissa Mayer memanggilnya
“perubahan terbesar dalam carian”. Dan pada
masa itu ianya dilihat sebagai inovatif dan
mampu menjimatkan masa berharga semasa
melakukan carian.
Semuanya Telah Berubah Sejak 2010
Bagimanapun, terus ke tahun 2017 dan
landskap carian kini adalah sesuatu yang
berbeza. Kini, lebih dari setengah carian
Google dibuat melalui telefon pintar. Dan
Instant Search bukanlah fungsi yang berguna
di telefon pintar. Perubahan ini membuatkan
Google memilih untuk menamatkan Instant
Search.
Seorang jurucakap Google
memberitahu Search Engine Land:
“Kami melancarkan Google Instant pada
tahun 2010 dengan matlamat untuk
menyediakan pengguna dengan informasi
yang mereka perlukan secepat mungkin,
walaupun semasa mereka baru menaip carian
di peranti desktop. Sejak dari itu, banyak
carian yang terjadi di telefon bimbit, dengan
input dan interaksi yang berbeza, termasuk
kekangan skrin. Jadi, kami memutuskan untuk
menghentikan Google Instant, supaya kami
dapat mengfokuskan kepada cara untuk
menjadikan Search lebih pantas dan responsif
di semua peranti.”
Google masih akan melakukan autocomplete
bagi carian anda. Namun, ia tidak lagi
memuatkan hasil carian tersebut. Kebanyakan
orang tidak akan perasan dengan perubahan
ini kerana lebih mementingkan untuk terus
skrol ke hasil carian yang relevan apabila
muncul. Sebenarnya, ramai yang
menyahaktifkan Instant Search kerana
merasakan ia lebih mengganggu daripada
membantu.
Ketinggalan Zaman Akibat Inovasi
Instant Search pernah dirasakan sebagai
sesuatu dari masa hadapan. Namun, dengan
hampir semua dari kita dapat mencapai
telefon pintar dari poket apabila ingin
melakukan carian, ia kini diibaratkan seperti
sudah ketinggalan zaman. Inovasi baru akan
membuatkan inovasi terdahulu sudah tidak
terguna pakai.
Sudahkah anda menggunakan Instant Search
dari Google? Adakah anda sedar adanya
fungsi ini? Adakah anda akan merindui
beberapa saat yang dijimatkan ia? Dan
adakah anda menyokong tindakan Google
untuk menamatkan Instant Search?
Kongsikan pendapat anda bersama kami..
G
Google Menamatkan Instant Search
l : 016-444 3014 l : www.techharvest.asia l : [email protected] l